Monday, April 5, 2010

Bihun Goreng Mak


Masa kecik-kecik dulu,mak selalu masakkan bihun goreng ni.Tak kira untuk sarapan pagi atau juadah minum petang,maklumlah anak-anak ramai ,tak cukup kalau nak dibeli kat kedai.Stok bihun dan udang kering sentiasa ada disimpan di lemari dapur jadi bila-bila masa sahaja boleh di masak.Aku masih ingat lagi mak selalu menggunakan bihun cap Bintang..sekarang pun masih ada terjual tetapi persaingannya telah banyak.Terdapat berbagai-bagai brand bihun sperti mutiara naga yang agak susah didapati sekarang,ah..paling tidak pun Tesco pun ada mengeluarkan bihun yang boleh dikatakan good quality with harga yang berbaloi...Yang penting tekstur bihun mesti lembut dan tak mudah rapuh/patah.

Hari ini saya ingin berkongsi membuat juadah ini.Saya pasti anda pun ada membuat bihun seperti ini.Cara memasak bihun goreng ada berbagai cara dan isi ramuan yang berbeza-beza.Untuk membuat bihun ini anda perlukan

1 paket bihun(saya gunakan Cap Tesco,rendam dengan air paip selama lebih kurang 30minit ke 1 jam,toskan dan basuh)
1-2 sudu cili boh(yg telah di blend dengan bawang merah dan belacan)
1 genggam udang kering(rendam kemudian di blend)
sedikit garam
5 ulas bawang putih (tumbuk kasar)

Dengan menggunakan sedikit minyak,tumis bawang putih hingga kekuningan.Masukan cili boh dan udang kering.Masukan sedikit garam..ingat udang kering might be salty so berpada2apabila menggunakan garam.Disini saya menggunakan 1/2 sudu kecil sahaja.Masukan 3/4-1 cawan air.Biarkan ia didih seketika,kemudian masukan bihun.Air digunakan untuk melembutkan tekstur bihun.Gaul rata bihun.Setelah bihun dan bahan tumisan rata boleh lah diangkat.Hidangkan dengan hirisan cili merah,daun bawang dan hirisan telur dadar.
Untuk membuat telur dadar
2 biji telur ayam dipukul sedikit dengan secubit garam.Tuangkan sedikit minyak kedalam kuali leper.Masukan telur.Terbalikkan telur itu.Angkat dan gulungkan telur dadar ini.Hiris nipis-nipis dan taburkan keatas bihun.Sedap juga kalau di hidangkan dengan sos cili atau sos tomato..Saya lebih sukakan bihun tanpa sebarang sos.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...