Monday, April 5, 2010
Carrot cake
3 biji telur (guna seri murni saiz large)
1 1/2 cawan carrot parut (dari 2 biji carrot)
1 cawan walnut(chopped and roasted for 10mins at 375 degrees (180 degrees C)
1 1/4 cawan tepung self raising
4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 cawan gula halus(selalunya saya gunakan brown sugar)
1 sudu kecil baking powder
3/4 cawan minyak zaitun
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla
1. Ayak tepung,sebuk kayu manis,garam dan baking powder
2. Pukul minyak zaitun dan gula hingga kembang.
3. Masukan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukan esen vanila
5. Masukan tepung yang telah di ayak.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan 8"or 9". Bake cake about 50 minutes at 375 degrees (180degrees C)..sesetengah oven 1 jam..bergantung pada oven anda.
Untuk cream cheese topping
200 gm cream cheese
225gm marjerin/butter
200gm gula ising
Pukul butter/margarine dengan cream cheese hingga putih dan kembang.Alih kan daripada mesin pengisar,masukan gula ising,gaul rata.Hiaskan kek anda.Seeloknya kek biarlah betul2 sejuk sebelum meletakkan topping,selalunya saya simpan di dalam fridge hanya pada keesokan pagi baru saya letakkan topping
Dulu saya selalu melanggani kek ni dari sorang kakak ni..ish tak payah la disebutkan namanye la.Makin hari saiz keknya bertambah kecik dan harga berdentum2 mahalnya..Saya cuba membodek kakak ni untuk berkongsi resepi kek ni..tapi nauzubillah kedekutnya..alah lagipun dia pun dapat resepi ni dari neighbor Serani dia masa tinggal kat Melaka..jadi apalah salahkan, kalau dikongsikan bersama.Saya dah buat banyak promosi penjualan kek dia namun dia buat sombong aje..Pada suatu hari saya tolong ode kan kek ni untuk kawan saya,apabila saya nak collect kek kat rumah dia,dia tak ada dirumah tetapi anak2nya ada di bilik,tetapi tak sorang pun anak2nya hendak membuka pintu.Macamana ni kawan saya dah on the way dari Subang Jaya.Bila saya talipon kat kakak ni dia menyuruh saya datang balik 2 jam later..Aduhai betapa seriknya saya,dah la '0' profit nye keje,minyak keta saya turun naik kerumah dia,,bil hp saya yang dok menalipon kesana sini, just kerana nak tolong 'lakukan' kek dia..Sejak dari itu saya bertekad tak mau jamah or jualkan kek dia ni.
Disebabkan saya rindu nak jamah kek ni saya mencuba sedaya upaya untuk membuatnya.Alhamdulillah,saya berjaya membuat kek ni..its moist and even much tastier then the one yg ada kat pasaran.Dah merata-rata restoren dan cafe saya cuba..saya amat berpuashati dengan resepi saya.Maaf ye..saya tak berniat nak puji diri..Saya amat berbesar hati berkongsi rahsia kek ini dengan sesiapa yang mengintai/terintai dapur saya ni..
Jangan lah kita berkedekut ilmu sesungguhnya semuanya datang dari Yang maha Esa.Hari ini kita berbudi,insyaallah esok lusa dibalas jua.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Salam Datin...izinkan saya mencuba ya?
ReplyDelete