Thursday, April 8, 2010
Kek Gula Hangus
Anak bongsuku memanggilnya kek coklat without chocolate.Hari ini seawal pagi aku keluar membeli sarapan untuk anak-anak ku.Ku gapai 3 keping kek gula hangus yang dijual si penjual nasi lemak ini.Tak kusangka kuih ini menjadi kegemaran anak sulungku.Dia pernah membeli kuih ini di pasar malam tetapi amat kecewa kerana tidak menyelerakan.Lantas dia meminta aku membuat kuih ini.Secara kebetulan aku menerima email dari adiku yang ke 6,Edah,yang juga menyanyakan resepi ini.
Alhamdulillah kesemua bahan diperlukan ada di lemari dapurku.Aku pun segera membuat gula hangus nya.Jom kita tengok cara membuat gula hangusnya dulu.
Bahan-bahan untuk gula hangus
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar marjerin
Diatas api yang perlahan,masukan gula kedalam periuk,biarkan ia masak hingga sedikit keperangan,jangan terlalu lama takut terhangit.Setelah gula mula kuning keperangan,tuangkan air panas dan cepat-cepat tutup periuk dengan penutupnya.Ini kerana bancuhan akan meletop2,dikhuatiri mencederakan tangan kita pulak nanti.Masukan marjerin.Angkat dan sejukkan.
Tiba masa untuk membuat keknya.Bahan yang diperlukan
4 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 sudu kecil bikarbonat soda
1 sudu kecil esen vanila
Telur dipukul hingga kembang.Masukan susu pekat dan tepung.Masukan bikarbonat soda dan esen(lebih digalakan mengayak tepung dan bikarbonat soda bersama).Lastly masukan gula hangus tadi.Tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan marjerin sekelilingnya.Kek ini hendaklah diperap selama 3-4jam agar sarang lebah boleh terbentuk.....Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah C selama 1 jam.Sejukan kek sebelum di potong.
Anda harus mengenali oven anda kerana sesetengah oven terlalu cepat panas dan ini akan membantutkan kek.Saya mempunyai 2 jenis oven,saya kaji dan teliti fungsi kedua-dua oven ini.Salah satu oven saya dimuatkan kedalam kabinet dapur dan saya dapati oven ini terlalu cepat panas dan adakalanya merosakkan kek saya.Oven ini saya gunakan lebih kepada meat roasting or cookies.Manakala dalam pembuatan kek saya lebih suka menggunakan portable oven Elba.Saya dapati ia membuatkan kek saya masak dengan lebih cantik.Adakalanya saya perlu menambahkan lebih 10-15minit pembakaran dari yang di catitkan dalam resepi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment