Thursday, April 1, 2010
Lempeng Tepung Gandum
Lempeng bukanlah juadah yang susah untuk dimasak.Ada bermacam jenis lempeng seperti lempeng kelapa,lempeng pisang,lempeng sagu dan lempeng tepung gandum.Anak-anak zaman sekarang lebih terdedah kepada "crepe" atau pancake. Zaman kita kecil-kecil dulu lempeng dah memadai.Sudah agak lama kami tidak menjamah juadah ini,sehinggakan anak saya yang berusia 9 tahun tidak pandai menjamah juadah ini...apabila dikatakan pancake baru dia ingin mencubanya..tetapi katanya pancake ini tak seperti pancake yang selalu dia makan iaitu gebu.Lantas kakak dan abangnya menamakan ini pancake orang melayu.Mereka mengajarnya menjamu lempeng ini dengan mencicah gula dan sambal sardin..Terkulat-kulat dan terpinga-pinga si adik kecil melihat telatah abang-abang dan kakaknya.Aku ketawa melihat telatah mereka.
Disini saya ingin berkongsi dengan anda sekalian yang lalu di blog saya bagaimana cara untuk membuat lempeng ini.Selalunya saya tak pernah menyukat bahan-bahan membuat lempeng ini.Sebenarnya saya pun hampir-hampir lupa..jadi untuk tidak melupai juadah ini saya kongsikan dengan anda juga.
Bahan-bahannya:-
2cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu teh garam
kalau tak suka lempeng kenyal tambahkan sebiji telor yg dipukul sedikit..hasilnya lempeng akan jadi lembut dan manis..Anak-anak dan suami prefer yg tak ditambah ngan telor..depa kata kalau makan ngan bubur/pengat durian maybe kene gaya..but not with spicy gravy.Itu terpulanglah pada citarasa masing2..pada saya dua2 pun ok.Anyway back to the batter.Campurkan kesemua bahan..kacau sampai tepung tak bergentel or senang blend aje..Sapukan setitis 2 miyak pada flat kuali then tuangkan sesenduk adunan batter..angkat kuali dan lerengkan supaya batter sama rata.Balikkan apabila brown spot timbul kat lempeng..buatkan pada bahagian top pulak.for next 2nd and 3rd lempeng tak payah tambah minyak,just pour in the batter.Pada lempeng yang ke4 minyak diperlukan lagi dan seterusnya..kalau mengikut sukatan ini anda boleh dapat 5-6 keping ...Enjoy your lempeng with some chicken or beef curry gravy or sambal sardin but my daughter just like to cicah it with some sugar.eee sedapnye!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment