Wednesday, April 7, 2010
Bistik Daging Mak Ani
'Bistik Daging' sentiasa menjadi menu pilihan masakan Mak Ani.Boleh dikatakan almost setiap minggu menu ini harus dihidangkan oleh Mak Ani.Aku pun turut dapat merasai dan mempelajari cara memasaknye,ini kerana aku tinggal bersama mereka ketika aku mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur.Ketika itu keluargaku masih berada di Ipoh.Sekali pandang menu ni macam daging masak kicap dan bahan yang digunakan pun lebih kurang dengan masakan daging masak kicap.Sesetengah orang menambahkan sos tomato.Apa yang membezakan bistik ini dengan masak kicap,kuahnya harus sedikit pekat dan manis kerana penggunaan kacang peas.
Apa-apa pun jemputlah menghayati bahan-bahan yang di perlukan.
400 gm daging lembu (potong 2in x 1/2in)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
1 cili merah(hiris)
1 tin kecil kacang peas (Ayam Brand)
1/2 sudu teh tepung jagung
3-4 sudu besar kicap masin Tamin
Bahan penumis:-
2 labu bawang merah
3 labu bawang putih
1 inci halia
kulit kayu manis,bunga lawang dan pelaga
1 sudu besar lada hitam (Tumbuk kasar)
Rebus daging hingga empuk.Bawang merah,halia dan bawang putih ditumbuk.Tumiskan hingga naik bau.Masukan kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga.Masukan daging yang telah direbus beserta air rebusan nya.Masukan lada hitam,bawang besar dan cili merah.Setelah daging agak sebati dengan kicap masukan kacang pes berserta airnya.Kemudian masukan tepung jagung yang dibancuh dengan 2 sudu besar air.Sekiranya mahukan kuahnya pekat ,renihkan seketika lagi.
**kalau di kaji resepi ini sedikit berbeza dengan masak kicap kerana penggunaan kicap amat sedikit dan tiada penggunaan cuka atau asam jawa.So betul la ia dinamakan Bistik daging oleh Mak Ani.
*** Garam tidak digunakan langsung didalam resepi ini.
Labels:
Masakan Daging
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment