Sunday, April 11, 2010
Bihun Goreng Judy
Hari ini saya ingin memperkenalkan bihun goreng yang selalu menjadi masakan kegemaran keluarga Puan Judy.Puan Judy seorang yang berbangsa Cina.Resepi ini merupakan resepi dari nenek beliau.Puan Judy amat cekap didapur,maklumlah di masa kecil,nenek beliau selalu mengarahkan kesemua cucu perempuannya membantu beliau didapur.Di kunjungan kami ke rumah salah seorang kawan baik kami,beliau dengan dibantu oleh kami menyediakan ramuan untuk menggoreng bihun ini.Saya amat berterimakasih pada beliau kerana sudi mengongsikan rahsia keluarganya kepada kami.Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.
1 bungkus bihun (direndam selama 1 jam)
Bahan A( bahan hiasan)
1 mangkuk ikan bilis kecil (digoreng garing,angkat dan ketepikan)
2 biji telur (di goreng dadar,digulung dan dimayang)
2 batang cili merah (di hiris)
1 mangkuk kecil bawang goreng(hiris bawang goreng,gaul dengan sedikit garam dan goreng)
sedikit daun seleri Cina (daun sup)(dimayang)
Bahan B
1/2 keratan kobis Cina (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1/2 inci halia(di hiris nipis)
Tumis bawang putih,bawang merah serta halia dengan sedikit minyak.Masukan kobis Cina dan goreng seperti memasak sayur.Angkat dan asingkan.
Bahan C
1/2 inci halia (dimayang halus)
beberapa helai fucuk(digoreng terlebih dahulu,fucuk tidak perlu dibasuh,terus menggorengnya,toskan minyaknya..boleh disediakan beberapa hari sebelum)
sedikit tauhu basah (dihiris memanjang)
sedikit fish cake (dihiris memanjang)
1 mangkuk kecil sotong basah (dihiris kecil)
1 mangkuk kecil cendawan telinga monyet(yang direndam dan di hiris)
sedikit taugeh
segenggam atau lebih shitake mushroom
Bahan D (Seasoning)
4 sudu besar light soya sauce
sedikit lada sulah.
Dengan sedikit minyak tumiskan halia yang dihiris.Masukan sotong basah,fish cake,cendawan telinga monyet,cendawan shitake dan tauhu basah.Gaulkan rata.Masukan fucuk.Masukan bahan D dan sedikit air.Masukan bihun.Gaul rata.No garam is needed as light soya sauce is salty.Masukan taugeh.Masukan bahan B dan ikan bilis goreng.Angkat.Hidangkan dengan meletakan bahan2 hiasan yang disediakan di Bahan A.
Hidangan ini lebih menyelerakan jika dihidang dengan cili kicap seperi dibawah ini
Cili padi (hiris)
sedikit light soya sauce
sedikit rice vinegar
Labels:
Beraneka Noodle/mee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment