Monday, April 12, 2010
Roti Jala dan Pengat Durian
Ah..Banyak sangat durian ni!Anak-anak zaman sekarang tidak menggemari buah durian kerana baunya yang begitu kuat.Beberapa ulas durian saya simpan beku didalam peti ais agar boleh diulangi kemudian hari dan selebihnya saya hendak buat pengat durian.Ada sesetengah nya mencampurkan durian kedalam pengat kacang hijau.Ada juga yang menambahkan sagu mata ikan didalam pengat ini.Saya lebih suka kepada pengat yang dibuat dengan durian sahaja.Hari ini saya membuat pengat durian dengan roti jala.Roti jala ini saya pelajari dari seorang kawan,Timah namanya.Mari kita curi-curi intai di dapur.
Untuk pengat durian
beberapa ulas durian yang segar(maksud saya yang tidak busuk)
2 senduk gula pasir
sedikit garam
1 biji kelapa yang di blend dengan 2 liter air.
2 helai daun pandan
Masukan kesemua bahan dan masak diatas api yang perlahan.Saya didihkan selama 1 jam agar kuahnya tidak mudah basi.
Untuk membuat roti jala
1 kg tepung gandum
1 tin evaporated milk
2 biji telur
1 cawan minyak mazola
2 - 2 1/2 liter air.
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
Campurkan kesemua bahan.Blendkan dengan blender untuk mengelakan tepung berbintil.Tapis adunan.Di atas kuali leper,sapukan sedikit minyak dengan menggunakan ikatan beberapa helai daun pandan.Sendukan sesenduk adunan kedalam acuan roti jala.Turapkan diatas kuali leper.Gunakan api yang perlahan.Tak perlu dibalikkan adunan ini .Angkat dan gulung atau lipat tiga segi(kipas).Hidangkan dengan pengat durian.
*** Pengat durian ini enak juga dimakan dengan roti atau pulut.
****Roti Jala ini enak juga dimakan dengan kari ayam/daging
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment