Tuesday, April 13, 2010
Mee Goreng ala Mamak
Ramainya orang bertandang di kedai mamak semata-mata untuk menikmati teh tarik dan mee goreng.Mee goreng mamak antara yang paling mendapat sambutan selain daripada roti canai.Tidak mengira masa,24jam sehari.Pada suatu hari anak aku membawa aku menikmati sarapan pagi.Aku pun meminta mee goreng,dah lama tak pekena juadah ni kerana mee goreng mamak bukan makanan kegemaranku.Aku lebih suka bihun,mungkin kerana tekstur mee itu yang memualkan.
Sedari tadi aku perhatikan dari jauh apa yang diletakan si Mamak kedalam mee goreng ini.Aku perhatikan satu persatu ramuan yang dimasukan.Kebetulan terlalu banyak pelanggan mengoder mee goreng.Ohh!macam ini rupanya..nanti akan ku cuba.Hari ini kebetulan suamiku meminta aku menggoreng mee.Mee goreng memang kegemarannya.
1 paket mee kuning
3-4 sudu cili (yg di blend bersama 2 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih dan sedikit garam)
2 ulas bawang putih (ketuk dengan pisau)
sedikit dark soya sauce Cap Yeos
sedikit cuka
2 biji telur
1 mangkuk kecil udang hidup
secekak kucai
50sen taugeh
1 paket fish ball
1 tauhu keras.(potong nipis)
garam
brown sugar
Hiasan
1 batang cili merah
limau nipis/limau kasturi
bawang goreng
Tumis cili boh hingga naik minyak,masukan bawang putih yang diketuk.Masukan sedikit dark soya sauce dlm 4 sudu besar)dan sedikit cuka dalam 1-2 sudu besar.Tuangkan sedikit air,gula dan garam.Masukan mee dan tauhu.Gaulkan rata.Setelah mee sedikit kering masukan udang dan fishball.Tuangkan sedkit minyak pada bahagian tepi mee,pecahkan 2 biji telur.Perlahan tutup telur itu dengan mee (Seolah2 menyorokan nya dibawah mee).Biarkan seketika.Api haruslah perlahan sepanjang proses.Masukan kucai dan taugeh.Boleh menambahkan lagi kicap jika warna mee kurang menarik.Angkat setelah taugeh separuh masak.Hiaskan mee dengan bawang goreng,hirisan cili dan limau potong.
Labels:
Beraneka Noodle/mee
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Terbaekkkkkkk ,,, mee goreng mamak ,,,,,,, sodap n meleleh air lior
ReplyDelete