Friday, April 9, 2010
Kuih Tako
Pertama kali saya diperkenalkan kuih Tako ni dirumah kawan saya semasa jamuan Hari Raya.Dia meberitahu saya sedikit sebanyak cara membuatnya.Kawan saya ni,Kak Wan memang pandai membuat kuih.Banyak yang telah saya pelajari daripada beliau.Kuih Tako ni lebih kurang sama dengan kuih tepung pelita cuma bezanya dalam penggunaan tepung.Pagi ini selepas sembahyang subuh saya membuat kuih Tako ini untuk dibawa ke Muar,petang nanti.Malam ini kami akan mengadakan small dinner gathering wih some of our friends.Apakata saya kongsikan resepinya dengan anda.
1 biji senkuang yang dipotong dadu kecil.
Setelah dipotong dadu,masukan sesudu kecil kedalam mangkuk plastik yang bersaiz kecil.
Untuk bahagian bawah(warna hijau)
180gm tepung jagung
150gm gula(saya guna gula perang)
sedikit pewarna hijau atau jus daun pandan
1400ml air.
Letakan semua bahan kedalam periuk.Sekiranya anda menggunakan daun pandan(ambil 8-10 helai daun pandai kemudian blend dengan 1400ml air,tapis air nya).Sekiranya anda menggunakan pewarna,masukan sehelai daun pandan yang disimpul(untuk keharuman).Kacau semua bahan diatas api yang perlahan,sehingga adunan menjadi pekat.Angkat.Ambil 1sudu besar atau 2 sudu dan masukan kedalam bekas plastik yang kecil
Untuk bahagian atas(yg berwarna putih)
100gm tepung jagung
1400ml santan yang diblend /perah dari 1 biji kelapa.
sedikit garam
Seperti adunan hijau,adunan ini juga dikacau diatas api yang perlahan dan hingga pekat.Angkat dan skoop kan 1 sudu besar diatas adunan hijau.
Lebik enak dimakan kalau disejukan.Sejukan didalam peti sejuk.
** 1 bancuhan ini boleh diisi kedalam 30 biji mangkuk plastik yang bersaiz kecil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment