Tuesday, April 17, 2012

3D Mahligai Asmara

Ibu pengantin terpikat dengan salah satu busana saya yang menggunakan teknik cabochon dan netting,maka lahir lah ilham Mahligai Asmara...berbekalkan permintaan sedemikian,jarijemariku melakarkan sebuah lagi gubahan yang tidak pernah kulakar di busana atau di kertas sama sekali,segala-gala yang timbul di onak pemikiranku ,itulah yang kujadikan ilham..Alhamdulillah siap jua akhirnya beberapa hari sebelum pernikahan pengantin...

Sunday, April 1, 2012

Stimboat

Alamak terliur pulak ler tengok posting kenalan di fb.Dah agak lama tak ber 'stim boat'.Stimboat kalau makan diluar memang mahal sangat,berkali2 dah kene,ermm sekali makan ngan anak2 tak pernah lari $400 - $500..ha terkejut membayor bil..sejak itu,buat sendiri lagi baik,tak habis leh simpAn untuk esok..hmm kali ni sup ayam je yang saya buat...senang je nak buatnya..jom la tengok apa ramuannya..

Ramuan untuk sup stimboat
2 keping ayam bhg dada yg telah dibuang kulit (atau 1 tulang rangka ayam)..
1 jug air
2 kiub ayam knor
sedikit garam
2 ulas bawang putih(diketuk)
2inci halia(diketuk)

Campurkan kesemua bahan dan rebus hingga terbit minyak...Tuangkan sup ke periuk yg dikhaskan utk dapur stimboat..Pelbagai ramuan lain serperti cendawan,fishball,kepingan daging/ayam,udang serta sayuran lain boleh disajikan bersama.

Untuk sos cicah

sedikit cili padi merah dan hijau
(ditumbuk)
perahan limau kasturi
kicap cair lee kum kee

Thursday, March 8, 2012

Sulaman manik di hujung baju

Hujung baju dihiasi sulaman-sulaman manik biasa menambahkan lagi seri si pengantin yang bakal memakainya untuk majlis pernikahannya.
Meskipun sedikit sahaja sulaman yang dipinta oleh tuan punya baju namun ia manis dipandang..

Sunday, March 4, 2012

Manik 3D dalam gubahan hantaran pertunangan

Sulaman bunga ros dari manik 3D digubah untuk dijadikan tempat meletak cincin merisik dan bertunang.Di gubah khas untuk upacara merisik dan pertunangan anak lelaki saya yang sulung..


Begitu juga untuk wang hantaran yang disusun dalam bingkai gambar juga telah dihiasi dengan sulaman-sulaman manik 3D

Sunday, February 26, 2012

Hi tea bersama Seleberiti dan Malaysia Beads Society

Bagi yang suka memakai pakaian bermanik,penjahit manik,pengusaha butik atau yang baru hendak mempelajari jahitan manik,anda di jemput bersama-sama untuk memeriahkan majlis yang julung kali diadakan bersama artis pujaan

Moga dengan perjumpaan begini,dapat mengenalkan dunia fesyen dan manik kepada semua golongan atasan mau pun bawahan.


Untuk yang berminat boleh hubungi saya selaku Presiden MBS di 019 6683227 atau ahli jawatan kuasa MBS yang lain.


Tarikh 29/4/2012

Tempat Hotel Sri Pacific

Waktu 2.30 ptg

Tiket masuk : untuk ahli $80
bukan ahli $120

Yuran tahunan keahlian $30 setahun

Dengan menjadi ahli,anda akan di beri bimbingan percuma cara dan teknik menjahit manik yang diadakan setiap 2 bulan atau 3 bulan dan pelbagai lagi.

Thursday, February 9, 2012

Kari kepala Ikan Merah

Ikan merah is always not my choice,sebab kekadang tu isinya liat.Anak-anak pun tak berapa gemarkan ikan jenis ini.
Sekiranya teringin menikmati juadah ini,Restoran Kari Kepala Ikan Kg Pandan menjadi pilihan.dah dekat 25 tahun kami menjadi pelanggan mereka.
Kalau beberapa tahun lalu,seketul kepala ikan dapat di beli dengan harga $30 namun sekarang harganya melambung hingga $65 ke $80.makin kaya le mamak ni!Ownernya aku tak pernah jumpa atau kenali,hanya pekerja-pekerja nya yg bertahun 'bertapak'di situ...
Malam ni aku nak terai masak kari versi sendiri..jom jenguk ke dapur.

a.1 ketul kepala ikan merah(dipotong,disini ikan siap dipotong oleh penjual ikan dipasar pagi tadi)dah ter seketul $30,ha soh je depa potong..senang je dikapaknya dgn pisau beso.
b.hirisan bawang merah,bawang putih dan halia.
c.air asam jawa(saya suka sederhana pekat,tidak terlalu cair atau pekat)

d.1 sudu teh halba campuran (my suggestion kalau ke tesco cari halba campuran untuk ikan)entah apa bezanya dgn yg dijual kat giant atau kedai biasa tapi yang nyata memang sedap..sekali saya dah cuba tak mau yang lain.(tuangkan ke dlm penapis kecil dan basuh halba)

e.3-4 sudu besar rempah ikan cap Babas.
f. 3-4 sudu besar cili boh(cili boh ini mmg dah sedia ada dlm fridge saya,diblen bersama belacan dan bawang merah

g.Daun kari

h.Terung panjang/bulat
kalau ada terung putih lagi baik..tapi kat pasaraya mmg tak akan senang didpti,kat pasar je ada.kalau pergi ke pasar malam,cari kat peniaga sayur kaum india.

Cara memasaknya:-

Tumis hirisan bawang hingga naik bau(guna api kecil je,nti hangit )
masukan daun kari dan halba campur.
Masukan cili boh.

Masukan terung kerana terung ambil masa untuk empuk.Masukan serbuk kari yang telah dicampur sedikit air.
Biar ia didih sampai naik minyak.
Tuangkan air asam jawa dlm 2mangkuk kecil.

Masukan ikan dan didihkan hingga isi ikan masak dengan rata.
Boleh letakkan hirisan daun ketumbar sebagai hiasan(malam ni daun ketumbar kehabisan dalam simpanan).
Disini saya tidak menggunakan santan,jika nak letak santan saya sarankan letak dlm 1/2 cawan shj atau 2-3 sudu besar.

Bagi keluarga Kaum Melayu,hidangan ini amat berselera disajikan dengan sambal belacan,telur dadar,telur masin dan jangan lupa kicap Tamin atau Kipas Udang..




Friday, January 20, 2012

Sotong masak hitam

Sotong masak hitam,bukan kerana kicap tetapi ink atau dakwat hitam yang terdapat pada perut sotong.

Bahan-bahan yang diperlukan

Sotong basah yang telah di bersih dan di potong 2 atau 3 bahagian mengikut saiz sotong.(dakwat hitam pd bahagian bawah sotong jangan dibuang.

cili padi hijau dan merah

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 batang serai

2-3 keping asam keping.

Tumbuk kesemua bahan dan tumis hingga naik bau.Masukan sotong dan biarkan ia didih hingga air dari sotong kering dan pekat.Masukan garam serta asam keping.Sekiranya masih banyak air ,angkat sotong dan letak ke tepi.Setelah kuah agak kering dam pekat tuangkan sotong dan gaul rata untuk seketika sahaja..elakan memasal sotong terlalu lama untuk mengelakkan sotong menjadi kecut.


Friday, January 13, 2012

Beading session with MBS members

Had great time with some of Malaysia Bead Society members on 13th Dec 2011,which we had at Great Eastern Mall,Kuala Lumpur.

3D techniques and Crumbles were shared in the 4hours session.


Glad meeting all members who came from JohorBahru,Nilai,Shah Alam ,Klang and surrounds KualaLumpur.

Hope to have another session.


A simple rainbow Crumble

Simple Crumble as per customer request whom wouldn't dare to wear too heavy beading for office attire..

Sunday, January 1, 2012

3D beading bracelet with Roses Garden

My latest 3D,its my 1st attempt trial on beaded bracelet..using the peyote and brick stitch techniques for the bracelet base and square stitch techniques for the roses...I took 2 days to complete the bracelet....and I enjoy doing it.❤
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...