Wednesday, February 9, 2011

Sambal ikan bilis kering

Kalau masak sambal ni,nasi seperiuk dan roti sebungkus pun boleh habis dalam sekelip mata.Walaupun pedas tapi ia tetap menjadi igauan anak-anak ku baik yang besar dan kecil.Resepi ni aku belajar dari ibu mertua ku.My youngest sister mmg suka sangat dengan menu simple ni,nak buat pun mudah.Jom kita lihat macamana nak membuat juadah ni.

1 mangkuk ikan bilis (basuh dan goreng garing)
1/2 mangkuk kacang tanah basuh dan goreng garing)
$1 cili padi sekiranya tiada cili padi boleh gunakan cili kering
sedikit belacan
beberapa ulas bawang merah
1 keping asam keping
Garam,
Gula
1/2 cawan air

Cili padi,bawang merah dan belacan diblend halus.Kemudian tumis dengan sedikit minyak .Masukan asam keping dan 1/2 cawan air.Masukan juga gula serta garam.Biarkan ia kering sedikit dan masukan ikan bilis dan kacang yang telah digoreng terlebih dahulu..Biarkan ia masak hingga kering,(kecilkan api dapur).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...