Tuesday, February 8, 2011

Onde-Onde(Buah Melaka)

Tercabar rasanya bila anak bongsu ku asik menanya bila nak buat kuih buah melaka ni.Anything to do with gula melaka is always his favourite.Kuih ni dia suka sangat panggil gula melaka...berkali2 dah diberitahu nama yang sepatutnya untuk kuih ni adalah bah melaka or onde-onde.Hah..biarla..kang kalau nak disuruh explain kenapa dipanggil buah melaka or onde-onde lagi menyusahkan pulak nak diterangkan.
Harini dia insist supaya dibuatkan kuih onde-onde ni..Kuih ni sangat la senang nak membuatnya kerana bahan2nya dan cara membuat amat ringkas dan senang..tapi bila penyakit malas datang,alamatnya beli je la..sian pulak bila dia kata ,hmm tak puas makan la...so little.so harini walau penat macamana sekali pun aku cuba untuk memenuhi kehendaknya...ketika membancuh adunan ni dia kata..oh no it has the same smell.oh mum u're great..Tq mummy for making these for me..I love u mummy...said my son..Oh! terharunya aku mendengar kata-katanya apatah lagi melihat dia happily menikmati kuih kesukaan nya...
Hmm apakata saya kongsikan cara-cara membuatnya.Anda perlukan.............

500 gm tepung pulut. (glutinous rice)
1 gelas atau lebih air daun pandan(blend kan beberapa helai daun pandan dgn 2-3 gelas air,tapis,dan ambil air,hampas dibuang)
Gula kabung/Gula merah(yg dlm bentuk blok/di dlam gelungan buluh,diracik/dipotong saiz kecil/kiub)
Kelapa parut putih.
sedikit garam

Caranya:

Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung,sampai adunan boleh diuli menjadi doh.Gentel doh menjadi seperti biji guli atau bebola kecil,kemudian leperkan dan masukan gula kabung yg telah dipotong kecil.buatkan doh seperti bebola kecil dan dimasukan kedalam air rebusan..Rebus sehingga bebola timbul/naik di paras atas periuk yang menandakan ia telah cukup masak.Angkat dan toska dgn penapis.
Golekan bebola kedalam kelapa parut yg telah ditambah sedikit garam.Gaul rata dan hidangkan..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...