Tuesday, February 8, 2011

Kulit cempedak goreng

Selalunya isi bah cempedak dimakan  begitu sahaja atau digoreng tepung,manakala biji nya direbus sehingga empuk..lemak rasanya..Anak-anak zaman sekarang rasa pelik tengok kita makan biji cempedak..jangan silap ye,biji nangka tak boleh direbus.tak pernah lagi jmpa orang makan biji nangka kecuali kuih biji nangka. yang diperbuat dari tepung pulut.ehehhe .



Pengalaman menikmati kulit cempedak di rumah ibu mertua,membuatkan aku terpikat dan rindu pada juadah ini..Tak kenal maka tak cinta,begitulah jadinya



Kulit cempedak yang kasar dan menggerutu ini harus dibersihkan.

Begini lah rupanya setelah dibersihkan.Kemudian dimasukan kedalam bekas yang berisi air panas dan garam.Letakan garam dalam 1/4-1/2 cawan.(bergantung pada kuantiti kulit cempedak)Tutup bekas tersebut dan biarkan ia diperap untuk beberapa hari..Setelah seminggu,tukar air tersebut dengan air biasa ,kemudian perapkan lagi mungkin untuk seminggu atau 2 minngu atau lebih.
Setelah cukup tempoh pemerapan,tuangkan kedalam penapis,basuh dan perah lebihan air yg terdapat pada kulit cempedak ini.
Goreng kulit sempedak ini hingga ranggup.Hidangkan bersama nasi dan hidangan yang lain.

Rasanya lebih enak daripada ayam goreng.Selamat Mencuba!!!

2 comments:

  1. wah xsangka ya..kulit cempedak bule dibuat makan...nk try...=) tq...

    ReplyDelete
  2. sedap..mak angkat sy buatkan..itu first time sy rasa

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...