Thursday, February 10, 2011

Hobi mengeratkan pertalian persahabatan

   Menjahit manik hanyalah  sebagai hobi. Setiap kali hendak ke majlis,aku pasti sibuk menjahitkan manik pada baju yg hendak dipakai, tetapi kerana kurang keyakinan atas hasil kerjatangan ku aku mula mengorak langkah mengikuti kelas-kelas manik.Kelas pertama ku  dibimbing oleh Kak Ani di Maju Junction.Kelas asas manik yang merangkumi 10 corak manik,walaupun corak-corak manik tersebut telah biasa aku sulamkan dipakaian ku ,tetapi amat berpuashati kerana mendapat tips dan teknik-teknik yang betul dalam jahitan manik


        
     Kak Ani yang kini telah bersara dari mengajar,beliau adalah seorang akauntan tetapi sanggup meninggalkan kerjaya kerana minat dalam seni jahitan.Seni jahitan yang telah dipupuk oleh ibu beliau sejak kecil.

Setelah  terbaca laman manik Noramanik yang memperkenalkan Shimmering Flora.,aku mengambil keputusan untuk mengikuti kelas anjuran Nora,walaupun aku sudah dikira boleh memanik ketika itu tetapi  tetap ingin mendalami teknik-teknik yang digunakan dalam gubahan corak Shimmering Flora


Demi mengikut perkembangan fesyen manik,kelas Crumble menjadi pilihan yang seterusnya.Kelas Zai Butterfly menjadi pilihan ku kali ini..terpaku melihat kecantikan Crumble yang diolah oleh Zai Ahmad.
                                                    bersama Zai Ahmad Butterfly Beads

                                        persahabatan diteruskan selepas berkenalan di kelas Zai

Demi menghargai persahabatan di laman facebook,mengorak langkah menghadiri kelas crumble basic yang dianjurkan oleh Sheik Azmi Serimanik
                             bersama Noris,Eda,Suzana ,Ismahani,Rohana di bengkel Serimanik
                

.Sunnguh berbesar hati dapat didikan dari Umi yang telah memperkenalkan/merekacipta design  Crumble di dunia manik ini.
Kini 3D menjadi sebutan dan igauan pemanik-pemanik di Malaysia.Amat bertuah mendapat didikan personal dengan Wan Norzita yang telah mempunyai 20tahun pengalaman didalam 3D.


Di pertandingan manik 2010 oleh Fitmdc,berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan beberapa orang pemanik yang telah mencipta nama di bidang manik
                                                    bersama Nora Rahman
                                          bersama Izan Beauty n Beads
                                          bersama Zalizan Hearbeads Collections
                       bersama Doris Jejarimanik,Aida Busana Bonda,Norafida dan Mas Sunnies Beads

Sejak bertemu di kelas-kelas memanik dan dilaman Facebook Beaders,perkenalan Lilies & Lavendar makin meluas.Kami sentiasa bertemu pada setiap 2 minggu atau 1 bulan sekali untuk berkenalan dengan pemanik-pemanik yang baru dan yang telah lama berkecimpung di dunia manik.Disetiap pertemuan,kami berkongsi ilmu memanik yang ada pada setiap yang hadir.
 Kami berkongsi tips dan idea pada tiap pertemuan yang diadakan setiap 2 minggu atau sebulan sekali.

                                            bersama Azie,My little Touch,Amira,Maziah Ismail




.Kami sentiasa mencari ilham dan berkongsi pengalaman diatara kami sehingga tercetusnya idea untuk menubuhkan sebuah Kelab Manik yang dinamakan Malaysia Beads Society.
Barisan ahli jawatankuasa MBS yang sentiasa memberi sokongan penuh dalam penubuhan Kelab Manik ini..Mereka terdiri daripada Lilies&Lavendar,Seni Jahitan,Busana Bonda,Jejarimanik,Patternz,My Little Touch,Yati Manik,dan Ninies Beads.
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2010 yang diadakan bersama pemanik-pemanik di Hotel Concorde
                             Penyampaian hadiah nombor bertuah di malam sambutan Aidil Fitri 2010
           Majlis Aidil Fitri diserikan dengan kehadiran Aleng Tohara serta pembantunya (pemanik dan andaman
           terkemuka ).


Seperti biasa didalam kesibukan menyiapkan tempahan manik pelanggan dan tugasan harian,kami bertemu lagi

                                          bersarapan sambil membincang usul agenda MBS
                                    membelek dan meneliti hasil yang telah dimanikkan oleh IJKM

Bukan setakat berkongsi tips memanik tetapi seni tangan yang lain kami ketengahkan juga



                                          Knitting,crochet juga menjadi hobi sampingan kami
Berkongsi ilmu yang ada  pada setiap pertemuan,walaupun dipertemuan yang singkat



Aktiviti sambilan memanik yang bermula dari kenalan di facebook juga menjadi tarikan Harian Metro.



2 comments:

  1. bestnya... mungkin thn ni klu ada rezeki sy nak tumpang sekaki ke majlis akan dtg hehehe

    ReplyDelete
  2. Casinos & Slots - Dr. Minnesota CDC
    Casinos 문경 출장마사지 and Slots · Golden 광주광역 출장샵 Nugget · 안동 출장마사지 Las Vegas · Golden Nugget · 출장샵 Las Vegas · 공주 출장안마 Red Rock Casino · Hollywood Casino & Resort · Caesars Palace

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...