Showing posts with label Pengumuman. Show all posts
Showing posts with label Pengumuman. Show all posts

Thursday, March 24, 2011

MBS(Persatuan Pengusaha dan Peminat Sulaman Manik)

Syukur alhamdulillah kehadarat Allah s.w.t...akhirnya impian untuk merealiasasikan MBS(Malaysia Beads Society) telah diperkenan dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Selangor dengan no pendaftaran pertubuhan 158-11-SE pada 23hb.March 2011.

Dengan tertubuhnya persatuan seumpama ini ia dijangka dapat membantu semua kaum wanita khususnya untuk mendalami kesenian sulaman manik ini tanpa mengira umur,bangsa dan ugama.

Moga melalui pertubuhan MBS ini,ia dapat menaikan taraf  dan nilai kesenian tangan rakyat Malaysia dan setanding dengan kesenian yang telah wujud dipersada dunia luar.


Demi Cinta terhadap Kesenian Sulaman Manik,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk menjayakannya impian ini seperti dalam lagu Cinta Ini oleh Dato Siti Nor Haliza


Sunday, March 13, 2011

Pincushion Amigurumi dari Blog Sew and Cut

Comel sangat pin cushion yang dibuat cara crochet ni kan....Bila saya bukak blog Sew and Cut.terpaut hati apabila melihatnya.,geram nengoknya!

Pin Cushion ini dibuat dengan teknik crochet yang dipanggil Amigurumi..Pelbagai bentuk boleh dihasilkan dengan teknik Amigurumi.

Ha......pada sesapa yang ingin mendapatkan pin cushion ini ,jom le jengah blog Sew and Cut...komen sikit kat posting Sew and Cut tu,mana tau anda adalah salah seorang dari 20 orang yang bertuah memilikinya..Jangan lambat tau..saya pun nak jugak ni...jom jom pegi ke blog Sew and Cut,link blognya ada kat sini...ha ni  dia....http://sewandcut.blogspot.com/2011/03/my-first-giveaway.html

So cepat le amik peluang ni ye..sebelum 28/3/2011....cepat! cepat!....hanya 20 orang je yg dapat ni.
                      

Friday, March 11, 2011

Majlis Suai Kenal Malaysian Beads Society

                                                                                                         
                                                                                    
Untuk julung kalinya,Malaysian Beads Society mengajak dikalangan anda semua samada yang menjahit manik mahupun yang menggunakan manik dalam perhiasan diri untuk meluangkan sedikit masa bertemu dan bermesra bersama-sama rakan seperjuangan sambil bertukar pandangan dan tips di perjumpaan ini nanti.

Semoga majlis seumpama ini akan dapat mengeratkan persahabatan diantara pemanik-pemanik sepenuh dan separuh masa.

Pada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan saya melalui talian 019-6683227 atau email lilies.mohdsalji9@gmail.com atau ahli-ahli jawatankuasa MBS yang lain.

Majlis akan diadakan pada 27hb.Mac 2011(Ahad)

Bertempat  di Hotel De Palma Shah Alam

Tiket masuk : $35 seorang

Waktu jam 2 petang

Pelbagai program dan aktiviti menarik telah diaturkan untuk anda.Jemputlah beramai-ramai dalam menjayakan program suai kenal yang dianjurkan oleh MBS.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...