Showing posts with label Sayur. Show all posts
Showing posts with label Sayur. Show all posts

Tuesday, February 8, 2011

Kulit cempedak goreng

Selalunya isi bah cempedak dimakan  begitu sahaja atau digoreng tepung,manakala biji nya direbus sehingga empuk..lemak rasanya..Anak-anak zaman sekarang rasa pelik tengok kita makan biji cempedak..jangan silap ye,biji nangka tak boleh direbus.tak pernah lagi jmpa orang makan biji nangka kecuali kuih biji nangka. yang diperbuat dari tepung pulut.ehehhe .



Pengalaman menikmati kulit cempedak di rumah ibu mertua,membuatkan aku terpikat dan rindu pada juadah ini..Tak kenal maka tak cinta,begitulah jadinya



Kulit cempedak yang kasar dan menggerutu ini harus dibersihkan.

Begini lah rupanya setelah dibersihkan.Kemudian dimasukan kedalam bekas yang berisi air panas dan garam.Letakan garam dalam 1/4-1/2 cawan.(bergantung pada kuantiti kulit cempedak)Tutup bekas tersebut dan biarkan ia diperap untuk beberapa hari..Setelah seminggu,tukar air tersebut dengan air biasa ,kemudian perapkan lagi mungkin untuk seminggu atau 2 minngu atau lebih.
Setelah cukup tempoh pemerapan,tuangkan kedalam penapis,basuh dan perah lebihan air yg terdapat pada kulit cempedak ini.
Goreng kulit sempedak ini hingga ranggup.Hidangkan bersama nasi dan hidangan yang lain.

Rasanya lebih enak daripada ayam goreng.Selamat Mencuba!!!

Saturday, October 2, 2010

Kuah Kacang


Kuah kacang adalah diantara menu yang dimakan dengan nasi impit atau ketupat.Kuah kacang ini juga boleh dimakan dengan satay.


Bahan-bahannya:-

500 gm kacang tanah tumbuk
1 senduk cili boh/cili kisar
5 sudu gula merah
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 btg serai (titik)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 genggam udang kering
250ml santan (1 kotak kecil santan dlm kotak) atau 1/2 tin susu sejat (evaporated milk)

Udang kering,bawang merah.bawang putih dan halia di blend,kemudian tumis dengan sedikit minyak.Masukan serai dan lengkuas yang telah di titik.Masukan cili boh,biarkan ia didih seketika,Masukan air asam jawa serta gula merah dan garam.Setelah agak sebati masukan kacang tanah yang telah ditumbuk..Tambah sedikit air sekiranya terlalu pekat.Masukan santan,perlahankan api dapur dan biar ia masak hingga terbit minyak.

Hidangkan dengan ketupat atau nasi impit..

Thursday, June 24, 2010

Sayur Leek,Tauhu dan Oyster King Mushroom



Sayur leek yang dikategorikan dalam keluarga bawang putih,mempunyai banyak khasiatnya,antaranya....melindungi anda dari kanser prostate,kanser rahim dan kolon.Bahkan ia juga membantu menurunkan paras darah tinggi dan menaikkan taraf kolestrol yang baik.Daun hijau pada leek bersifat antioksidan.

Oyster mushroom juga memainkan peranan pengoxidan dan tinggi serat fiber..Ia juga melindungi anda dari kanser.

Tauhu juga memainkan peranan dalam melindungi anda dari kanser terutama breast kanser.Mengurangkan kesan simtom menopos dan osteoperosis

Hari ini saya ingin berkongsi resepi gabungan ketiga2 bahan didalam menu sayur saya hari ini.

2 batang leeks(terdapat 2 jens leek-australian leek dan chinese leek...disini saya menggunakan chinese leeks)(di potong selebar 3 inci dan dihiris panjang)
1 paket king oyster mushroom
tauhu keras (dipotong 4 dan hiris setebal 1/2 in)
3 ulas bawang putih(dihiris)
1 ulas bawang besar(dihiris bulat)

Tauhu digoreng dengan api yang perlahan,serta minyak yang sedikit(not deep fry style) agar tidak terlalu garing .Masukan bawang putih dan bawang besar.Kemudian masukan oyster king mushroom.Biarkan ia didih seketika dan masukkan daun leek dan garam.Angkat setelah daun leek agak lembut..

Tuesday, March 30, 2010

Tempe dan So hun masak lemak putih


1 paket so hun dan fucuk(koyak2kan fucuk dan rendamkan didalam air)
1 keping tempe (dibungkus dalam plastik)
3 keping tauhu
3 ulas bawang merah
1 helai daun kunyit
1 biji terung bulat
3 biji kentang
sedikit udang kering atau sotong kering(rendam terlebih dahulu)
1 biji kelapa tambah 700ml air (blend dgn blender dan diperah santannya)
Garam

Kentang yang dibelah 4 atau 6 direbus hingga empuk.Toskan airnya.Didalam periuk.masukan kentang rebus,terung yg juga direbus sedikit,udang kering,bawang merah yang di hiris,daun kunyit yang di siat2kan seta tempe dan tauhu.Tuangkan santan yang telah diperah.Jerangkan diatas api yang sederhana.Masukan sedikit garam,jangan terlalu banyak kerana udang kering/sotong kering berkemungkinan masin.Kacau agar tidak berkepala.Setelah tempe agak empuk masukan so hun dan fucuk.Kacau biar ia sebati.Hidangkan dengan nasi.


Pada kunjungan ke rumah Mak Teh di Parit Jawa,Muar,Johor iaitu pada Hari Raya Haji tahun lepas,kami telah disajikan ketupat dengan hidangan sayur ini..Mak Teh sekeluarga menamakan hidangan ini Sayur Lodeh.Aku dan keluarga pada mulanya amat terkejut kerana Sayur Lodeh selalunya bewarna kuning kerana penggunaan kunyit dan sebagainya.Pada kami sekeluarga hidangan ini sepatutnya So hun dan Tempe masak lemak putih yang dihidangkan dengan nasi panas dan sambal ikan bilis ..Apa-apa pun kami telah mempelajari sesuatu yang baru.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...