Tuesday, November 9, 2010

Craft made From Fabric Remnant


Dah lama tak mengemas bilik jahitku yg comel ni.Aduhai berselerak sakan dengan kain-kain lebihan menjahit baju-baju untuk hari raya baru-baru ni.Hmmm bekas-bekas manik pun dah berterabur,mana taknya,tahun ini banyak pula tempahan manik yang datang dari pelanggan-pelanggan baru selain dari pelanggan tetap ku,sampai bajuku dan anak perempuan ku disiapkan pada malam raya...ermmm perkara lumrah tu.

Dalam aku mengemas kain-kain lebihan ni,tetiba datang idea untuk membuat kraf kitar semula (recyle).Hmm 'tempat letak jarum'(pin cushion)......... itulah yg bermain difikiran ku..senang dan berbagai2 bentuk boleh dibuat.

Ramai yang pasti memerlukan pin cushion ni,tak kira la samada yang menjahit manik atau penjahit baju bahkan sesapa sahaja walaupun untuk menjahit butang tercabut atau kain/seluar yang tertetas...hmm....even si kaum lelaki pun mungkin memerlukan ini ketika membuka packing baju kemeja yg baru dibeli dimana terdapat banyak jarum-jarum peniti didalam lipatan baju.
Antara bentuk pin cushion yg dapat kuhasilkan kali ini adalah yg berbentuk bunga dan sebuah kotak.Pin Cushion yang berwarna merah didalam gambar diatas , ia dibuat untuk anak-anak muridku yang telah menghadiri kelas Sulaman Manik dan Labuci ku baru=baru ini...comel dan simple sangat maklumlah dibuat sehari sebelum kelas,,,agak kelam kabut...grab apa-apa yg ada dan buat apa yang termampu sahaja masa tu.....

Aku berhasrat memberinya sebagai buahtangan kepada sesiapa yang berminat..so Rebutlah sementara stok masih ada....

Friday, November 5, 2010

Cabbage in Winter




Teknik bunga-bunga kekwa digunakan dalam sulaman labuci kali ini.Warna material linen putih menggambarkan suasana salji di musim sejuk ditambah dengan penggunaan labuci flower bowl seakan-akan bunga-bunga kobis.
Bersesuaian pula dengan permintaan pemilik yang inginkan labuci warna biru untuk memadankan kasut suede biru

Thursday, November 4, 2010

Taburan Sakura in Korea




Blause shiffon biru dikirim pemiliknya 2 hari sebelum dia menghadiri majlis pelancaran Harrods di KlCC...katanya mahukan yang simple agar boleh diguna pakai kemudian hari ke pejabat.
Warna latar blause ini memang memukau mataku..Blause yg direka dengan design baju tradisi rakyat Korea.Lantas......kuntuman bunga2 sakura bermain difikiranku..

Kuntuman bunga2 sakura disulam dengan menggunakan teknik sisek ikan .Penggunaan sequine flower bowl menaikan keserian bunga2 sakura ini ditambah dengan dedaun yg menggunakan teknik peony balqis..

Alhamdulillah, si pemilik amat gembira apatah lagi dipuji oleh teman2 sepejabat dan para tetamunya di majlis tersebut..

Lilies & Lavendar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Rosnah yang memberi kepercayaan penuh dalam mentata rias busana beliau..

Wednesday, November 3, 2010

Roses in Autumn




Sulaman manik bunga-bunga dahlia digunakan dalam rangkaian gubahan Roses in Autumn untuk sahabat karib Mimi di Nortingham,United Kingdom.
.Sekembali dari bercuti di London semasa Hari Raya Aidil Fitri tahun ini,aku mengilhamkan warna-warna dedaun yang terdapat di taman Kesington Park.
Aku hanya ada 2 minggu untuk menyiapkan seluruh busana dari memotong kain hingga menjadi busana Kurung Johor (ukurannya yang aku cuma anggarkan selepas bertemu Mimi di London,setelah hampir 5 tahun Mimi dan Fizal serta anak-anak berhijrah ke Nottingham)hingga lah ke sulaman manik dan labuci nya.
Akhirnya sempat juga aku menyiapkan busana ini untuk dikirim melalui ibu Mimi yang berangkat ke sana untuk bersama mereka selama 6 bulan.
Menurut Mimi busana ini akan dipakai nya untuk Hari Raya Aidil Fitri tahun depan,2011..Insyaallah


Monday, October 11, 2010

Puding Kastad Berkuah


Bahan-bahan untuk puding

200 gm tepung kastad
1/4 cawan susu evaporated(sejat)
1/4 cawan gula
2 liter air

Campurkan kesemua bahan dan kacau diatas api perlahan-lahan hingga adunan agak likat/pekat.Jangat biarkan ia terlalu pekat/kental.Tuankan segera kedalam bekas acuan.Sejukan sebelum di hidang.

Bahan-bahan untuk kuahnya

1/2 cawan gula
1/2 tin susu evaporated
2 biji telur (ambil kuning sahaja)
sedikit esen
daun pandan
200 ml air

Campur kesemua bahan didalam periuk dan kacau diatas api yang kecil.Setelah mendidih,tapiskan dan sejukan.

Bahan-bahan hiasan
1.1 kotak jeli Nona(masak seperti yang tertera pada bungkusan/kotak)
2.1 tin fruit cocktail

Cara menghidang
Senduk adunan puding kedalam mangkuk koktail/mangkuk kecil,sedikit jeli Nona,sedikit fruit cocktail dan akhir sekali tuangkan kuahnya...




Saturday, October 2, 2010

Kuah Kacang


Kuah kacang adalah diantara menu yang dimakan dengan nasi impit atau ketupat.Kuah kacang ini juga boleh dimakan dengan satay.


Bahan-bahannya:-

500 gm kacang tanah tumbuk
1 senduk cili boh/cili kisar
5 sudu gula merah
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 btg serai (titik)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 genggam udang kering
250ml santan (1 kotak kecil santan dlm kotak) atau 1/2 tin susu sejat (evaporated milk)

Udang kering,bawang merah.bawang putih dan halia di blend,kemudian tumis dengan sedikit minyak.Masukan serai dan lengkuas yang telah di titik.Masukan cili boh,biarkan ia didih seketika,Masukan air asam jawa serta gula merah dan garam.Setelah agak sebati masukan kacang tanah yang telah ditumbuk..Tambah sedikit air sekiranya terlalu pekat.Masukan santan,perlahankan api dapur dan biar ia masak hingga terbit minyak.

Hidangkan dengan ketupat atau nasi impit..

Friday, September 24, 2010

Sayur Lodeh dengan nasi impit/Lontong


Menu yang mesti ada pada tiap kali sambutan Shawal.Namun ia boleh didapati di gerai-gerai yang menjual sarapan pagi.

Bahan-bahannya:-

2 keping fucuk (dikoyak2 kan dan direndam kedalam air)
2 ikat suhun(juga direndam dalam air)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 batang serai (titik)
1 mangkuk kecil udang kering
300 gm babat(optional)selalunya dah siap direbus bila dibeli kat pasar,potong kecil
cili padi (tepulang berapa kepedasan yg anda suka)
kacang panjang
tauhu keras
tempe
petai
terung
carrot
kobis

Tumbuk atau blend cili padi,bawang merah,bawang putih dan udang kering,letakan kedalam periuk.Masukan semua sayur-sayur yang telah dipotong dan dicuci..Masukan santan 1 biji atau 2 kotak kecil santan kotak..Masukan serai dan asam keping.Biarkan didih dengan api yg perlahan.Setelah sayur agak empuk masukan suhun dan fucuk.Letakan sedikit garam dan gula.

Hidangkan dengan nasi impit/ketupat/lontong(nasi impit yg dibuat dengan daun pisang).
Juga boleh dihidangkan dengan serunding kelapa seperti di dalam gambar.

Serunding Kelapa


Ini adalah pertama kali aku membuat serunding kelapa untuk disuaipadankan dengan kuah lontong/sayur lodeh.Selalunya bila aku nampak serunding ni ketika membeli sarapan.aku tak minat langsung nak tahu atau mencubanya.Namun selepas menziarah rumah salah seorang jiranku 'nenek glamer' aku terpikat dengan serunding kelapanya,tapi serundingnya berwarna putih,mungkin dia tidak menggunakan cili sebaliknya biji ketumbar dan jntan manis aje agak nya la..nak tanya resepi,segan lah,maklumlah bukan semua orang suka berkongsi resepi...alah tak leh bawa ke mati pun.hanya kain kapan dan amalan je yg dibawa nanti...ah!perkara kecil je tu..Setelah aku fikirkan seharian,hari ini aku dapat juga membuat serunding ini,hmm tak tau la samada sesedap resepi orang lain yg dah pernah membuatnya.
Jom kita belek-belek resepi aku ni.

Bahan-bahannya:-

1 biji kelapa parut (minta parut putih)
2-3 sudu cili boh
1 genggam lebih udang kering
1/2 in halia
1 hiris lengkuas
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 helai daun limau purut hiris(jika suka)
secubit asam jawa yg ditambah 1/2 caw air

Udang kering,bawang putih,halia,bawang merah ,dan lengkuas di blend.Kemudian ditumis dengan sedikit minyak,masukan cili boh,serbuk ketumbar dan jintan manis.Masukan air asam jawa serta garam.Masukan juga air asam jawa.Kacau hingga kelapa agak kering.Taburkan hirisan daun limau purut jika suka..gaul rata dan angkat.

Serunding kelapa ini boleh dihidangkan dengan ketupat/nasi impit.
Kebanyakannya serunding dihidang bersama kuah sayur lodeh.
Serunding ini boleh juga dihidangkan dengan sambal tumis udang dan ketupat.

Selamat mencuba!!

Thursday, September 9, 2010

Tudung ala ala Ct




Lebihan kain dari membuat busana Rayaku,dipotong dan dibentuk seperti tudung ala ala CT...Dijahit dengan tapestri,simple tapi amat elegan ketika digayakan.

Sulaman sisik ikan sequine flower bowl




Alhamdulillah,siap juga busana Hari Raya ku.Hijau warna tema yang dipilih untuk kami sekeluarga bagi tahun ini..Aku memilih teknik sisik ikan yang menggunakan sequine flower bowl.Material shiffon agar sukar untuk disulamkan maniknya,aku harus lebih berhati-hati agar tidak merosakan busana ini..Masa amat mencerumbui ku...aku tidak sempat menambahkan manik tabur dicelah-celah kuntuman ini..mungkin selepas Hari Raya nanti,namun busana ini sudah cukup menceriakan .

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010/1431H


Ramadhan hampir meninggalkan kita dan Aidil Fitri akan menyusul esok atau lusa..Alhamdulillah kita ditemukan sekali lagi hari yang bahagia ini.Maaf memaafi sesama kita sudah menjadi lumrah umat islam di Hari Raya ini nanti dan itu lah seeloknya.

Lilies and Lavendar ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Zahir Batin.

Sisek Ikan Flower Bowl





Alhamdulillah,siap jua akhir baju milik Zarin.Berlatarbelakangkan warna kuning raja,sequine flower bowl hijau dan kuning digunakan dalam membentuk bunga yang mengunakan teknik Sisek Ikan.Diserikan lagi dengan penambahan manik 2 cut,pearl dan flower bowl yang di sulam tabur.

Zarin,pemilik busana ini amat gembira melihat keceriaan baju beliau.

Lilies and Lavendar mengucapkan ribuan terimakasih pada Zarin di atas kepercayaan yang diberi dalam mengtatarias busana Hari Rayanya tahun ini

Tuesday, September 7, 2010

Sakura Blossom





Sabtu lepas,seorang kenalan baru Facebook mengirim busananya untuk dimanikkan..Dia amat tertarik dengan sulaman-sulaman manik yang ku'upload' di facebook yangmana kebanyakannya kepunyaan pelanggan dan kawan-kawan.Katanya hari Rabu beliau akan berangkat ke kampung halaman untuk berhari raya.Aduh...cuma 3 hari sahaja masa yang aku ada.
Aku agak tertekan melihat corak latarbelakang kain ini,mempunyai bunga yang kecil dan memenuhi ruang material ini di tambah pula dengan warna-warna yang agak banyak dan terang.
Aku lantas melakar sebanyak 6 corak manik,akhirnya,kuntuman bunga-bunga kamelia yang ku pilih dan diberi nama 'Sakura Blossom'...di perindahkan lagi dengan sulur paur dan jahitan kuku kambing bermanik.
Setelah siap kedua-dua belah tangan,tuanpunya baju masih ingin bahagian depan baju dimanikkan juga.

Alhamdulillah,dalam masa 2 hari siap sudah busana ini.Sungguh berseri rupa busana ini setelah siap sepenuh nya.

Lilies and lavendar mengucapkan ribuan terimakasih kepada Thuwaibah yang memberi kepercayaan sepenuhnya untuk mencantikan busana Hari Raya beliau...


Saturday, September 4, 2010

Rendang Ayam untuk Raya


Tiap kali Hari Raya,rendang ayam atau daging tak dilupakan,sudah menjadi menu utama pada Hari Raya pertama.Setiap rumah pasti menghidangkan rendang ayam juga,yang pasti rasa setiap rumah agak berbeza-beza,ni lah yang dikatakan 'air tangan'..betul ke? agak nya lah kan..mana taknya resepi nya sama tapi rasa berlainan.malah rendang aku pun rasa berbeza dengan rendang yang dimasak oleh emak atau oleh ibu mertua ku padahal resepinya sama atau lebih kurang aje.
Jom kita intai apa yang ada kat dapur ku kali ini.

4 ekor ayam pencen(tua)potong 8
25 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
4 inci halia
4 inci lengkuas
6 batang serai
40-50 cili kering ,disini aku guna cili yang kurang pedas,boleh didapati di kedai runcit di pasar,kalau suka yang lebih pedas pun ada(direbus,diblend)
4 ulas kunyit hidup sebesar ibu jari
1 kilo santan pekat
6 sudu besar kerisik(beli je yg dah siap)
6 keping asam keping
garam(sea salt,dlm 2 1/2 sudu besar)
gula putih dalam 3 sudu besar
2 helai daun kunyit(koyak dan simpulkan)

****kalau menggunakan sea salt or himalayan salt,ajinomoto atau serbuk perasa/kiub ayam tak payah lagi digunakan kerana garam jenis ini dengan tersendirinya dapat menyedapkan masakan anda...cubalah!!anyway good for your health.harga memang mahal dalam $4 untuk paket kecil dari garam biasa yang hanya 80sen tapi worth the value!!!


Macam biasa,bawang merah,putih,halia,serai,kunyit dan lengkuas di blend halus,sebelum itu serai,halia,kunyit serta lengkuas harus lah dihiris agar senang proses memblend.Masukan kedalam kuali besar diikuti ayam yang telah diperap dengan air asam jawa/tpg gandum untuk membuang bau hanyir ayam(basuh selepas diperap utk 1-2 jam).Masukan cili yang telah diblend,kerisik,asam keping dan santan.Masak dengan api yang agak perlahan agar kelapa tak berkepala.masukan garam gula serta daun kunyit.Biarkan ia reneh untuk selama 4-5 jam atau sampai minyak pecah dan ayam agak lembut.

Enak dimakan bersama ketupat,nasi impit atau lemang.




Potato and Dill




Pertama kali aku diperkenalkan menu ini ketika lawatan ku ke rumah kawan ku Kristen dan Charlotte di Sweeden pada Jun 2009.Ketika itu baru masuk musim panas.Menunya memang mudah tapi tak pernah terfikir untuk membuatnya.Potato(kentang) yang digunakan bukan seperti yang biasa didapati di negara kita,ia ada yang bersaiz kecil ,kulitnya agak licin, bewarna kuning atau brown .

Apa yang anda perlu lakukan,basuh tanpa membuang kulit potato ini kemudian rebus hingga ia empuk.Tambahkan sedikit garam,disini saya menggunakan sea salt/rock salt.
Setelah empuk,saringkan air nya.Letakkan kedalam mangkuk penghidang.Taburkan daun herba dill yang telah dipotong kasar.Tutup dengan plastic microwave sementara menunggu hidangan yang lain siap.Ia boleh dihidangkan bersama salmon grill ,beef steak atau chicken roast.
Anak-anak saya amat menyukai menu.

Cuba lah!!!!

Thursday, September 2, 2010

Crumble Oya




Crumble yang sempat di jahit untuk Aidil Fitri tahun ini kepunyaan Oya.Pemilihan warna pearls dan kristal berpandukan latarbelakang material iaitu hijau dan sedikit pink

Hasil Jahitan Shimmering Flora my student




Buat pertama kali Shimmering Flora biru ini berjaya disulam oleh Hasnah,salah seorang pelajarku.Berbekalkan teknik dan cara-cara pemilihan warna Hasnah berjaya membuat kombinasi warna dalam penggunaan sequin.

Berkat 'extra' lesson yang diberi dalam kelas SF tempohari,Hasnah berjaya mengolah corak sisik ikan untuk busana yang pertama kali dibuatnya

Syabas Hasnah!!!!

Shimmering Flora on Pink





Dalam kesuntukan masa dapt jugak ku siapkan Shimmering Flora Pink untuk pelanggan baruku Maizura.Sungguh banyak dugaan dalam menyiapkan sulaman ini kerana diberi masa yang singkat memandangkan Aidil Fitri bakal tiba.
Kombinasi pink dan biru diolah dalam pembentukan SF ini berpandukan pada motif-motif warna yang terdapat pada baju dan kain si pemilik kurung moden batik ini.

Moga Maizura bertambah berseri di pagi raya.


Lilies and Lavendar mengucapkan ribuan terimakasih kepada Maizura atas kepercayaan yg diberi .

Design simple





Atas permintaan pelanggan yang mahukan design yang simple..Menggunakan labuci pink dan hijau disulamkan bunga dahlia dan kekwa keatas busana kelabu menampakkan ayu si pemakai.Harap sipemilik busana ini suka dengan pemilihan warnanya.

Highlight dan Bunga-bunga Ani





3 hari lalu,seorang kenalan menghulurkan busana kurung kain crepe batik terengganu untuk disulam design sisik ikan dan sedikit highlight di bahagian depan busananya.

Setelah membelek busana ini kudapati design sisik ikan tidak dapat menepati corak latarbelakang busana ini kerana berkonsepkan bunga orked.Lantas aku menyulamkan bunga-bunga Dahlia,kekwa,lily dan baby lili.
Pada bahagian depan taburan manik 2 cut dan sedikit round beads digunakan.

Alhamdulillah dalam masa 2 hari aku berjaya menyiapkan busana ini memandangkan si pemilik akan pulang ke London untuk menyambut Aidil Fitri bersama suami tercinta.

Lilies and Lavendar mengucapkan ribuan terimakasih kepada Ani yang memberi kepercayaan penuh untuk mencantikkan busananya kali ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...