Bahan-bahan untuk puding
200 gm tepung kastad
1/4 cawan susu evaporated(sejat)
1/4 cawan gula
2 liter air
Campurkan kesemua bahan dan kacau diatas api perlahan-lahan hingga adunan agak likat/pekat.Jangat biarkan ia terlalu pekat/kental.Tuankan segera kedalam bekas acuan.Sejukan sebelum di hidang.
Bahan-bahan untuk kuahnya
1/2 cawan gula
1/2 tin susu evaporated
2 biji telur (ambil kuning sahaja)
sedikit esen
daun pandan
200 ml air
Campur kesemua bahan didalam periuk dan kacau diatas api yang kecil.Setelah mendidih,tapiskan dan sejukan.
Bahan-bahan hiasan
1.1 kotak jeli Nona(masak seperti yang tertera pada bungkusan/kotak)
2.1 tin fruit cocktail
Cara menghidang
Senduk adunan puding kedalam mangkuk koktail/mangkuk kecil,sedikit jeli Nona,sedikit fruit cocktail dan akhir sekali tuangkan kuahnya...
Nampak sedap sungguh. Boleh tak kak kongsi resepi tempe masak lemak kat sini? Teringin sangat nak makan bila jauh dari Malaysia. Kebetulan ada kawan dari Indonesia bagi tempe semalam tapi susah nak cari resepi
ReplyDeletedefinately boleh......sila la
ReplyDelete