Friday, August 16, 2013

Pulut kuning

1kg pulut kuning
2 ulas kunyit hidup ditumbuk halus(optional)
3 -4 sudu besar serbuk kunyit
3 kpg asam keping
1/2 kilo santan
Garam

Pulut dicuci dan direndam selama 4jam dengan asam keping,kunyit hidup serta serbuk kunyit.
Cuci dan letakkan pulut kedalam periuk kukus.Kukus pulut selama 15minit atau hingga separuh masak.
Alihkan pulut separuh masak ke dlm sebuah bekas.Tuangkan sedikit demi sedikit santan yg telah ditambah garam.Boleh ditambah gula utk pulut kelihatan berkilat(saya jarang tambah gula).Gaul atau arung santan dengan pulut hingga sekata.Masukkan kembali ke dalam bekas pengukus.kukus lagi untuk 10 minit.

Rendang daging

1kg daging batang pinang
1kg santan
10 ulas bawang kecil tapi kdg2 saya guna 1 atau 2 biji bawang besar shj
1 labu bawang putih
3 btg serai dihiris
2in lengkuas dihiris
3in halia dihiris
3-4 kunyit hidup sebesar jari kelingking tiap satu dihiris
3-4 genggam cili kering (saya guna yg kurang pedas)
6kpg asam keping
3/4 buku gula kabung
Garam
Gula
3batang serai dititik
2 helai daun kunyit dimayang halus
Kerisik (1paket kerisik yg dibeli kat gerai santan)
Bahan2 yg dihiris serta bawang merah,bawang putih di blend halus.ciki kering direbus dn diblend halus.
Panaskan sedikit minyak dlm 1/2 cawan.Tumiskan bahan2 yg dblend termasuk cili kering.Tumis hingga naik minyak..masukan santan serta daging dan asam keping.masukan gula kabung,gula dn garam.setelah santan agak pekat masukan kerisik dan daun kunyit.
Masak atas api yg kecil hingga rendang kering.proses ini memakan masa yg agak lama,dlm 3 jam.







Tuesday, April 17, 2012

3D Mahligai Asmara

Ibu pengantin terpikat dengan salah satu busana saya yang menggunakan teknik cabochon dan netting,maka lahir lah ilham Mahligai Asmara...berbekalkan permintaan sedemikian,jarijemariku melakarkan sebuah lagi gubahan yang tidak pernah kulakar di busana atau di kertas sama sekali,segala-gala yang timbul di onak pemikiranku ,itulah yang kujadikan ilham..Alhamdulillah siap jua akhirnya beberapa hari sebelum pernikahan pengantin...

Sunday, April 1, 2012

Stimboat

Alamak terliur pulak ler tengok posting kenalan di fb.Dah agak lama tak ber 'stim boat'.Stimboat kalau makan diluar memang mahal sangat,berkali2 dah kene,ermm sekali makan ngan anak2 tak pernah lari $400 - $500..ha terkejut membayor bil..sejak itu,buat sendiri lagi baik,tak habis leh simpAn untuk esok..hmm kali ni sup ayam je yang saya buat...senang je nak buatnya..jom la tengok apa ramuannya..

Ramuan untuk sup stimboat
2 keping ayam bhg dada yg telah dibuang kulit (atau 1 tulang rangka ayam)..
1 jug air
2 kiub ayam knor
sedikit garam
2 ulas bawang putih(diketuk)
2inci halia(diketuk)

Campurkan kesemua bahan dan rebus hingga terbit minyak...Tuangkan sup ke periuk yg dikhaskan utk dapur stimboat..Pelbagai ramuan lain serperti cendawan,fishball,kepingan daging/ayam,udang serta sayuran lain boleh disajikan bersama.

Untuk sos cicah

sedikit cili padi merah dan hijau
(ditumbuk)
perahan limau kasturi
kicap cair lee kum kee

Thursday, March 8, 2012

Sulaman manik di hujung baju

Hujung baju dihiasi sulaman-sulaman manik biasa menambahkan lagi seri si pengantin yang bakal memakainya untuk majlis pernikahannya.
Meskipun sedikit sahaja sulaman yang dipinta oleh tuan punya baju namun ia manis dipandang..

Sunday, March 4, 2012

Manik 3D dalam gubahan hantaran pertunangan

Sulaman bunga ros dari manik 3D digubah untuk dijadikan tempat meletak cincin merisik dan bertunang.Di gubah khas untuk upacara merisik dan pertunangan anak lelaki saya yang sulung..


Begitu juga untuk wang hantaran yang disusun dalam bingkai gambar juga telah dihiasi dengan sulaman-sulaman manik 3D

Sunday, February 26, 2012

Hi tea bersama Seleberiti dan Malaysia Beads Society

Bagi yang suka memakai pakaian bermanik,penjahit manik,pengusaha butik atau yang baru hendak mempelajari jahitan manik,anda di jemput bersama-sama untuk memeriahkan majlis yang julung kali diadakan bersama artis pujaan

Moga dengan perjumpaan begini,dapat mengenalkan dunia fesyen dan manik kepada semua golongan atasan mau pun bawahan.


Untuk yang berminat boleh hubungi saya selaku Presiden MBS di 019 6683227 atau ahli jawatan kuasa MBS yang lain.


Tarikh 29/4/2012

Tempat Hotel Sri Pacific

Waktu 2.30 ptg

Tiket masuk : untuk ahli $80
bukan ahli $120

Yuran tahunan keahlian $30 setahun

Dengan menjadi ahli,anda akan di beri bimbingan percuma cara dan teknik menjahit manik yang diadakan setiap 2 bulan atau 3 bulan dan pelbagai lagi.

Thursday, February 9, 2012

Kari kepala Ikan Merah

Ikan merah is always not my choice,sebab kekadang tu isinya liat.Anak-anak pun tak berapa gemarkan ikan jenis ini.
Sekiranya teringin menikmati juadah ini,Restoran Kari Kepala Ikan Kg Pandan menjadi pilihan.dah dekat 25 tahun kami menjadi pelanggan mereka.
Kalau beberapa tahun lalu,seketul kepala ikan dapat di beli dengan harga $30 namun sekarang harganya melambung hingga $65 ke $80.makin kaya le mamak ni!Ownernya aku tak pernah jumpa atau kenali,hanya pekerja-pekerja nya yg bertahun 'bertapak'di situ...
Malam ni aku nak terai masak kari versi sendiri..jom jenguk ke dapur.

a.1 ketul kepala ikan merah(dipotong,disini ikan siap dipotong oleh penjual ikan dipasar pagi tadi)dah ter seketul $30,ha soh je depa potong..senang je dikapaknya dgn pisau beso.
b.hirisan bawang merah,bawang putih dan halia.
c.air asam jawa(saya suka sederhana pekat,tidak terlalu cair atau pekat)

d.1 sudu teh halba campuran (my suggestion kalau ke tesco cari halba campuran untuk ikan)entah apa bezanya dgn yg dijual kat giant atau kedai biasa tapi yang nyata memang sedap..sekali saya dah cuba tak mau yang lain.(tuangkan ke dlm penapis kecil dan basuh halba)

e.3-4 sudu besar rempah ikan cap Babas.
f. 3-4 sudu besar cili boh(cili boh ini mmg dah sedia ada dlm fridge saya,diblen bersama belacan dan bawang merah

g.Daun kari

h.Terung panjang/bulat
kalau ada terung putih lagi baik..tapi kat pasaraya mmg tak akan senang didpti,kat pasar je ada.kalau pergi ke pasar malam,cari kat peniaga sayur kaum india.

Cara memasaknya:-

Tumis hirisan bawang hingga naik bau(guna api kecil je,nti hangit )
masukan daun kari dan halba campur.
Masukan cili boh.

Masukan terung kerana terung ambil masa untuk empuk.Masukan serbuk kari yang telah dicampur sedikit air.
Biar ia didih sampai naik minyak.
Tuangkan air asam jawa dlm 2mangkuk kecil.

Masukan ikan dan didihkan hingga isi ikan masak dengan rata.
Boleh letakkan hirisan daun ketumbar sebagai hiasan(malam ni daun ketumbar kehabisan dalam simpanan).
Disini saya tidak menggunakan santan,jika nak letak santan saya sarankan letak dlm 1/2 cawan shj atau 2-3 sudu besar.

Bagi keluarga Kaum Melayu,hidangan ini amat berselera disajikan dengan sambal belacan,telur dadar,telur masin dan jangan lupa kicap Tamin atau Kipas Udang..




Friday, January 20, 2012

Sotong masak hitam

Sotong masak hitam,bukan kerana kicap tetapi ink atau dakwat hitam yang terdapat pada perut sotong.

Bahan-bahan yang diperlukan

Sotong basah yang telah di bersih dan di potong 2 atau 3 bahagian mengikut saiz sotong.(dakwat hitam pd bahagian bawah sotong jangan dibuang.

cili padi hijau dan merah

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 batang serai

2-3 keping asam keping.

Tumbuk kesemua bahan dan tumis hingga naik bau.Masukan sotong dan biarkan ia didih hingga air dari sotong kering dan pekat.Masukan garam serta asam keping.Sekiranya masih banyak air ,angkat sotong dan letak ke tepi.Setelah kuah agak kering dam pekat tuangkan sotong dan gaul rata untuk seketika sahaja..elakan memasal sotong terlalu lama untuk mengelakkan sotong menjadi kecut.


Friday, January 13, 2012

Beading session with MBS members

Had great time with some of Malaysia Bead Society members on 13th Dec 2011,which we had at Great Eastern Mall,Kuala Lumpur.

3D techniques and Crumbles were shared in the 4hours session.


Glad meeting all members who came from JohorBahru,Nilai,Shah Alam ,Klang and surrounds KualaLumpur.

Hope to have another session.


A simple rainbow Crumble

Simple Crumble as per customer request whom wouldn't dare to wear too heavy beading for office attire..

Sunday, January 1, 2012

3D beading bracelet with Roses Garden

My latest 3D,its my 1st attempt trial on beaded bracelet..using the peyote and brick stitch techniques for the bracelet base and square stitch techniques for the roses...I took 2 days to complete the bracelet....and I enjoy doing it.❤

Saturday, October 22, 2011

Bengkel Shimmering Flora untuk 29 Oktober 2011

Salam pada semua,dah lama saya tidak menganjurkan bengkel Shimmering flora.Atas permintaan, bengkel Shimmering flora akan diadakan lagi pada 29hb Oktober 2011.Pada yang berminat sila sms saya.



Tarikh :- 29/10/2011


Tempat :- Pusat Komuniti Bkt Antarabangsa


Yuran :- $150.00


Peralatan menjahit serta makan akan disediakan.

Pada yang berminat sila hubungi saya di talian 019 6683227

Sunday, October 16, 2011

Bengkel Jahitan 3D Anjuran Malaysia Beads Society.


Sulaman manik 3D yang di olah ke atas busana pakaian wanita kini telah menjadi igauan di kalangan penjahit2 manik dan peminat pakaian bermanik..Saya selaku Pengerusi Malaysia Beads Society (PeManik) menganjurkan Bengkel Kembara/Jelajah 3D mulai October 2011.Pada ahli yang telah membayar yuran keahlian sebanyak $30 setahun anda akan layak mendapat 20% DISKAUN dari Yuran bengkel sebanyak $250.00 .Sebanyak 10 - 13 teknik jahitan manik 3D akan diperkenalkan pada hari tersebut.

Pada yang berminat untuk menyertai Bengkel kami sila telefon/sms ke pada saya

Datin Elly 019 668 3227 (Pengerusi MBS)

Puan Doris 017 244 2194 (setiausaha MBS)

Puan Nor Faridah 012 211 5171 (AJK)

Bengkel-bengkel AKAN diadakan setiap Sabtu dan Ahad di Kota Kemuning,Shah Alam atau Taman Permata,Kuala Lumpur.Bengkel-bengkel di setiap negeri di Malaysia termasuk Sabah Sarawak akan di adakan mengikut permintaan dan tempat akan di beritahu kelak..Sila hubungi kami sekurang-kurangnya 1 minggu sebelum tarikh kelas bagi kawasan Selangor dan Kuala Lumpur.Deposit sebanyak $100 diperlukan sebelum menghadiri kelas bagi memastikan kedatangan dan penyediaan peralatan.

Mari lah bersama-sama menjayakan impian dan visi Perdana Menteri kita yg mahukan rakyat Malaysia mempunyai skil kemahiran yang patut dibanggakan oleh semua rakyat Malaysia..

Wednesday, August 31, 2011

Beading for raya 2011

Tak kesampaian menolak permintaan kekawan yg meminta membling2kan busana raya tahun ini..Tahun ni memang dah berazam tak mahu mengambil sebarang tempahan memandangkan jadual waktu yg padat..Alhamdulillah 2 minggu sebelum Hari Raya semua tempahan dapat disiapkan walaupun ditempah pada waktu yg singkat.






Ucapan Selamat Hari Raya 2011



Assalamualaikum dan salam sejahtera,Lilies & Lavendar mengucapkan Selamaat Menyambut Aidil Fitri dimana jua anda berada.Saya memohon ampun dan maaf kira ada salah dan silap selama ini.
Moga di Hari Raya ini kita beroleh sejuta kebahagiaan walaupun sambutannya dalam keserdahanaan.





My Latest beading...3D beading


Ilham timbul ketika persoalan dari salah seorang beaders yg bertanya bagaimana hendak membuat 3D di atas kain chiffon..Alhamdulillah jadi jugak.tetapi design sebenar yg nak dikarang bukan la seperti ini..anyway a mistake can always be a design..a simple yet looks elegant!! hehehe..





Design yang dibawah ni pun demi menjawab soalan seorang beader yg bertanya bagaimana nak menjahit embelished lace pada kolar baju..kebykan mrk menggunakan lace ni dgn jahitan crumble tp saya olahkan dengan jahitan 3D...pssst saya sendiri fall in love utk jahit 3D..yg lain tu dah tk best le..




Kali ini pilihan beropol-ropol pulak...jom tengok kat baju yang ni pulak..




Last but not least I have managed to make these beautiful roses for a friend of mine..dek kerana motif bunga ros pada lace bajunya..hendak tak nak..redah dan cuba jugak ler mencuba mengait manik2 untk bunga2 ros ini...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...