Alamak terliur pulak ler tengok posting kenalan di fb.Dah agak lama tak ber 'stim boat'.Stimboat kalau makan diluar memang mahal sangat,berkali2 dah kene,ermm sekali makan ngan anak2 tak pernah lari $400 - $500..ha terkejut membayor bil..sejak itu,buat sendiri lagi baik,tak habis leh simpAn untuk esok..hmm kali ni sup ayam je yang saya buat...senang je nak buatnya..jom la tengok apa ramuannya..
Ramuan untuk sup stimboat
2 keping ayam bhg dada yg telah dibuang kulit (atau 1 tulang rangka ayam)..
1 jug air
2 kiub ayam knor
sedikit garam
2 ulas bawang putih(diketuk)
2inci halia(diketuk)
Campurkan kesemua bahan dan rebus hingga terbit minyak...Tuangkan sup ke periuk yg dikhaskan utk dapur stimboat..Pelbagai ramuan lain serperti cendawan,fishball,kepingan daging/ayam,udang serta sayuran lain boleh disajikan bersama.
Untuk sos cicah
sedikit cili padi merah dan hijau
(ditumbuk)
perahan limau kasturi
kicap cair lee kum kee
No comments:
Post a Comment