Friday, September 24, 2010

Sayur Lodeh dengan nasi impit/Lontong


Menu yang mesti ada pada tiap kali sambutan Shawal.Namun ia boleh didapati di gerai-gerai yang menjual sarapan pagi.

Bahan-bahannya:-

2 keping fucuk (dikoyak2 kan dan direndam kedalam air)
2 ikat suhun(juga direndam dalam air)
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
1 batang serai (titik)
1 mangkuk kecil udang kering
300 gm babat(optional)selalunya dah siap direbus bila dibeli kat pasar,potong kecil
cili padi (tepulang berapa kepedasan yg anda suka)
kacang panjang
tauhu keras
tempe
petai
terung
carrot
kobis

Tumbuk atau blend cili padi,bawang merah,bawang putih dan udang kering,letakan kedalam periuk.Masukan semua sayur-sayur yang telah dipotong dan dicuci..Masukan santan 1 biji atau 2 kotak kecil santan kotak..Masukan serai dan asam keping.Biarkan didih dengan api yg perlahan.Setelah sayur agak empuk masukan suhun dan fucuk.Letakan sedikit garam dan gula.

Hidangkan dengan nasi impit/ketupat/lontong(nasi impit yg dibuat dengan daun pisang).
Juga boleh dihidangkan dengan serunding kelapa seperti di dalam gambar.

Serunding Kelapa


Ini adalah pertama kali aku membuat serunding kelapa untuk disuaipadankan dengan kuah lontong/sayur lodeh.Selalunya bila aku nampak serunding ni ketika membeli sarapan.aku tak minat langsung nak tahu atau mencubanya.Namun selepas menziarah rumah salah seorang jiranku 'nenek glamer' aku terpikat dengan serunding kelapanya,tapi serundingnya berwarna putih,mungkin dia tidak menggunakan cili sebaliknya biji ketumbar dan jntan manis aje agak nya la..nak tanya resepi,segan lah,maklumlah bukan semua orang suka berkongsi resepi...alah tak leh bawa ke mati pun.hanya kain kapan dan amalan je yg dibawa nanti...ah!perkara kecil je tu..Setelah aku fikirkan seharian,hari ini aku dapat juga membuat serunding ini,hmm tak tau la samada sesedap resepi orang lain yg dah pernah membuatnya.
Jom kita belek-belek resepi aku ni.

Bahan-bahannya:-

1 biji kelapa parut (minta parut putih)
2-3 sudu cili boh
1 genggam lebih udang kering
1/2 in halia
1 hiris lengkuas
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
2 helai daun limau purut hiris(jika suka)
secubit asam jawa yg ditambah 1/2 caw air

Udang kering,bawang putih,halia,bawang merah ,dan lengkuas di blend.Kemudian ditumis dengan sedikit minyak,masukan cili boh,serbuk ketumbar dan jintan manis.Masukan air asam jawa serta garam.Masukan juga air asam jawa.Kacau hingga kelapa agak kering.Taburkan hirisan daun limau purut jika suka..gaul rata dan angkat.

Serunding kelapa ini boleh dihidangkan dengan ketupat/nasi impit.
Kebanyakannya serunding dihidang bersama kuah sayur lodeh.
Serunding ini boleh juga dihidangkan dengan sambal tumis udang dan ketupat.

Selamat mencuba!!

Thursday, September 9, 2010

Tudung ala ala Ct




Lebihan kain dari membuat busana Rayaku,dipotong dan dibentuk seperti tudung ala ala CT...Dijahit dengan tapestri,simple tapi amat elegan ketika digayakan.

Sulaman sisik ikan sequine flower bowl




Alhamdulillah,siap juga busana Hari Raya ku.Hijau warna tema yang dipilih untuk kami sekeluarga bagi tahun ini..Aku memilih teknik sisik ikan yang menggunakan sequine flower bowl.Material shiffon agar sukar untuk disulamkan maniknya,aku harus lebih berhati-hati agar tidak merosakan busana ini..Masa amat mencerumbui ku...aku tidak sempat menambahkan manik tabur dicelah-celah kuntuman ini..mungkin selepas Hari Raya nanti,namun busana ini sudah cukup menceriakan .

Wednesday, September 8, 2010

Selamat Hari Raya Aidil Fitri 2010/1431H


Ramadhan hampir meninggalkan kita dan Aidil Fitri akan menyusul esok atau lusa..Alhamdulillah kita ditemukan sekali lagi hari yang bahagia ini.Maaf memaafi sesama kita sudah menjadi lumrah umat islam di Hari Raya ini nanti dan itu lah seeloknya.

Lilies and Lavendar ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri,Maaf Zahir Batin.

Sisek Ikan Flower Bowl





Alhamdulillah,siap jua akhir baju milik Zarin.Berlatarbelakangkan warna kuning raja,sequine flower bowl hijau dan kuning digunakan dalam membentuk bunga yang mengunakan teknik Sisek Ikan.Diserikan lagi dengan penambahan manik 2 cut,pearl dan flower bowl yang di sulam tabur.

Zarin,pemilik busana ini amat gembira melihat keceriaan baju beliau.

Lilies and Lavendar mengucapkan ribuan terimakasih pada Zarin di atas kepercayaan yang diberi dalam mengtatarias busana Hari Rayanya tahun ini

Tuesday, September 7, 2010

Sakura Blossom





Sabtu lepas,seorang kenalan baru Facebook mengirim busananya untuk dimanikkan..Dia amat tertarik dengan sulaman-sulaman manik yang ku'upload' di facebook yangmana kebanyakannya kepunyaan pelanggan dan kawan-kawan.Katanya hari Rabu beliau akan berangkat ke kampung halaman untuk berhari raya.Aduh...cuma 3 hari sahaja masa yang aku ada.
Aku agak tertekan melihat corak latarbelakang kain ini,mempunyai bunga yang kecil dan memenuhi ruang material ini di tambah pula dengan warna-warna yang agak banyak dan terang.
Aku lantas melakar sebanyak 6 corak manik,akhirnya,kuntuman bunga-bunga kamelia yang ku pilih dan diberi nama 'Sakura Blossom'...di perindahkan lagi dengan sulur paur dan jahitan kuku kambing bermanik.
Setelah siap kedua-dua belah tangan,tuanpunya baju masih ingin bahagian depan baju dimanikkan juga.

Alhamdulillah,dalam masa 2 hari siap sudah busana ini.Sungguh berseri rupa busana ini setelah siap sepenuh nya.

Lilies and lavendar mengucapkan ribuan terimakasih kepada Thuwaibah yang memberi kepercayaan sepenuhnya untuk mencantikan busana Hari Raya beliau...


Saturday, September 4, 2010

Rendang Ayam untuk Raya


Tiap kali Hari Raya,rendang ayam atau daging tak dilupakan,sudah menjadi menu utama pada Hari Raya pertama.Setiap rumah pasti menghidangkan rendang ayam juga,yang pasti rasa setiap rumah agak berbeza-beza,ni lah yang dikatakan 'air tangan'..betul ke? agak nya lah kan..mana taknya resepi nya sama tapi rasa berlainan.malah rendang aku pun rasa berbeza dengan rendang yang dimasak oleh emak atau oleh ibu mertua ku padahal resepinya sama atau lebih kurang aje.
Jom kita intai apa yang ada kat dapur ku kali ini.

4 ekor ayam pencen(tua)potong 8
25 ulas bawang merah
15 ulas bawang putih
4 inci halia
4 inci lengkuas
6 batang serai
40-50 cili kering ,disini aku guna cili yang kurang pedas,boleh didapati di kedai runcit di pasar,kalau suka yang lebih pedas pun ada(direbus,diblend)
4 ulas kunyit hidup sebesar ibu jari
1 kilo santan pekat
6 sudu besar kerisik(beli je yg dah siap)
6 keping asam keping
garam(sea salt,dlm 2 1/2 sudu besar)
gula putih dalam 3 sudu besar
2 helai daun kunyit(koyak dan simpulkan)

****kalau menggunakan sea salt or himalayan salt,ajinomoto atau serbuk perasa/kiub ayam tak payah lagi digunakan kerana garam jenis ini dengan tersendirinya dapat menyedapkan masakan anda...cubalah!!anyway good for your health.harga memang mahal dalam $4 untuk paket kecil dari garam biasa yang hanya 80sen tapi worth the value!!!


Macam biasa,bawang merah,putih,halia,serai,kunyit dan lengkuas di blend halus,sebelum itu serai,halia,kunyit serta lengkuas harus lah dihiris agar senang proses memblend.Masukan kedalam kuali besar diikuti ayam yang telah diperap dengan air asam jawa/tpg gandum untuk membuang bau hanyir ayam(basuh selepas diperap utk 1-2 jam).Masukan cili yang telah diblend,kerisik,asam keping dan santan.Masak dengan api yang agak perlahan agar kelapa tak berkepala.masukan garam gula serta daun kunyit.Biarkan ia reneh untuk selama 4-5 jam atau sampai minyak pecah dan ayam agak lembut.

Enak dimakan bersama ketupat,nasi impit atau lemang.




Potato and Dill




Pertama kali aku diperkenalkan menu ini ketika lawatan ku ke rumah kawan ku Kristen dan Charlotte di Sweeden pada Jun 2009.Ketika itu baru masuk musim panas.Menunya memang mudah tapi tak pernah terfikir untuk membuatnya.Potato(kentang) yang digunakan bukan seperti yang biasa didapati di negara kita,ia ada yang bersaiz kecil ,kulitnya agak licin, bewarna kuning atau brown .

Apa yang anda perlu lakukan,basuh tanpa membuang kulit potato ini kemudian rebus hingga ia empuk.Tambahkan sedikit garam,disini saya menggunakan sea salt/rock salt.
Setelah empuk,saringkan air nya.Letakkan kedalam mangkuk penghidang.Taburkan daun herba dill yang telah dipotong kasar.Tutup dengan plastic microwave sementara menunggu hidangan yang lain siap.Ia boleh dihidangkan bersama salmon grill ,beef steak atau chicken roast.
Anak-anak saya amat menyukai menu.

Cuba lah!!!!

Thursday, September 2, 2010

Crumble Oya




Crumble yang sempat di jahit untuk Aidil Fitri tahun ini kepunyaan Oya.Pemilihan warna pearls dan kristal berpandukan latarbelakang material iaitu hijau dan sedikit pink

Hasil Jahitan Shimmering Flora my student




Buat pertama kali Shimmering Flora biru ini berjaya disulam oleh Hasnah,salah seorang pelajarku.Berbekalkan teknik dan cara-cara pemilihan warna Hasnah berjaya membuat kombinasi warna dalam penggunaan sequin.

Berkat 'extra' lesson yang diberi dalam kelas SF tempohari,Hasnah berjaya mengolah corak sisik ikan untuk busana yang pertama kali dibuatnya

Syabas Hasnah!!!!

Shimmering Flora on Pink





Dalam kesuntukan masa dapt jugak ku siapkan Shimmering Flora Pink untuk pelanggan baruku Maizura.Sungguh banyak dugaan dalam menyiapkan sulaman ini kerana diberi masa yang singkat memandangkan Aidil Fitri bakal tiba.
Kombinasi pink dan biru diolah dalam pembentukan SF ini berpandukan pada motif-motif warna yang terdapat pada baju dan kain si pemilik kurung moden batik ini.

Moga Maizura bertambah berseri di pagi raya.


Lilies and Lavendar mengucapkan ribuan terimakasih kepada Maizura atas kepercayaan yg diberi .

Design simple





Atas permintaan pelanggan yang mahukan design yang simple..Menggunakan labuci pink dan hijau disulamkan bunga dahlia dan kekwa keatas busana kelabu menampakkan ayu si pemakai.Harap sipemilik busana ini suka dengan pemilihan warnanya.

Highlight dan Bunga-bunga Ani





3 hari lalu,seorang kenalan menghulurkan busana kurung kain crepe batik terengganu untuk disulam design sisik ikan dan sedikit highlight di bahagian depan busananya.

Setelah membelek busana ini kudapati design sisik ikan tidak dapat menepati corak latarbelakang busana ini kerana berkonsepkan bunga orked.Lantas aku menyulamkan bunga-bunga Dahlia,kekwa,lily dan baby lili.
Pada bahagian depan taburan manik 2 cut dan sedikit round beads digunakan.

Alhamdulillah dalam masa 2 hari aku berjaya menyiapkan busana ini memandangkan si pemilik akan pulang ke London untuk menyambut Aidil Fitri bersama suami tercinta.

Lilies and Lavendar mengucapkan ribuan terimakasih kepada Ani yang memberi kepercayaan penuh untuk mencantikkan busananya kali ini.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...