Friday, August 16, 2013

Pulut kuning

1kg pulut kuning
2 ulas kunyit hidup ditumbuk halus(optional)
3 -4 sudu besar serbuk kunyit
3 kpg asam keping
1/2 kilo santan
Garam

Pulut dicuci dan direndam selama 4jam dengan asam keping,kunyit hidup serta serbuk kunyit.
Cuci dan letakkan pulut kedalam periuk kukus.Kukus pulut selama 15minit atau hingga separuh masak.
Alihkan pulut separuh masak ke dlm sebuah bekas.Tuangkan sedikit demi sedikit santan yg telah ditambah garam.Boleh ditambah gula utk pulut kelihatan berkilat(saya jarang tambah gula).Gaul atau arung santan dengan pulut hingga sekata.Masukkan kembali ke dalam bekas pengukus.kukus lagi untuk 10 minit.

Rendang daging

1kg daging batang pinang
1kg santan
10 ulas bawang kecil tapi kdg2 saya guna 1 atau 2 biji bawang besar shj
1 labu bawang putih
3 btg serai dihiris
2in lengkuas dihiris
3in halia dihiris
3-4 kunyit hidup sebesar jari kelingking tiap satu dihiris
3-4 genggam cili kering (saya guna yg kurang pedas)
6kpg asam keping
3/4 buku gula kabung
Garam
Gula
3batang serai dititik
2 helai daun kunyit dimayang halus
Kerisik (1paket kerisik yg dibeli kat gerai santan)
Bahan2 yg dihiris serta bawang merah,bawang putih di blend halus.ciki kering direbus dn diblend halus.
Panaskan sedikit minyak dlm 1/2 cawan.Tumiskan bahan2 yg dblend termasuk cili kering.Tumis hingga naik minyak..masukan santan serta daging dan asam keping.masukan gula kabung,gula dn garam.setelah santan agak pekat masukan kerisik dan daun kunyit.
Masak atas api yg kecil hingga rendang kering.proses ini memakan masa yg agak lama,dlm 3 jam.







Tuesday, April 17, 2012

3D Mahligai Asmara

Ibu pengantin terpikat dengan salah satu busana saya yang menggunakan teknik cabochon dan netting,maka lahir lah ilham Mahligai Asmara...berbekalkan permintaan sedemikian,jarijemariku melakarkan sebuah lagi gubahan yang tidak pernah kulakar di busana atau di kertas sama sekali,segala-gala yang timbul di onak pemikiranku ,itulah yang kujadikan ilham..Alhamdulillah siap jua akhirnya beberapa hari sebelum pernikahan pengantin...

Sunday, April 1, 2012

Stimboat

Alamak terliur pulak ler tengok posting kenalan di fb.Dah agak lama tak ber 'stim boat'.Stimboat kalau makan diluar memang mahal sangat,berkali2 dah kene,ermm sekali makan ngan anak2 tak pernah lari $400 - $500..ha terkejut membayor bil..sejak itu,buat sendiri lagi baik,tak habis leh simpAn untuk esok..hmm kali ni sup ayam je yang saya buat...senang je nak buatnya..jom la tengok apa ramuannya..

Ramuan untuk sup stimboat
2 keping ayam bhg dada yg telah dibuang kulit (atau 1 tulang rangka ayam)..
1 jug air
2 kiub ayam knor
sedikit garam
2 ulas bawang putih(diketuk)
2inci halia(diketuk)

Campurkan kesemua bahan dan rebus hingga terbit minyak...Tuangkan sup ke periuk yg dikhaskan utk dapur stimboat..Pelbagai ramuan lain serperti cendawan,fishball,kepingan daging/ayam,udang serta sayuran lain boleh disajikan bersama.

Untuk sos cicah

sedikit cili padi merah dan hijau
(ditumbuk)
perahan limau kasturi
kicap cair lee kum kee

Thursday, March 8, 2012

Sulaman manik di hujung baju

Hujung baju dihiasi sulaman-sulaman manik biasa menambahkan lagi seri si pengantin yang bakal memakainya untuk majlis pernikahannya.
Meskipun sedikit sahaja sulaman yang dipinta oleh tuan punya baju namun ia manis dipandang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...