Wednesday, June 9, 2010

Mee Kari Chinese style



2 batang serai (dititik)
1 inci halia (diketuk)
1 inci lengkuas (pd yg biasa merasa mee kari ku ini,kata tak letak lengkuas lg sedap...terpulang pd citarasa masing2,saya pun suka tk letak lengkuas)
5 ulas bawang putih(ditumbuk)
2 tangkai daun kari
1 genggam cili kering diblend dengan bawang merah dan belacan
4 sudu besar rempah kari ayam cap babas
2 biji tomato (belah 4)
2 keping asam keping
1 mangkuk kecil asam jawa
santan dari 1 biji kelapa
garam.gula
1 ekor ayam yang dipotong kecil
200 gm daging potong kecil(optional kalau takder gantikan dengan 2 kiub knor daging)
Isi Kerang
Tofu kering(kalau saiz besar potong 4,kalau yang kecil potong 2)
fish ball
fish cake (potong serong dan rebus-Optional)
Mee kuning/Bihun
Daun bawang yang dihiris
Bawang Goreng
Telur rebus
Sawi
Taugeh

Limau kasturi(optional)
1 kiub knor/maggi daging sebgi ganti daging....sekiranya suka.


Cara membuat
1.Tumiskan cili yang telah diblend hingga naik minyak.Letakkan sedikit garam.Kemudian asingkan sedikit dalam sesenduk sebagai cili cicah.
2.Didalam cili yang selebihnya(tambah sedikit minyak kalau perlu)tumskan bawang putih,halia,lengkuas(optional),serai serta daun kari.
3,Masukan tomato,rempah,air asam jawa dan asam keping.tambahkan air sedikit (1/2 cawan)
4.Masukan ayam/daging.Tambahkan sedikit air (800ml)
5.Masukan fishball dan tofu...kerang boleh dimasukan sekarang atau semasa dihidangkan (kerana kerang telah direbus/kukus sebelum dikopek
6. Masukan garam dan gula (serta kiub knor daging sekiranya suka)
7. Last sekali masukan santan dari 1 biji kelapa...jangan terlalu pekat..seelok2nya biarlah ia cair sedikit.Dengan api perlahan didihkan seketika dan angkat.







2 comments:

  1. akk pakai mee hoon @ mee kuning @ spageti tu?!!! sedapnyer...nnt nk cube la...

    ReplyDelete
  2. yg dalam gambar ni akk guna mee hoon...akk tak berapa suka ngan mee kuning...tapi tetap di hidangkan mee kuning ni.Cuba la ye jue

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...