Tuesday, June 29, 2010

Sulaman Manik 'Bunga Tanjung'


Busana Kurung tanpa kekek ditempah oleh seorang kenalan lamaku,Puan Hendon.Beliau akan ke Brisbane pada hujung bulan Jun 2010 untuk menemani kedua-dua anak gadisnya yang menuntut di salah sebuah universiti.
Beliau mahukan gubahan manik yang 'simple' bertepatan dengan usia anak-anak gadisnya yang masih remaja.
Aku amat kebuntuan mencari ilham untuk dipersembahkan pada busana ini.Pilihan corak Bunga Tanjung timbul dengan cara tiba-tiba sebaik jarum dan manik disusupkan ku busana ini.
Di harap tuan empunya Tisha berpuashati dengan sulaman ini.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...