Thursday, January 7, 2010
BUKU SULAMAN RIBEN
Tiap kali ku lihat buku sulaman riben ini,tak terbuka hati ku untuk mendalami seni ini.Pada mulanya ku anggap ia tidak menarik untuk di tonjolkan.Tetapi satu hari Allah telah membuat aku jatuh hati pada seni ini.Kerana kesibukan melayani karenah anak-nak yang sedang bercuti panjang,aku tidak berpeluang untuk megikuti kelas-kelas sulam seni ini.Lantas pada Disember 2009 aku mendapatkan senaskah buku seni ini di Mph Great Eastern Mall.Tak sabar rasanya untuk pulang kerumah dan mempelajari teknik-tekniknya.
Walaupun ada sesetengah tunjuk-ajar didalam buku ini agak sukar difahami kerana penjelasanya tidak lengkap,namun aku berjaya merungkap tekniknya dengan cara tersendiri.Alhamdulillah sehari selepas itu aku berjaya menguasai teknik-teknik sulaman ini.Dalam masa 2 jam aku berjaya menghasilkan sulaman bunga ros.
Terimakasih diucapkan kepada penulis buku Sulam Riben ini yang telah banyak membantuku.Penulis buku ini adalah Puan Suzana Mustafa.
Ungkapan peribahasa melayu mengatakan "kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya"
Peribahasa ini jarang difahami kerana ramai yang tidak mengenal ruyung. Ada yang menyangka bekas isian air iaitu buyung.
Maksud peribahasa ialah jika kita berusaha bersungguh-sungguh, kita akan mendapat hasilnya.
Bukan mudah mendapatkan sesuatu hasil. Umpama pokok sagu yang dibelah unuk mendapatkan sagunya, ruyung iaitu kulit tebal pokok itu perlulah dipecahkan.Melihatkan pada ketebalan ruyung ,agar sukar utuk mengeluarkan sagunya tanpa usaha bersungguh-sunguhnya,hasilnya takan dapat diperolehi.
Labels:
Khazanah Perpustakaaan ku
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment