Wednesday, January 6, 2010
AYAM PENYET(MASAKAN JAWA ATAU SUNDA )
1 elor ayam di potong 12 (ikut suka) ayam tua lagi sedap.direbus selama 10 - 15 min.Toskan
2 sudu besar serbuk rempah ketumbar/ coriander powder
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk lada putih
2 sudu serbuk rempah daging/ayam
2 sudu besar serbuk kunyit
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
garam secukup rasa
Blend bawang merah,putih dan halia dengan sedikit air.Campurkan kesemua serbuk rempah dan garam ke dlm rumusan yg tlh diblend.Lumurkan ke atas ayam yg telah direbus.Perap selama 1 hari semalaman atau lebih di dlm freezer.Lebih lama tempoh diperap lagi sedap.Goreng ayam dengan medium heat supaya garing dan golden brown.Boleh dihidangkan dengan nasi putih dan sambal cili..sila ikuti resepi sambal cili di bawah ini.
Labels:
Masakan Ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Resepi ini di ilhamkan atas permintaan anak lelaki saya yang ke3(khairil).Beliau masih tidak puas menikmati "Ayam Penyet' ini disepanjang lawatan kami sekeluarga ke Jakarta pada tanggal 24hb.Disember 2009.
ReplyDeletePenyet bermaksud diketuk(smashed).setelah selesai proses menggoreng,ayam ini haruslah di ketuk/smashed sebelum dihidang.
wah.... mmg nmpk sedap!
ReplyDelete