Tuesday, April 17, 2012

3D Mahligai Asmara

Ibu pengantin terpikat dengan salah satu busana saya yang menggunakan teknik cabochon dan netting,maka lahir lah ilham Mahligai Asmara...berbekalkan permintaan sedemikian,jarijemariku melakarkan sebuah lagi gubahan yang tidak pernah kulakar di busana atau di kertas sama sekali,segala-gala yang timbul di onak pemikiranku ,itulah yang kujadikan ilham..Alhamdulillah siap jua akhirnya beberapa hari sebelum pernikahan pengantin...

Sunday, April 1, 2012

Stimboat

Alamak terliur pulak ler tengok posting kenalan di fb.Dah agak lama tak ber 'stim boat'.Stimboat kalau makan diluar memang mahal sangat,berkali2 dah kene,ermm sekali makan ngan anak2 tak pernah lari $400 - $500..ha terkejut membayor bil..sejak itu,buat sendiri lagi baik,tak habis leh simpAn untuk esok..hmm kali ni sup ayam je yang saya buat...senang je nak buatnya..jom la tengok apa ramuannya..

Ramuan untuk sup stimboat
2 keping ayam bhg dada yg telah dibuang kulit (atau 1 tulang rangka ayam)..
1 jug air
2 kiub ayam knor
sedikit garam
2 ulas bawang putih(diketuk)
2inci halia(diketuk)

Campurkan kesemua bahan dan rebus hingga terbit minyak...Tuangkan sup ke periuk yg dikhaskan utk dapur stimboat..Pelbagai ramuan lain serperti cendawan,fishball,kepingan daging/ayam,udang serta sayuran lain boleh disajikan bersama.

Untuk sos cicah

sedikit cili padi merah dan hijau
(ditumbuk)
perahan limau kasturi
kicap cair lee kum kee

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...