Tuesday, February 8, 2011

Onde-Onde(Buah Melaka)

Tercabar rasanya bila anak bongsu ku asik menanya bila nak buat kuih buah melaka ni.Anything to do with gula melaka is always his favourite.Kuih ni dia suka sangat panggil gula melaka...berkali2 dah diberitahu nama yang sepatutnya untuk kuih ni adalah bah melaka or onde-onde.Hah..biarla..kang kalau nak disuruh explain kenapa dipanggil buah melaka or onde-onde lagi menyusahkan pulak nak diterangkan.
Harini dia insist supaya dibuatkan kuih onde-onde ni..Kuih ni sangat la senang nak membuatnya kerana bahan2nya dan cara membuat amat ringkas dan senang..tapi bila penyakit malas datang,alamatnya beli je la..sian pulak bila dia kata ,hmm tak puas makan la...so little.so harini walau penat macamana sekali pun aku cuba untuk memenuhi kehendaknya...ketika membancuh adunan ni dia kata..oh no it has the same smell.oh mum u're great..Tq mummy for making these for me..I love u mummy...said my son..Oh! terharunya aku mendengar kata-katanya apatah lagi melihat dia happily menikmati kuih kesukaan nya...
Hmm apakata saya kongsikan cara-cara membuatnya.Anda perlukan.............

500 gm tepung pulut. (glutinous rice)
1 gelas atau lebih air daun pandan(blend kan beberapa helai daun pandan dgn 2-3 gelas air,tapis,dan ambil air,hampas dibuang)
Gula kabung/Gula merah(yg dlm bentuk blok/di dlam gelungan buluh,diracik/dipotong saiz kecil/kiub)
Kelapa parut putih.
sedikit garam

Caranya:

Tuang air sedikit demi sedikit ke dalam adunan tepung,sampai adunan boleh diuli menjadi doh.Gentel doh menjadi seperti biji guli atau bebola kecil,kemudian leperkan dan masukan gula kabung yg telah dipotong kecil.buatkan doh seperti bebola kecil dan dimasukan kedalam air rebusan..Rebus sehingga bebola timbul/naik di paras atas periuk yang menandakan ia telah cukup masak.Angkat dan toska dgn penapis.
Golekan bebola kedalam kelapa parut yg telah ditambah sedikit garam.Gaul rata dan hidangkan..

Wednesday, February 2, 2011

King Crab Sweet & Sour

2 kg King crab
3 ulas bawang besar belah 4
5 ulas bawang putih(dihiris)
5 ulas bawang merah(dihiris)
1 inci halia(diketuk)
6-10 biji cili padi(diketuk)
1-2 sudu besar cili boh
1/2 caw sos tomato
3 sudu besar sos cili
sedikit air
garam
1 sudu light soya sos (lee kum kee)

Tumis bawang putih,merah dan halia dengan sedikit minyak.Masukan cili boh serta sos tomato dan sos cili.Tuangkan sedikit air dlm anggaran 1 cawan.Masukan garam dan light soya sos dan cili padi yang telah diketuk serta bawang besar yang telah dibelah 4.
Masukan ketam yang telah dibersihkan..Biarkan ia didih selama 5 minit dan angkat..Taburkan daun ketumbar(Chinese celery yang dipotong kasar)

Udang Galah masak Kari

Sudah agak lama tak masak udang galah,selalunya masak lemak cilipadi or sambal tumis menjadi resepi wajib bagi udang galah but kali ini boss order masak kari..ok ,ape ape je la..Hmm..udang galah ni dibawa balik oleh my daughter yang telah pergi bercuti di Sabah,melawat adik bongsu ku yang tinggal di Kota Kinabalu.Menurut my daughter,udang ni hanya $20 sekilo and besar2 pulak tu..Okay jom kita lihat cara bagaimana untuk memasak udang harini.

2 Kg Udang Galah(dibersihkan)
10 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih
2 inci Halia
1 sudu besar halba campur untuk ikan/seafood yang dah siap dipaketkan
3-4 sudu yogurt/tairu
1 tangkai daun kari
air
2 biji tomato dibelah 4
4-5 biji bendi
2 packet serbuk rempah udang cap tarbus***( dah lama tk guna rempah ni..masa shopping kat pasar rabu di alor star bebaru ni ternampak banyak dijual disana)
***boleh gantikan dengan rempah ikan cap babas or apa shj yg biasa anda guna

Halia,bawang merah dan putih di hiris nipis-nipis.Tumis dengan sedikit minyak hingga naik bau,masukan halba dan daun kari..Setelah naik bau,masukan rempah udang Tarbus dan sedikit air dlm 1/2 caw.Setelah didih,masukan buah tomato dan bendi.Tuangkan sedikit air agar dan masak hingga tomato dan bendi agak empuk.Kemudian masukan yogurt/tairu.Setelah didih,masukan udang galah.Biarkan ia didih selama 5 minit dan boleh lah diangkat.

Carrot cake

3 large eggs
11/2 cups grated carrots 
1 cup walnut(chopped and roasted for 10mins at 375 degrees (180 degrees C)
11/4 cups of self raising flour
4 tsp ground cinammon
1 cup sugar
1 tsp baking powder
3/4 cups olive oil.

1. Sieve flour,cinamon and baking powder
2.Using electric mixer,beat the egss and olive oil till fluffy.
3.Add Flour mixture.
4.Fold in carrots and walnut.
6. Bake cake about 50 minutes at 375 degrees (180degrees C)

For the cream cheese
250 gm cream cheese
100gm margarine/butter
100gm icing sugar

Jasmine Tea Garden

Alhamdulillah,dalam 2 hari dapat juga kusiapkan jahitan manik untuk baju milik cik Azlin.Tuanpunya busana hanya mahukan manik disulamkan di bahagian tangan kerana beliau memakai tudung.

Memandangkan Tahun Baru Cina bakal disambut dalam masa 2 hari lagi,tetiba aku terbayangkan dedaun teh /taman teh,lalu ku namakan sulaman ku kali ini Jasmin Tea Garden..eehehehe.sesuai ke..mana taknya gabungan hijau dan oren membayangkan teh dan limau...aduhai sampai kesitu imaginasi ku..

Gubahan kali ini aku menggabungkan sulaman labuci teknik bunga dahlia ,sisek ikan,hybrid dan sulur paur yg menggunakan round beads.juga tak ketinggalan beberapa biji arcylic stones sebagai motif daunnya..

Alhamdulillah,tuanpunya busana amat gembira apabila melihat busananya.Pada asalnya Cik Azlin memilih corak Shimmering Flora,tetapi memandangkan masa yg suntuk dan kesihatanku yang tak menentu(demam on and off),ini sahaja yang sempat ku lakarkan untuk beliau.Moga beliau akan nampak anggun di majlis nikah anak kakak iparnya itu nanti..

Lilies & Lavendar mengcapkan ribuan terimakasih kepada beliau yang telah memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk menatarias busananya..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...