Wednesday, February 2, 2011

Jasmine Tea Garden

Alhamdulillah,dalam 2 hari dapat juga kusiapkan jahitan manik untuk baju milik cik Azlin.Tuanpunya busana hanya mahukan manik disulamkan di bahagian tangan kerana beliau memakai tudung.

Memandangkan Tahun Baru Cina bakal disambut dalam masa 2 hari lagi,tetiba aku terbayangkan dedaun teh /taman teh,lalu ku namakan sulaman ku kali ini Jasmin Tea Garden..eehehehe.sesuai ke..mana taknya gabungan hijau dan oren membayangkan teh dan limau...aduhai sampai kesitu imaginasi ku..

Gubahan kali ini aku menggabungkan sulaman labuci teknik bunga dahlia ,sisek ikan,hybrid dan sulur paur yg menggunakan round beads.juga tak ketinggalan beberapa biji arcylic stones sebagai motif daunnya..

Alhamdulillah,tuanpunya busana amat gembira apabila melihat busananya.Pada asalnya Cik Azlin memilih corak Shimmering Flora,tetapi memandangkan masa yg suntuk dan kesihatanku yang tak menentu(demam on and off),ini sahaja yang sempat ku lakarkan untuk beliau.Moga beliau akan nampak anggun di majlis nikah anak kakak iparnya itu nanti..

Lilies & Lavendar mengcapkan ribuan terimakasih kepada beliau yang telah memberi kepercayaan penuh kepada kami untuk menatarias busananya..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...