Saturday, May 22, 2010

Bengkel Shimmering flora pada 22/05/2010






Alhamdulillah,kelas SF yang pertama kali ku kendalikan pada 22hb.Mei 2010 telah mendapat sambutan yang diluar dugaan.Seramai 6 orang peserta telah mengadiri bengkel ini.Walaupun pagi ini hujan turun seawal 5.30pagi,namun mereka telah berjaya meredah kesulitan untuk mengikuti kursus sehari ini.Aku amat berbangga mempunyai peserta-peserta yang mempunyai semangat kental untuk mendalami kursus ini.Peserta harini adalah dikalangan suri rumahtangga,pegawai bank,pegawai perakaunan sebuah agensi pengangkutan dan usahanita yang berkecimpung dalam bidang fesyen dan rekaan dalaman.Salah seorang peserta,seorang Pegawai Perubatan menarik diri disaat-saat akhir berikutan urusan peribadi.Beliau berharap dapat mengikuti bengkel ini di satu masa yang lain,Insyaalah!
Oleh kerana keadaan cuaca yang menyebabkan kelewatan para peserta,kelas dimulakan pada jam 11pagi dan tamat pada jam 6petang.
Walaupun ada dikalangan para peserta yang tidak pernah mempunyai pengalaman menjahit manik,namun mereka berjaya menguasai Sulaman Shimmering Flora dengan mudah sekali.
LILIES and LAVENDAR mengucapkan jutaan terimakasih kepada para peserta akan keyakinan mereka untuk menyertai kursus ini yangmana ini adalah yang pertama kali dianjurkan.

4 comments:

  1. Selamat pagi,sayangku...kenapa dah lama tak masuk kelas sireh junjung ku sayang...

    ReplyDelete
  2. Terimakasih Liyanasani...kenangan manis bersama peserta-peserta tak akan dilupai...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...