Thursday, May 20, 2010

Manik Tabur Pijot




Agak sukar untuk menyulam manik tabur keatas busana'Pijot' ini.Berdasarkan latarbelakang material yang berwarnakan garang dan bermotifkan bintik-bintik 'angkasawan',memang agak memeningkan untuk menyulamkan sulaman tabur kerana bintik-bintik 'angkawasan'menutup keserian sulaman tabur ini.Ini adalah sulaman yang ketiga kali setelah kedua-dua design manik tabur yang kubuat sebelum ini tidak dapat menaikan seri busana ini,...memandangkan tuanpunya baju mahu kan sulaman manik tabur dan design yang 'simple'.Ini adalah baju beliau yang pertama kali disulam manik.Dengan perawatakan si tuanpunya busana yang sentiasa sopan dan simple,aku mencuba sebaik mungkin memberikan sentuhan taburan yang terbaik buat si pemilik busana ini.Diharap beliau berpuashati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...