Friday, January 28, 2011

Blogku berwajah baru

Terimakasih tak terhingga kepada Hidayatul Farah yang telah membantuku mencantikkan lagi laman blog Lilies & Lavendar..Farah telah berjaya mengolahkan rupa blog yang selama ini aku bega sendiri,maklum la dah lama sangat berhenti kerja,aku rasa pengetahuan komputer ni tidak kuperlukan,tetapi setelah dicabar oleh saudara kembarku,aku berjaya jugak akhirnya membina sebuah blog tanpa punya sebarang knowledge of IT..20tahun yang lalu mana ada pakai sangat komputer ni semua main manual..komputer lebih digunakan utk kerja perakaunan dan tempahan kapal terbang,masa tu aku bertugas dengan Aeroflot Soviet Airlines..komputer yg diguna khas untuk kami berhubung dgn semua cawangan-cawangan seluruh dunia.

Hmm tak mengikut peredaran zaman rupenya kalau tak reti mengetik komputer ni ..hehehehe..sekarang ni komputer dan internet sudah menjadi bahan keperluan bukan lagi kemewahan seperti 20 tahun lalu,kini kaum surirumah,hehehe termasuk lah aku ni paling ramai menggunkannya terutama laman blog dan facebook.

Bagi sesiapa yang ingin mendapat perkhidmatan IT dari Farah sila lah layari laman blog beliau di

TempahanBlog.blogspot.com

Menerima Tempahan Membuat Blog ~ farah.shop@yahoo.com / 019-6657302

Teratai di Tasik Biru

Begitulah nama diberi untuk sulaman manik kali ini.Bermotifkan bunga ala-ala teratai yang menggunakan teknik sisek ikan,serta sedikit touch of 3D.Sebenarnya,lakaran untuk baju kali ini telah dilakarkan di kepala ku ini.tapi entah macamana lain yang telah ku sulam kali,malah ia lebih sesuai dan cantik dipadankan dengan latarbelakang material songket ini.Berpandukan pada sulaman benang emas yang terdapat pada material ini memberi idea untuk pemilihan warna,kuning seakan gold 2 jenis warna ku gabungkan disini,kuning/gold seakan orange dan kuning yang digabung dengan coklat muda.

Lilies & Lavendar mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cik Rosnah yang telah memberi kepercayaan penuh untuk menatarias busananya tanpa banyak keraneh.

Tuesday, January 25, 2011

Harian Metro 25/01/2011



Keratan di akhbar Harian Metro harini memaparkan aktiviti-aktiviti Lilies & Lavendar bersama warga surirumah yang memilih menjahit manik sebagai hobi untuk mengisi masa lapang,yangmana akhirnya menjadi sumber pendapatan di kalangan kami terutama pada musim Hari Raya.Ada diantara kami yang menganjurkan bengkel-bengkel memanik .
Kami seringkali bertemu di penghujung minggu atau dipenghujung bulan dan saling bertukar pendapat dan idea dalam memanik..Permulaan pertemuan di laman Facebook membawa ke pertemuan secara nyata..Perkenalan dan persahabatan kami amat erat.

Lilies & Lavendar merakamkan jutaan terimakasih kepada Harian Metro yang telah memberi peluang menemuramah kami pada tempohari.

Saturday, January 22, 2011

Basic Crumble on Blouse


Jenuhnya nak memikir design apa yg sesuai untuk baju blause macam ini..Akhirnya,basic crumble di olah ke atas blause ini memandangkan si pemilik baju akan menggunakan baju ini untuk persalinan harian ke tempat kerja..

Alhamdulillah,si pemilik baju tersenyum riang bila melihat baju blause ini..katanya oooh! so sweet..

Lilies & Lavendar mengucapkan terimakasih kepada Cik Rosnah..

Crumble Arcylic


Tuan punya baju membuat pilihan untuk memanikkan busana kaftannya dengan menggunakan Arcylic Stone...Lilies & Lavendar mencadangkan design Crumble atau taburan pearls,kristal dan manik untuk menambah keseriaan busana chiffon pink ini..Banyak pilihan warna yang boleh dipadankan pada kaftan pink ini,namun kuning and gold dipilih memandangkan si pemilik busana menggunakan lining satin berwarna kuning-gold..Alhamdulillah walaupun demam dan batuk,berikutan cuaca yg tidak menentu ini,siap juga busana ini dlm tempoh 2 hari..

Lilies & Lavendar mengucapkan ribuan terimakasih kepada Cik Azlin yang telah memberi kepercayaan penuh untuk menghiasi busana beliau.

3 JAM kelas Crumble bersama Ahli Jawatankuasa Malaysian Beads Society




13/1/2011,Lilies & Lavendar telah menganjurkan kelas Crumble 3 jam. sebagai Pembuka tirai 2011.Para peserta adalah dikalangan ahli-ahli jawatankuasa Malaysian Beads Society.Sungguhpun masa amat terhad namun mereka berjaya menyiapkan modul Basic Crumble dengan jayanya kerana masing-masing telah mempunyai pengalaman menjahit manik sebelum ini.Syabas to the team!!!

Kelas Sf dan Crumble 07/12/2010



Alhamdulilah,kali ini dapat mengumpulkan 3 orang adik-adik saya termasuk saudara kembar saya untuk mengikuti bengkel sehari SF dan Crumble.Walaupun mereka tiada pengalaman menjahit manik tapi syabas mereka berjaya mengikuti bengkel ini dengan jayanya..Juga tidak ketinggalan anak adik yang berusia 7tahun juga ingin turut serta belajar menjahit manik...SYABAS to my sisters!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...