Friday, July 30, 2010

Disekitar Bengkel SF 29/7/2010




Kelas SF yang sepatutnya diadakan pada 31/7/2010 di tukar ke 29/7/2010, memandangkan bulan Ramadan hampir tiba dalam tempoh 2 minggu lagi.Kali ini walaupun seramai 8 orang peserta menarik diri disaat akhir ,namun kelas berjalan seperti biasa walaupun hanya 3 orang sahaja yang hadir.Kelas yang bermula jam 9.30 pagi dan tamat pada jam 3 petang dilanjutkan hingga ke jam 5 petang kerana peserta diberi peluang mempelajari corak-corak dan teknik-teknik manik dan labuci secara percuma walaupun ia tiada kaitan didalam corak SF.

Lilies and Lavendar mengucapkan ribuan terimakasih kepada para peserta yang sudi meluangkan masa mereka untuk menjayakan bengkel ini.


Thursday, July 15, 2010

Design baju raya untuk kak adik




Kali ini konsep/teknik sisik ikan dipilih untuk membentuk bunga .Busana ini akan dipergayakan oleh kak adik pada Hari Raya yang bakal menjelma.

Sunday, July 11, 2010

Hasil Jahitan Shimmering Flora my student



Terpegun melihat kecantikan jahitan Shimmering Flora yang pertama kali dicuba oleh salah seorang pelajar ku.,Puan Afizah.Dengan tips-tips yang diberi ketika mengikuti bengkel tempohari,beliau berjaya memilih kombinasi warna-warna labuci sepadan dengan latarbelakang warna busana ini...Syabas! di ucapkan..moga bertambah lagi pemanik-pemanik baru didunia seni jahitan kita.

Friday, July 2, 2010

Bengkel Shimmering Flora 11Jul 2010


Pada yang ingin mengikuti bengkel manik sempena Hari Raya yang bakal menjelma,Lilies & Lavendar akan mengadakan bengkel manik corak Shimmering Flora pada


Tarikh : 11 Julai 2010


Tempat : Bukit Antarabangsa


Waktu : 9pagi - 5petang


Yuran : $ 150.00


Yuran termasuk,peralatan dan makan tengahari.

Pada yang berminat sila hubungi saya di no. tel 019 6683227 atau email lilies.mohdsalji9@gmail.com

Peserta yang bakal mengikuti bengkel ini:-

01.Hajjah Fatimah
02.Hajjah Faridah
03.Puan Tengku Sharizat
04.Puan Siti
05..Pelajar Spm
06. Pelajar Spm
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...