Wednesday, June 30, 2010
Sulaman Manik 'Bunga Melati'
Sebuah lagi gubahan sulaman yang di gubahkan diatas busana milik remaja yang menuntut di Brisbane.Bunga Melati diberi nama,amat sesuai digayakan oleh Lanie dikala menyambut Aidil Fitri di perantauan
Labels:
Sulaman Manik Simple
Tuesday, June 29, 2010
Sulaman Manik 'Bunga Tanjung'
Busana Kurung tanpa kekek ditempah oleh seorang kenalan lamaku,Puan Hendon.Beliau akan ke Brisbane pada hujung bulan Jun 2010 untuk menemani kedua-dua anak gadisnya yang menuntut di salah sebuah universiti.
Beliau mahukan gubahan manik yang 'simple' bertepatan dengan usia anak-anak gadisnya yang masih remaja.
Aku amat kebuntuan mencari ilham untuk dipersembahkan pada busana ini.Pilihan corak Bunga Tanjung timbul dengan cara tiba-tiba sebaik jarum dan manik disusupkan ku busana ini.
Di harap tuan empunya Tisha berpuashati dengan sulaman ini.
Labels:
Sulaman Manik Simple
Thursday, June 24, 2010
Sayur Leek,Tauhu dan Oyster King Mushroom
Sayur leek yang dikategorikan dalam keluarga bawang putih,mempunyai banyak khasiatnya,antaranya....melindungi anda dari kanser prostate,kanser rahim dan kolon.Bahkan ia juga membantu menurunkan paras darah tinggi dan menaikkan taraf kolestrol yang baik.Daun hijau pada leek bersifat antioksidan.
Oyster mushroom juga memainkan peranan pengoxidan dan tinggi serat fiber..Ia juga melindungi anda dari kanser.
Tauhu juga memainkan peranan dalam melindungi anda dari kanser terutama breast kanser.Mengurangkan kesan simtom menopos dan osteoperosis
Hari ini saya ingin berkongsi resepi gabungan ketiga2 bahan didalam menu sayur saya hari ini.
2 batang leeks(terdapat 2 jens leek-australian leek dan chinese leek...disini saya menggunakan chinese leeks)(di potong selebar 3 inci dan dihiris panjang)
1 paket king oyster mushroom
tauhu keras (dipotong 4 dan hiris setebal 1/2 in)
3 ulas bawang putih(dihiris)
1 ulas bawang besar(dihiris bulat)
Tauhu digoreng dengan api yang perlahan,serta minyak yang sedikit(not deep fry style) agar tidak terlalu garing .Masukan bawang putih dan bawang besar.Kemudian masukan oyster king mushroom.Biarkan ia didih seketika dan masukkan daun leek dan garam.Angkat setelah daun leek agak lembut..
Labels:
Sayur
Sunday, June 20, 2010
Shimmering Flora on Plain White
Kali ini aku diberi tugasan menyulam sulaman Shimmering Flora diatas sehelai busana yang berwarna polos putih.Warna-warna labuci purple,hijau serta biru digabungkan berdasarkan lakaran yang terdapat di tengah busana.
Alhamdulillah,si tuanpunya Puan Shiem amat berpuashati dengan hasilnya.
Labels:
Sulaman Shimmering Flora
Friday, June 18, 2010
10 Teknik Jahitan Asas Manik
YURAN - $ 80.00
Waktu kelas - 9 pagi - 1 tghari
atau
2tghari - 6 petang
10 corak asas yang menggunakan manik,
Segala peralatan akan disediakan
Makanan tidak disediakan.
Pada yang berminat sila hubungi 019 6683227 atau email lilies.mohdsalji9@gmail.com
Wednesday, June 9, 2010
Mee Kari Chinese style
2 batang serai (dititik)
1 inci halia (diketuk)
1 inci lengkuas (pd yg biasa merasa mee kari ku ini,kata tak letak lengkuas lg sedap...terpulang pd citarasa masing2,saya pun suka tk letak lengkuas)
5 ulas bawang putih(ditumbuk)
2 tangkai daun kari
1 genggam cili kering diblend dengan bawang merah dan belacan
4 sudu besar rempah kari ayam cap babas
2 biji tomato (belah 4)
2 keping asam keping
1 mangkuk kecil asam jawa
santan dari 1 biji kelapa
garam.gula
1 ekor ayam yang dipotong kecil
200 gm daging potong kecil(optional kalau takder gantikan dengan 2 kiub knor daging)
Isi Kerang
Tofu kering(kalau saiz besar potong 4,kalau yang kecil potong 2)
fish ball
fish cake (potong serong dan rebus-Optional)
Mee kuning/Bihun
Daun bawang yang dihiris
Bawang Goreng
Telur rebus
Sawi
Taugeh
Limau kasturi(optional)
1 kiub knor/maggi daging sebgi ganti daging....sekiranya suka.
Cara membuat
1.Tumiskan cili yang telah diblend hingga naik minyak.Letakkan sedikit garam.Kemudian asingkan sedikit dalam sesenduk sebagai cili cicah.
2.Didalam cili yang selebihnya(tambah sedikit minyak kalau perlu)tumskan bawang putih,halia,lengkuas(optional),serai serta daun kari.
3,Masukan tomato,rempah,air asam jawa dan asam keping.tambahkan air sedikit (1/2 cawan)
4.Masukan ayam/daging.Tambahkan sedikit air (800ml)
5.Masukan fishball dan tofu...kerang boleh dimasukan sekarang atau semasa dihidangkan (kerana kerang telah direbus/kukus sebelum dikopek
6. Masukan garam dan gula (serta kiub knor daging sekiranya suka)
7. Last sekali masukan santan dari 1 biji kelapa...jangan terlalu pekat..seelok2nya biarlah ia cair sedikit.Dengan api perlahan didihkan seketika dan angkat.
Labels:
Beraneka Noodle/mee
Tuesday, June 1, 2010
Kelas Jahitan Sulaman Manik Asas Sempena Sambutan Hari Raya AidilFitri
Sebuah bengkel Asas Sulaman Manik akan diadakan.Anda akan diberi tunjukajar menjahit manik dengan penggunaan manik dan labuci.
Sulaman-sulaman asas ini akan dapat membantu anda mencantikkan busana Hari Raya atau sebagai menjana pendapatan sampingan anda.Sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri,sebuah bengkel akan diadakan seperti dibawah
Tarikh : 03/07/2010 dan 31/07/2010
Tempat : Shah Alam
Waktu : 8.30pagi - 4 petang
Yuran : $ 150.00
Yuran yang dibayar meliputi
Sijil penyertaan
Nota
Peralatan Jahitan
Makanan Tengahari dan Minum Petang
Pada sesiapa yang berminat sila hubungi saya di no 019 6683227
Tempat amat terhad,sila buat penempahan tempat dengan pembayaran deposit $100 sebelum bengkel.
Labels:
Bengkel/kelas
Subscribe to:
Posts (Atom)