Friday, May 28, 2010

Bengkel Sehari Shimmering Flora 28/05/2010






Memandangkan Hari Raya hampir tiba,kelas SF 12/6/2010 di tukar ke 28/05/2010.Seramai 4 orang menghadiri kelas ini.Mereka terdiri dari surirumahtangga,pelajar IPTA,usahanita pakaian wanita dan PA sebuah jabatan kerajaan.Walaupun 2 orang peserta tidak dapat menyertai bengkel ini atas sebab-sebab peribadi,namun kelas tetap berjalan seperti yang telah dijadualkan.
Walaupun saya hanya sempat melelapkan mata selama 3 jam akibat menghadiri mensyuarat tergempar penumbuhan kelab Pencinta Manik,saya berjaya mengendalikan bengkel dengan jayanya.
Saya bersyukur mendapat para peserta yang penyabar dan berkerja keras untuk mempelajari teknik-teknik SF ini.

Monday, May 24, 2010

Sulaman Manik Tabur dan Manik Beriring




Salah satu cara dalam mencantikkan manik tabur dengan menggunakan 3 jenis warna manik yang terdapat pada back ground material.Diserikan lagi dengan penambahan sulaman manik beriring sebagai 'boarder'sulaman manik tabur

Bunga Rossette dalam manik tabur



Salah satu cara menyerikan sulaman manik tabur dengan menyulam bunga rossette di dalam manik-manik tabur.

Sunday, May 23, 2010

Bengkel Jahitan Manik dan Labuci corak Shimmering Flora untuk 19 Jun 2010



Atas permintaan ramai,sebuah bengkel shimmering flora akan diadakan pada



Tarikh : 19/06/2010


Tempat : Bukit Antarabangsa


Waktu : 10 pagi - 4 petang

Yuran : $150.00

Yuran termasuk

Sijil Penyertaan
Peralatan menjahit dan manik
Nota
Makanan tengahari

Pada sesiapa yang berminat sila hubungi/sms saya di nombor 019 6683227 atau email
lilies.mohdalji9@gmail.com

Deposit $50 (non refundable) untuk menetukan tempat duduk.Sila nyatakan kemasukan anda 1 minggu sebelum tarikh bengkel

Nama-nama peserta
01. Hajjah Fatimah Bkt Antarabangsa
02. Puan Siti Bkt Antarabangsa
03. Hajjah Dang Anum
04. Hajjah Tengku Shahrizat
05. Hajjah Faridah

Bengkel Shimmering Flora untuk 28 Mei 2010


Atas permintaan ramai sebuah bengkel Shimmering Flora akan diadakan



Tarikh : 28/05/2010

Tempat : Bukit Antarabangsa

Waktu : 10 pagi - 4 petang

Yuran : $150.00


Sekiranya berminat sila sms/tel ke no.0196683227 or email lilies.mohdsalji9@gmail.com

Deposit $50 untuk menentukan tempat duduk(non refundable).Sila nyatakan kemasukan anda 1 minggu sebelum tarikh kelas.

Yuran termasuk

Sijil penyertaan
Makanan tengahari
Peralatan menjahit dan manik
Nota

Nama-nama peserta

01. Puan Amnah - Segambut
02. Puan Mahani - Taman Keramat
03. Cik Nabila - Bkt Antarabangsa
04. Puan Rohana - Gombak

Saturday, May 22, 2010

Bengkel Shimmering flora pada 22/05/2010






Alhamdulillah,kelas SF yang pertama kali ku kendalikan pada 22hb.Mei 2010 telah mendapat sambutan yang diluar dugaan.Seramai 6 orang peserta telah mengadiri bengkel ini.Walaupun pagi ini hujan turun seawal 5.30pagi,namun mereka telah berjaya meredah kesulitan untuk mengikuti kursus sehari ini.Aku amat berbangga mempunyai peserta-peserta yang mempunyai semangat kental untuk mendalami kursus ini.Peserta harini adalah dikalangan suri rumahtangga,pegawai bank,pegawai perakaunan sebuah agensi pengangkutan dan usahanita yang berkecimpung dalam bidang fesyen dan rekaan dalaman.Salah seorang peserta,seorang Pegawai Perubatan menarik diri disaat-saat akhir berikutan urusan peribadi.Beliau berharap dapat mengikuti bengkel ini di satu masa yang lain,Insyaalah!
Oleh kerana keadaan cuaca yang menyebabkan kelewatan para peserta,kelas dimulakan pada jam 11pagi dan tamat pada jam 6petang.
Walaupun ada dikalangan para peserta yang tidak pernah mempunyai pengalaman menjahit manik,namun mereka berjaya menguasai Sulaman Shimmering Flora dengan mudah sekali.
LILIES and LAVENDAR mengucapkan jutaan terimakasih kepada para peserta akan keyakinan mereka untuk menyertai kursus ini yangmana ini adalah yang pertama kali dianjurkan.

Thursday, May 20, 2010

Manik Tabur Pijot




Agak sukar untuk menyulam manik tabur keatas busana'Pijot' ini.Berdasarkan latarbelakang material yang berwarnakan garang dan bermotifkan bintik-bintik 'angkasawan',memang agak memeningkan untuk menyulamkan sulaman tabur kerana bintik-bintik 'angkawasan'menutup keserian sulaman tabur ini.Ini adalah sulaman yang ketiga kali setelah kedua-dua design manik tabur yang kubuat sebelum ini tidak dapat menaikan seri busana ini,...memandangkan tuanpunya baju mahu kan sulaman manik tabur dan design yang 'simple'.Ini adalah baju beliau yang pertama kali disulam manik.Dengan perawatakan si tuanpunya busana yang sentiasa sopan dan simple,aku mencuba sebaik mungkin memberikan sentuhan taburan yang terbaik buat si pemilik busana ini.Diharap beliau berpuashati.

Saturday, May 8, 2010

Baked Cheese Cake





Lilies & Lavendar's best selling cake.Made from Philadelphia cream cheese.

6 inches round baked cheese cake for $40.00

9 inches round baked cheese cake for $60.00

To order please call to 019 6683227 or email lilies.mohdsalji9@gmail.com

* there'll will a surcharge on delivery or can collect at our delivery point without any charges

Bengkel Membuat Blueberry Cheesecake /Baked cheese cake

Bengkel yang memberi tunjukajar cara-cara membuat Blueberry Cheese Cake dan Baked Cheese Cake


Tempat :- Bukit Antarabangsa

approximately 2 hours class

Yuran :- $ 60 ( minimum group of 5)


Berminat sila hubungi saya di nombor 019 668 3227 atau email lilies.mohdsalji9@gmail.com

Tempahan Menjahit Manik

Sempena Hari Raya yang bakal tiba,tempahan menjahit manik hampir tutup.Sila buat tempahan anda secepat mungkin.Tempahan yang sentiasa mendapat sambutan adalah Shimmering Flora dan Sulaman Crmble.Sekiranya anda berminat sila hubungi saya di talian 0196683227 atau email lilies.mohdsalji9@gmail.com.

Friday, May 7, 2010

Selamat Hari Ibu






Buat semua wanita yang bergelar ibu,Selamat Hari Ibu..Moga sentiasa sukses dalam apa jua kerjaya anda.Jadilah seperti jambangan-jambangan bunga ini,segar dan mekar sentiasa..

Bengkel Shimmering Flora

Teringin nak buat duit raya tahun ni atau untuk di pakai masa Hari Raya yang bakal menjelma.Saya akan menganjurkan kelas sulaman manik dan labuci yang akan membentuk corak Shimmering Flora.Didalam bengkel separuh hari itu nanti anda akan diberi tunjukajar cara-cara membentuk bunga-bunga dengan menggunakan labuci dalam menghasilkan corak Shimmering Flora.

Tempat:- Bukit Antarabangsa

Tarikh:- 22/05/2010

Waktu:-10pagi- 2petang

Yuran:- $150.00

Yuran termasuk:-

makanan tengahari
Sijil Penyertaan
Peralatan Manik
Nota


Anda hanya perlu membawa buku nota.
Deposit sebanyak $50(non refundable)untuk memastikan tempat duduk anda

List of student yang confirm

1. Cik Adeb (Taman Melawati)
2. Puan Fadeelah Yassin
3. Puan Azura
4. Puan Norhidayati
5. Dr Aida
6. Puan Afiza Azizan
7. Puan Rabunah Agan


Sekiranya berminat sila hubungi saya di talian 019 668 3227 atau email lilies.mohdsalji9@gmail.com

Thursday, May 6, 2010

Sulaman manik di atas lace


From Ku Petik Bintang bintang


Sulaman manik yang menggunakan motif daun stem di sulam pada busana lace.Teknik tali air,daun stem dan mutiara berantai di sulamkan pada bahagian kolar

Shimmering Flora on Plain purple

Shimmering Flora on plain purple


Agak sukar untuk mencari warna yang sesuai untuk disuaipadankan pada jubah ini.Diharap tuan empunya busana berpuashati dengan gabungan warna yang telah diadaptasikan ..

Sulaman Sisek Ikan




Penggunaan Labuci, didalam menghasilkan sulaman sisek ikan

Sulaman 'Bunga Camelia'




Sulaman ini banyak menggunakan kreativiti labuci untuk membentuk bunga Camelia.

Sulaman Manik Tabur



Di sini terdapat sebahagian dari koleksi Sulaman Manik Tabur.Sulaman ini yang diolah dengan menggunakan manik-manik 2cut.Ada sesetengah sulaman di serikan dengan penggunaan glass pearl,sulaman labuci yang membentuk bunga atau stone arcylic.Kebanyakan sulaman manik tabur di sulam rapat-rapat.Penggunaan kepelbagaian warna manik menyerlahkan lagi keseriaan corak sulaman ini.

Sulaman manik dan labuci 'Ayunan Bayu'




'Ayunan Bayu' yang banyak mengunakan teknik labuci untuk menghasilkan bentuk bunga-bunga dahlia.Untuk menyerikan lagi bunga-bunga ni,daun dibentuk dengan menggunakan teknik stem.

Gubahan Ayunan Bayu ini di gubahkan keatas busana adikku yang berada di perantauan,Sabah.Sekumpulan bunga-bunga di sulam pada bahagian leher dan di bahagian siku kerana di kaf tangan menggunakan jahitan getah.

Wednesday, May 5, 2010

Crumble Mumble Kino



Pertama kali kulihat 'Crumble'di blog Zai,hatiku terpegun dengan kecantikan sulaman hasil Zai.Tiap kali ku melewati laman blog aku pasti tidak lupa mengintai hasil-hasil'Crumble'Zai..di hatiku berdetik....macamana nak membuatnya,ketika itu Zai belum lagi membuat bengkel sulaman Crumble maupun pelopornya Pepari.Didalam kegusaran ini,seorang teman yang ku kenali ketika majlis Pertandingan Sulaman Manik yang dianjurkan olen Puan Rosita Jaafar,Brother Sheik ,telah sudi mengongsikan pengalaman beliau dalam menghasilkan sulaman Crumble...OH! tak terhingga gembiranya aku.Terimakasih yang tak terhingga ku ucapkan kepada Brother Sheik yang tidak lokek memberi tips untuk menghasilkan Crumble walaupun beliau terlalu sibuk melayani kerenah busana-busana pelanggan tetapnya yang telah berkembang maju..Ku dokan yang terbaik buat Brother Sheik!Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas keikhlasanya. Namun setelah menghasilkan Crumble yang diberi tunjuk ajar oleh Sheik,aku masih tidak berpuashati dengan hasilnya..Aku mengambil keputusan untuk mengikuti bengkel sehari yang dianjurkan Zai..ah bertuah rasanya kerana ini adalah bengkel yang terakhir sebelum Zai bercuti melahirkan puterinya yang kedua.Puas sudah rasa dihati dengan tips dan tunjukajar dari Zai.
Berbekalkan panduan yang kudapati dari bengkel tersebut,aku sedaya upaya menyulam manik mutiara dan kristal keatas busana milik adik bongsuku yang kini diperantauan..Diharap adikku berpuashati dengan hasilnya walaupun aku masih belum boleh menandingi hasil yang telah ditonjolkan oleh Zai..Buat Zai...terimakasih kerana bersusah payah mengadakan bengkel ini.


Kuingat pesan ibuku...jangan berkedekut menuntut ilmu sesungguhnya kamu akan beroleh hasil yang bermutu.Takan ku lupai pesan ibu...

Tuesday, May 4, 2010

Bengkel Sulaman Manik dan Labuci

Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik menjahit manik dan labuci boleh lah mengikuti bengkel-bengkel jahitan saya seperti yang tertera di bawah:-

Modul 1.....Bengkel Sulaman Manik Asas
merangkumi 15 jenis/corak/patern seperti
manik tabur,mutiara berangkai,slanting beads,daun stem,bunga lalang,
manik tali air dan berbagai-bagai lagi

Modul 2.....Bengkel Sulaman Labuci
yang boleh membantu anda menghasilkan sulaman Shimmering Flora yang
hangat di pasaran

Modul 3.....Bengkel Manik Crumble
yang banyak menggunakan manik dan pearl


Yuran hanya $150.00 bagi setiap modul.


Hasil dari mengikuti bengkel-bengkel saya ini,ia boleh mendatangkan pendapatan sambilan/tetap ataupun untuk di pergayakan di busana anda pada jumlah perbelanjaan yang mampu anda miliki.

Bagi yang berminat sila hubungi saya di talian 019-6683227 atau email lilies.mohdsalji9@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...