Thursday, April 15, 2010

Butter Cake


Dah lama tak buat butter kek ni.Maklumlah kek biasa je.Sejak adanya pelbagai jenis kek,kek butter kurang menjadi kesukaan ramai.Kini butter cake dijadikan cupcake yang dihiasi dengan pelbagai icing seperti fondant icing atau butter icing.Jom kita tengok apa yang diperlukan untuk butter kek.

250gm butter
180 gm gula castor
250 gm self raising flour
3 biji telur(large size)
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar susu low fat milk
a pinch of salt



1.Pukul gula dan butter hingga kembang
2.Telur,esen dan susu di pukul sedikit
3.Masukan tepung yang telah diayak dengan garam sedikit demi sedikit kedalam adunan butter dan gula.gaul rata.
4.Masukan telur dan susu yang telah dipukul bersama
5.Kacau rata,kemudian tuangkan kedalam loyang 9" yang disapu butter sekelilingnya,
6.Bakar didalam oven pada suhu 180 darjah celcius selama 1jam.

Wednesday, April 14, 2010

Cheese Tartlets


Right after breakfast, I decided to take a look at my old collections of baking books on the shelf, rotting themselves away by the age. Then, I stumbled upon a book that I remembered buying a very long time ago. A book that was bought as a 'just because'. As i was flipping through the old pages of the book, I saw something that caught my eyes.

Cheese Tartlets.

At that moment, a memory of my younger sister flashed before me. She once asked me of this recipe and at that moment, I took out all my baking utensils and started to pour flour and sugar into my hands. However, halfway through, I had an emergency and had to hand it over to my daughter to continue the baking.

Let's have a look at the ingredients for the Cheese Tartlets.

Pastry:
250gm flour
40gm icing sugar
100gm butter (cut into small pieces)
a pinch of salt
1 egg yolk (beaten lightly)
3 tbsp water

Filling:
250gm cream cheese
1 egg yolk
50gm butter
50gm icing sugar

Method:
1. Sift flour, sugar and salt together in a big bowl.
2. Rub in butter with your hands until the mixture becomes crumbly.
3. Add in water and egg gradually until the mixture becomes a dough.
4. Set it aside for 5 minutes
5. In the meantime, the oven is heated at 180 degree celsius and the ingredients for filling is beaten in the electric mixer until smooth.
6. Use tartlets mould and shape the pastry in it.
7. Bake the pastry in the oven for 10-15 minutes or until golden brown.
8. Cool the pastry and pipe in the cream cheese filling.
9. Optional, you can add in blueberry or raspberry paste on the tart. (available in bakery stores)

***the filling can be baked together with the pastry

Tuesday, April 13, 2010

Mee Goreng ala Mamak


Ramainya orang bertandang di kedai mamak semata-mata untuk menikmati teh tarik dan mee goreng.Mee goreng mamak antara yang paling mendapat sambutan selain daripada roti canai.Tidak mengira masa,24jam sehari.Pada suatu hari anak aku membawa aku menikmati sarapan pagi.Aku pun meminta mee goreng,dah lama tak pekena juadah ni kerana mee goreng mamak bukan makanan kegemaranku.Aku lebih suka bihun,mungkin kerana tekstur mee itu yang memualkan.
Sedari tadi aku perhatikan dari jauh apa yang diletakan si Mamak kedalam mee goreng ini.Aku perhatikan satu persatu ramuan yang dimasukan.Kebetulan terlalu banyak pelanggan mengoder mee goreng.Ohh!macam ini rupanya..nanti akan ku cuba.Hari ini kebetulan suamiku meminta aku menggoreng mee.Mee goreng memang kegemarannya.

1 paket mee kuning
3-4 sudu cili (yg di blend bersama 2 ulas bawang merah,2 ulas bawang putih dan sedikit garam)
2 ulas bawang putih (ketuk dengan pisau)
sedikit dark soya sauce Cap Yeos
sedikit cuka
2 biji telur
1 mangkuk kecil udang hidup
secekak kucai
50sen taugeh
1 paket fish ball
1 tauhu keras.(potong nipis)
garam
brown sugar

Hiasan

1 batang cili merah
limau nipis/limau kasturi
bawang goreng

Tumis cili boh hingga naik minyak,masukan bawang putih yang diketuk.Masukan sedikit dark soya sauce dlm 4 sudu besar)dan sedikit cuka dalam 1-2 sudu besar.Tuangkan sedikit air,gula dan garam.Masukan mee dan tauhu.Gaulkan rata.Setelah mee sedikit kering masukan udang dan fishball.Tuangkan sedkit minyak pada bahagian tepi mee,pecahkan 2 biji telur.Perlahan tutup telur itu dengan mee (Seolah2 menyorokan nya dibawah mee).Biarkan seketika.Api haruslah perlahan sepanjang proses.Masukan kucai dan taugeh.Boleh menambahkan lagi kicap jika warna mee kurang menarik.Angkat setelah taugeh separuh masak.Hiaskan mee dengan bawang goreng,hirisan cili dan limau potong.

Monday, April 12, 2010

Roti Jala dan Pengat Durian


Ah..Banyak sangat durian ni!Anak-anak zaman sekarang tidak menggemari buah durian kerana baunya yang begitu kuat.Beberapa ulas durian saya simpan beku didalam peti ais agar boleh diulangi kemudian hari dan selebihnya saya hendak buat pengat durian.Ada sesetengah nya mencampurkan durian kedalam pengat kacang hijau.Ada juga yang menambahkan sagu mata ikan didalam pengat ini.Saya lebih suka kepada pengat yang dibuat dengan durian sahaja.Hari ini saya membuat pengat durian dengan roti jala.Roti jala ini saya pelajari dari seorang kawan,Timah namanya.Mari kita curi-curi intai di dapur.

Untuk pengat durian

beberapa ulas durian yang segar(maksud saya yang tidak busuk)
2 senduk gula pasir
sedikit garam
1 biji kelapa yang di blend dengan 2 liter air.
2 helai daun pandan

Masukan kesemua bahan dan masak diatas api yang perlahan.Saya didihkan selama 1 jam agar kuahnya tidak mudah basi.

Untuk membuat roti jala

1 kg tepung gandum
1 tin evaporated milk
2 biji telur
1 cawan minyak mazola
2 - 2 1/2 liter air.
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit

Campurkan kesemua bahan.Blendkan dengan blender untuk mengelakan tepung berbintil.Tapis adunan.Di atas kuali leper,sapukan sedikit minyak dengan menggunakan ikatan beberapa helai daun pandan.Sendukan sesenduk adunan kedalam acuan roti jala.Turapkan diatas kuali leper.Gunakan api yang perlahan.Tak perlu dibalikkan adunan ini .Angkat dan gulung atau lipat tiga segi(kipas).Hidangkan dengan pengat durian.

*** Pengat durian ini enak juga dimakan dengan roti atau pulut.

****Roti Jala ini enak juga dimakan dengan kari ayam/daging

Sunday, April 11, 2010

Bihun Goreng Judy


Hari ini saya ingin memperkenalkan bihun goreng yang selalu menjadi masakan kegemaran keluarga Puan Judy.Puan Judy seorang yang berbangsa Cina.Resepi ini merupakan resepi dari nenek beliau.Puan Judy amat cekap didapur,maklumlah di masa kecil,nenek beliau selalu mengarahkan kesemua cucu perempuannya membantu beliau didapur.Di kunjungan kami ke rumah salah seorang kawan baik kami,beliau dengan dibantu oleh kami menyediakan ramuan untuk menggoreng bihun ini.Saya amat berterimakasih pada beliau kerana sudi mengongsikan rahsia keluarganya kepada kami.Jom kita tengok bahan-bahan yang diperlukan.

1 bungkus bihun (direndam selama 1 jam)

Bahan A( bahan hiasan)
1 mangkuk ikan bilis kecil (digoreng garing,angkat dan ketepikan)
2 biji telur (di goreng dadar,digulung dan dimayang)
2 batang cili merah (di hiris)
1 mangkuk kecil bawang goreng(hiris bawang goreng,gaul dengan sedikit garam dan goreng)
sedikit daun seleri Cina (daun sup)(dimayang)

Bahan B
1/2 keratan kobis Cina (dimayang halus)
3 ulas bawang putih (dihiris nipis)
3 ulas bawang merah (dihiris nipis)
1/2 inci halia(di hiris nipis)
Tumis bawang putih,bawang merah serta halia dengan sedikit minyak.Masukan kobis Cina dan goreng seperti memasak sayur.Angkat dan asingkan.

Bahan C
1/2 inci halia (dimayang halus)
beberapa helai fucuk(digoreng terlebih dahulu,fucuk tidak perlu dibasuh,terus menggorengnya,toskan minyaknya..boleh disediakan beberapa hari sebelum)
sedikit tauhu basah (dihiris memanjang)
sedikit fish cake (dihiris memanjang)
1 mangkuk kecil sotong basah (dihiris kecil)
1 mangkuk kecil cendawan telinga monyet(yang direndam dan di hiris)
sedikit taugeh
segenggam atau lebih shitake mushroom

Bahan D (Seasoning)
4 sudu besar light soya sauce
sedikit lada sulah.

Dengan sedikit minyak tumiskan halia yang dihiris.Masukan sotong basah,fish cake,cendawan telinga monyet,cendawan shitake dan tauhu basah.Gaulkan rata.Masukan fucuk.Masukan bahan D dan sedikit air.Masukan bihun.Gaul rata.No garam is needed as light soya sauce is salty.Masukan taugeh.Masukan bahan B dan ikan bilis goreng.Angkat.Hidangkan dengan meletakan bahan2 hiasan yang disediakan di Bahan A.

Hidangan ini lebih menyelerakan jika dihidang dengan cili kicap seperi dibawah ini

Cili padi (hiris)
sedikit light soya sauce
sedikit rice vinegar

Friday, April 9, 2010

Kuih Tako


Pertama kali saya diperkenalkan kuih Tako ni dirumah kawan saya semasa jamuan Hari Raya.Dia meberitahu saya sedikit sebanyak cara membuatnya.Kawan saya ni,Kak Wan memang pandai membuat kuih.Banyak yang telah saya pelajari daripada beliau.Kuih Tako ni lebih kurang sama dengan kuih tepung pelita cuma bezanya dalam penggunaan tepung.Pagi ini selepas sembahyang subuh saya membuat kuih Tako ini untuk dibawa ke Muar,petang nanti.Malam ini kami akan mengadakan small dinner gathering wih some of our friends.Apakata saya kongsikan resepinya dengan anda.

1 biji senkuang yang dipotong dadu kecil.
Setelah dipotong dadu,masukan sesudu kecil kedalam mangkuk plastik yang bersaiz kecil.

Untuk bahagian bawah(warna hijau)

180gm tepung jagung
150gm gula(saya guna gula perang)
sedikit pewarna hijau atau jus daun pandan
1400ml air.

Letakan semua bahan kedalam periuk.Sekiranya anda menggunakan daun pandan(ambil 8-10 helai daun pandai kemudian blend dengan 1400ml air,tapis air nya).Sekiranya anda menggunakan pewarna,masukan sehelai daun pandan yang disimpul(untuk keharuman).Kacau semua bahan diatas api yang perlahan,sehingga adunan menjadi pekat.Angkat.Ambil 1sudu besar atau 2 sudu dan masukan kedalam bekas plastik yang kecil

Untuk bahagian atas(yg berwarna putih)

100gm tepung jagung
1400ml santan yang diblend /perah dari 1 biji kelapa.
sedikit garam

Seperti adunan hijau,adunan ini juga dikacau diatas api yang perlahan dan hingga pekat.Angkat dan skoop kan 1 sudu besar diatas adunan hijau.

Lebik enak dimakan kalau disejukan.Sejukan didalam peti sejuk.

** 1 bancuhan ini boleh diisi kedalam 30 biji mangkuk plastik yang bersaiz kecil

Thursday, April 8, 2010

Kek Gula Hangus


Anak bongsuku memanggilnya kek coklat without chocolate.Hari ini seawal pagi aku keluar membeli sarapan untuk anak-anak ku.Ku gapai 3 keping kek gula hangus yang dijual si penjual nasi lemak ini.Tak kusangka kuih ini menjadi kegemaran anak sulungku.Dia pernah membeli kuih ini di pasar malam tetapi amat kecewa kerana tidak menyelerakan.Lantas dia meminta aku membuat kuih ini.Secara kebetulan aku menerima email dari adiku yang ke 6,Edah,yang juga menyanyakan resepi ini.
Alhamdulillah kesemua bahan diperlukan ada di lemari dapurku.Aku pun segera membuat gula hangus nya.Jom kita tengok cara membuat gula hangusnya dulu.

Bahan-bahan untuk gula hangus

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu besar marjerin

Diatas api yang perlahan,masukan gula kedalam periuk,biarkan ia masak hingga sedikit keperangan,jangan terlalu lama takut terhangit.Setelah gula mula kuning keperangan,tuangkan air panas dan cepat-cepat tutup periuk dengan penutupnya.Ini kerana bancuhan akan meletop2,dikhuatiri mencederakan tangan kita pulak nanti.Masukan marjerin.Angkat dan sejukkan.

Tiba masa untuk membuat keknya.Bahan yang diperlukan

4 biji telur
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat manis
2 sudu kecil bikarbonat soda
1 sudu kecil esen vanila

Telur dipukul hingga kembang.Masukan susu pekat dan tepung.Masukan bikarbonat soda dan esen(lebih digalakan mengayak tepung dan bikarbonat soda bersama).Lastly masukan gula hangus tadi.Tuangkan kedalam loyang yang telah disapu dengan marjerin sekelilingnya.Kek ini hendaklah diperap selama 3-4jam agar sarang lebah boleh terbentuk.....Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah C selama 1 jam.Sejukan kek sebelum di potong.

Anda harus mengenali oven anda kerana sesetengah oven terlalu cepat panas dan ini akan membantutkan kek.Saya mempunyai 2 jenis oven,saya kaji dan teliti fungsi kedua-dua oven ini.Salah satu oven saya dimuatkan kedalam kabinet dapur dan saya dapati oven ini terlalu cepat panas dan adakalanya merosakkan kek saya.Oven ini saya gunakan lebih kepada meat roasting or cookies.Manakala dalam pembuatan kek saya lebih suka menggunakan portable oven Elba.Saya dapati ia membuatkan kek saya masak dengan lebih cantik.Adakalanya saya perlu menambahkan lebih 10-15minit pembakaran dari yang di catitkan dalam resepi.

Wednesday, April 7, 2010

Laksa Asam Utara


Ada berbagai -bagai resepi laksa mengikut setiap daerah di Malaysia ini mahupun Sabah dan Sarawak.Antara laksa-laksa yang selalu kita dapati di warung,pasar malam atau di restoran adalah seperti Laksa Utara yang terkenal dikalangan penduduk diKedah,Perak dan Pulau Pinang yang lebih dikenali sebagai Laksa Asam.,Laksa Johor yang menggunakan spagheti,Laksam dari daerah Kelantan,Laksa Sarawak dan tidak ketinggalan dari negara jiran kita Singapura.Pada hari ini saya akan memperkenalkan cara-cara membuat Laksa Asam Utara.

1kg ikan kembong(di cuci dan direbus dengan 2 1/2 liter air)
sengenggam cili kering.(boleh dilebihkan)
4 ulas bawang merah
1/2 inci belacan
1-2 batang serai(ketuk)
1-2 bunga kantan(belah 2)
8-10 asam keping
sejemput asam jawa diperah dengan semangkuk kecil air
1 sudu besar gula perang
garam (saya guna 2 sudu besar depend on type of your salt)
secekak daun kesum

1 paket laksa beras Cap Eka(rebus selama 50min)
1 biji timun (hiris bulat kemudian memanjang)
cili merah/cili hijau (hiris)
lettuce (hiris)
daun pudina(hiris)
bawang besar(hiris bulat)
limau kasturi
Telur yang telah direbus

Setelah ikan direbus,asingkan isi serta tulang dan kepala.Ambil semangkuk air rebusan ikan dan blend bersama isi ikan,tapiskan kedalam periuk rebusan ikan tadi.Kepala ikan serta tulangnya pun di blend dengan air rebusan ikan.Tapiskan ke dalam periuk rebusan.Masukan asam keping.Letakan atas dapur.Masak dengan api yang perlahan atau medium heat.Blend cili kering yang telah direbus dengan belacan dan bawang merah.Tuangkan kedalam periuk rebusan ikan.Masukan bunga kantan,daun kesum dan serai.Masukan juga air asam jawa.Masukan garam dan gula.

Bistik Daging Mak Ani


'Bistik Daging' sentiasa menjadi menu pilihan masakan Mak Ani.Boleh dikatakan almost setiap minggu menu ini harus dihidangkan oleh Mak Ani.Aku pun turut dapat merasai dan mempelajari cara memasaknye,ini kerana aku tinggal bersama mereka ketika aku mendapat pekerjaan di Kuala Lumpur.Ketika itu keluargaku masih berada di Ipoh.Sekali pandang menu ni macam daging masak kicap dan bahan yang digunakan pun lebih kurang dengan masakan daging masak kicap.Sesetengah orang menambahkan sos tomato.Apa yang membezakan bistik ini dengan masak kicap,kuahnya harus sedikit pekat dan manis kerana penggunaan kacang peas.
Apa-apa pun jemputlah menghayati bahan-bahan yang di perlukan.

400 gm daging lembu (potong 2in x 1/2in)
1 labu bawang besar (hiris bulat)
1 cili merah(hiris)
1 tin kecil kacang peas (Ayam Brand)
1/2 sudu teh tepung jagung
3-4 sudu besar kicap masin Tamin


Bahan penumis:-
2 labu bawang merah
3 labu bawang putih
1 inci halia
kulit kayu manis,bunga lawang dan pelaga
1 sudu besar lada hitam (Tumbuk kasar)

Rebus daging hingga empuk.Bawang merah,halia dan bawang putih ditumbuk.Tumiskan hingga naik bau.Masukan kulit kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga.Masukan daging yang telah direbus beserta air rebusan nya.Masukan lada hitam,bawang besar dan cili merah.Setelah daging agak sebati dengan kicap masukan kacang pes berserta airnya.Kemudian masukan tepung jagung yang dibancuh dengan 2 sudu besar air.Sekiranya mahukan kuahnya pekat ,renihkan seketika lagi.

**kalau di kaji resepi ini sedikit berbeza dengan masak kicap kerana penggunaan kicap amat sedikit dan tiada penggunaan cuka atau asam jawa.So betul la ia dinamakan Bistik daging oleh Mak Ani.
*** Garam tidak digunakan langsung didalam resepi ini.

Monday, April 5, 2010

Carrot cake

 
Posted by Picasa

3 biji telur (guna seri murni saiz large)
1 1/2 cawan carrot parut (dari 2 biji carrot)
1 cawan walnut(chopped and roasted for 10mins at 375 degrees (180 degrees C)
1 1/4 cawan tepung self raising
4 sudu kecil serbuk kayu manis
1 cawan gula halus(selalunya saya gunakan brown sugar)
1 sudu kecil baking powder
3/4 cawan minyak zaitun
secubit garam
1 sudu teh esen vanilla

1. Ayak tepung,sebuk kayu manis,garam dan baking powder
2. Pukul minyak zaitun dan gula hingga kembang.
3. Masukan telur sebiji demi sebiji.
4. Masukan esen vanila
5. Masukan tepung yang telah di ayak.
6. Tuangkan adunan ke dalam acuan 8"or 9". Bake cake about 50 minutes at 375 degrees (180degrees C)..sesetengah oven 1 jam..bergantung pada oven anda.

Untuk cream cheese topping

200 gm cream cheese
225gm marjerin/butter
200gm gula ising
Pukul butter/margarine dengan cream cheese hingga putih dan kembang.Alih kan daripada mesin pengisar,masukan gula ising,gaul rata.Hiaskan kek anda.Seeloknya kek biarlah betul2 sejuk sebelum meletakkan topping,selalunya saya simpan di dalam fridge hanya pada keesokan pagi baru saya letakkan topping

Dulu saya selalu melanggani kek ni dari sorang kakak ni..ish tak payah la disebutkan namanye la.Makin hari saiz keknya bertambah kecik dan harga berdentum2 mahalnya..Saya cuba membodek kakak ni untuk berkongsi resepi kek ni..tapi nauzubillah kedekutnya..alah lagipun dia pun dapat resepi ni dari neighbor Serani dia masa tinggal kat Melaka..jadi apalah salahkan, kalau dikongsikan bersama.Saya dah buat banyak promosi penjualan kek dia namun dia buat sombong aje..Pada suatu hari saya tolong ode kan kek ni untuk kawan saya,apabila saya nak collect kek kat rumah dia,dia tak ada dirumah tetapi anak2nya ada di bilik,tetapi tak sorang pun anak2nya hendak membuka pintu.Macamana ni kawan saya dah on the way dari Subang Jaya.Bila saya talipon kat kakak ni dia menyuruh saya datang balik 2 jam later..Aduhai betapa seriknya saya,dah la '0' profit nye keje,minyak keta saya turun naik kerumah dia,,bil hp saya yang dok menalipon kesana sini, just kerana nak tolong 'lakukan' kek dia..Sejak dari itu saya bertekad tak mau jamah or jualkan kek dia ni.
Disebabkan saya rindu nak jamah kek ni saya mencuba sedaya upaya untuk membuatnya.Alhamdulillah,saya berjaya membuat kek ni..its moist and even much tastier then the one yg ada kat pasaran.Dah merata-rata restoren dan cafe saya cuba..saya amat berpuashati dengan resepi saya.Maaf ye..saya tak berniat nak puji diri..Saya amat berbesar hati berkongsi rahsia kek ini dengan sesiapa yang mengintai/terintai dapur saya ni..
Jangan lah kita berkedekut ilmu sesungguhnya semuanya datang dari Yang maha Esa.Hari ini kita berbudi,insyaallah esok lusa dibalas jua.

Best Award by Nenek

 
Posted by Picasa


Terima kasih kat Nenek...Sayang sugguh nenek kat cucu.Padan lah termimpikan nenek datang malam tadi didalam mimpiku..Nenek ,cucu ni masih perlu banyak petua nenek untuk perbaikkan coretan cucu ini.Datang-datanglah selalu kat blog cucu ni..Cucu sentiasa menunggu-nunggu lawatan dan komen nenek.Akan cucu sarungkan mahkota ni kat rambut cucu tiap kali ke dapur..boleh ke nenek..sementara ni cucu simpan aje kat lemari dapur ni dulu ye!!

Eh..eh..mahkota yang nenek anugerahkan pada cucu ni berkebetulan matching dengan warna baju saya..tengok betul-betul kat profile saya..Pandai betul nenek pilihkan untuk saya.Sayang nenek..kalau jumpa nenek..cucu nak peluk dan cium pipi nenek.Nenek ku yang Glam ni.

Bihun Goreng Mak


Masa kecik-kecik dulu,mak selalu masakkan bihun goreng ni.Tak kira untuk sarapan pagi atau juadah minum petang,maklumlah anak-anak ramai ,tak cukup kalau nak dibeli kat kedai.Stok bihun dan udang kering sentiasa ada disimpan di lemari dapur jadi bila-bila masa sahaja boleh di masak.Aku masih ingat lagi mak selalu menggunakan bihun cap Bintang..sekarang pun masih ada terjual tetapi persaingannya telah banyak.Terdapat berbagai-bagai brand bihun sperti mutiara naga yang agak susah didapati sekarang,ah..paling tidak pun Tesco pun ada mengeluarkan bihun yang boleh dikatakan good quality with harga yang berbaloi...Yang penting tekstur bihun mesti lembut dan tak mudah rapuh/patah.

Hari ini saya ingin berkongsi membuat juadah ini.Saya pasti anda pun ada membuat bihun seperti ini.Cara memasak bihun goreng ada berbagai cara dan isi ramuan yang berbeza-beza.Untuk membuat bihun ini anda perlukan

1 paket bihun(saya gunakan Cap Tesco,rendam dengan air paip selama lebih kurang 30minit ke 1 jam,toskan dan basuh)
1-2 sudu cili boh(yg telah di blend dengan bawang merah dan belacan)
1 genggam udang kering(rendam kemudian di blend)
sedikit garam
5 ulas bawang putih (tumbuk kasar)

Dengan menggunakan sedikit minyak,tumis bawang putih hingga kekuningan.Masukan cili boh dan udang kering.Masukan sedikit garam..ingat udang kering might be salty so berpada2apabila menggunakan garam.Disini saya menggunakan 1/2 sudu kecil sahaja.Masukan 3/4-1 cawan air.Biarkan ia didih seketika,kemudian masukan bihun.Air digunakan untuk melembutkan tekstur bihun.Gaul rata bihun.Setelah bihun dan bahan tumisan rata boleh lah diangkat.Hidangkan dengan hirisan cili merah,daun bawang dan hirisan telur dadar.
Untuk membuat telur dadar
2 biji telur ayam dipukul sedikit dengan secubit garam.Tuangkan sedikit minyak kedalam kuali leper.Masukan telur.Terbalikkan telur itu.Angkat dan gulungkan telur dadar ini.Hiris nipis-nipis dan taburkan keatas bihun.Sedap juga kalau di hidangkan dengan sos cili atau sos tomato..Saya lebih sukakan bihun tanpa sebarang sos.

Sunday, April 4, 2010

Coconut Candy Mak Ani


Sedang aku leka mengacau adunan ini di kuali,my eldest son bertanya..kuih apa ni Mama?I said..Coconut Candy!Hmm...never heard,seen or eaten that before,he said..Ada,normally you can easily find it at Indian Restaurant like Thurkah in Melawati but I personally don't admire the taste of it as Indian adds some kind of spices.To me, Candy should be in its original flavour.So happened my youngest sister who has moved to Kinarut,Sabah is craving to have it.I took a day to recall the lovely moment being with my Aunt, Mak Ani.She is married to my mom's brother whom we called'" Mammi".Mak Ani is from Malacca and she enjoyed cooking and love to share her secrets with me..wah!lucky me.20 over years ago she taught me how to prepare these lovely delicacies.Since my siblings love it so much I wouldn't mine doing it almost every week.And now after 20yrs my youngest sister,Kino and Edah miss this Candy.They sent an sms and email asking me how to make the Candy.

To my dearest sister,Kino and Edah(Cik Yang) and to anyone who is passing by my blog..do feel free to browse my lovely Coconut Candy recipe.Come, lets join me in the kitchen.

Grated coconut from 1 Coconut
1 tin of condensed milk(susu pekat)
3/4 or 1 cup of fine granulated sugar
a pinch of salt
some coloring
1 tsp butter or margarine

In a non stick pan,without any oil,put in the coconut.At slow heat stir fry the coconut till a litle dry.Use the slowest heat possible as the coconut might burn and turn into kerisik..we don't want that.Quickly put in the margarine,salt,sugar and condensed milk and not to forget the coloring..here I'm using green and red.Mostly it comes in green or red.Keep stiring till the candy turn dry but not too dry or doesn't stick to the pan/pot.Grease some oil into a container at measurement of 6 x 6 or 7 x 7.Compress the Candy with ladle.Cut once cold.

***If you do not want it too sweet, you may reduce the sugar to 1/2 cup and 1/2 cup of condensed milk.I've tried it.

Lempeng Sagu


600gm sagu kecil
1 biji kelapa parut
sedikit garam

Gaul rata kesemua bahan.Panaskan kuali,kemudian lenserkan kuali dengan sedikit minyak masak.Tuangkan 1 cawan adunan sagu tadi kedalam kuali.Rata dan leperkan.Biarkan ia masak hingga garing atau hingga sagu garing.Buatkan begitu pada kedua dua belah lempeng.

Saturday, April 3, 2010

Bubur Nasi dengan Dried Scallop


Ma..can you cook rice porridge with scallop?Tiba-tiba je my eldest son memecahkan hening sunyi dimeja makan malam tadi.Dah lama tak masak bubur nasi ni...Pulang dari jamuan makan malam bersama keluarga lebih kurang jam 11 malam,saya bingkas ke dapur mencuci beras dan meletakkanya kedalam slow cooker.Bubur nasi ni menu yang paling senang nak di masak.Ada berbagai-bagai cara dan jenis bubur nasi.Di kalangan orang Melayu bubur Lambuk atau bubur Asyura merupakan salah satu juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan. Apa yang bakal saya masak hari ini amat sinonim dengan masyarakat kaum Cina.Kaum Cina menikmati bubur nasi ini sebagai Sarapan Pagi dan ada segelintirnya menikmatinya di waktu tengahari dan malam.
Jom ke dapur untuk menitip bahan-bahan yang terdapat dalam bubur nasi saya.Resepi ini seperti biasa telah saya olahkan mengikut kesukaan keluarga.

1-2 Cawan beras wangi (saya guna beras Cap Mutiara Naga)
6-7 keping ayam yang di potong selebar 2-3inci
1 inci halia (grated guna kan alat penyagat)
1 inci hali (di potong nipis dan memanjang)untuk hiasan, optional
1/2 inci halia (slice to 2-3 slices)
1/2 cawan dried scallop(beli kt kedai ubat China..ada yg frm Japan semahal rm80 per/kg,beli yg biasa pun boleh..beli sikit aje,,sebb org melayu tidak byk mengunakannya,boleh disimpan lama sekiranya di simpan dlm fridge)
light soya sauce,garam
daun bawang(spring onion)
ladau putih/sulah

Masukan beras,scallop dan air lebih kurang 700-1000ml kedalam periuk slow cooker.Gunakan paras slow heat..biarkan ia masak hingga esok pagi.Pada keesokan paginya lebih kurang pukul 5.30 pagi,masukan halia yang telah di sagat halus.Kemudian rebus ayam beserta halia yg di hiris dlm 2-3 keping,1cawan air dan 1 sudu kecil light soya sauce dan sedikit garam.Setelah ayam empuk dan air rebusan pekat tapiskan ia ke dalam periuk slow cooker.Carik-carikan isi ayam yang telah direbus.Tambahkan sedikit garam .Hidangkan porridge ni dengan hirisan daun bawang,hirisan halia(optional)dan a dash of white pepper.

Thursday, April 1, 2010

Lempeng Tepung Gandum


Lempeng bukanlah juadah yang susah untuk dimasak.Ada bermacam jenis lempeng seperti lempeng kelapa,lempeng pisang,lempeng sagu dan lempeng tepung gandum.Anak-anak zaman sekarang lebih terdedah kepada "crepe" atau pancake. Zaman kita kecil-kecil dulu lempeng dah memadai.Sudah agak lama kami tidak menjamah juadah ini,sehinggakan anak saya yang berusia 9 tahun tidak pandai menjamah juadah ini...apabila dikatakan pancake baru dia ingin mencubanya..tetapi katanya pancake ini tak seperti pancake yang selalu dia makan iaitu gebu.Lantas kakak dan abangnya menamakan ini pancake orang melayu.Mereka mengajarnya menjamu lempeng ini dengan mencicah gula dan sambal sardin..Terkulat-kulat dan terpinga-pinga si adik kecil melihat telatah abang-abang dan kakaknya.Aku ketawa melihat telatah mereka.

Disini saya ingin berkongsi dengan anda sekalian yang lalu di blog saya bagaimana cara untuk membuat lempeng ini.Selalunya saya tak pernah menyukat bahan-bahan membuat lempeng ini.Sebenarnya saya pun hampir-hampir lupa..jadi untuk tidak melupai juadah ini saya kongsikan dengan anda juga.

Bahan-bahannya:-
2cawan tepung gandum
2 cawan air
1 sudu teh garam
kalau tak suka lempeng kenyal tambahkan sebiji telor yg dipukul sedikit..hasilnya lempeng akan jadi lembut dan manis..Anak-anak dan suami prefer yg tak ditambah ngan telor..depa kata kalau makan ngan bubur/pengat durian maybe kene gaya..but not with spicy gravy.Itu terpulanglah pada citarasa masing2..pada saya dua2 pun ok.Anyway back to the batter.Campurkan kesemua bahan..kacau sampai tepung tak bergentel or senang blend aje..Sapukan setitis 2 miyak pada flat kuali then tuangkan sesenduk adunan batter..angkat kuali dan lerengkan supaya batter sama rata.Balikkan apabila brown spot timbul kat lempeng..buatkan pada bahagian top pulak.for next 2nd and 3rd lempeng tak payah tambah minyak,just pour in the batter.Pada lempeng yang ke4 minyak diperlukan lagi dan seterusnya..kalau mengikut sukatan ini anda boleh dapat 5-6 keping ...Enjoy your lempeng with some chicken or beef curry gravy or sambal sardin but my daughter just like to cicah it with some sugar.eee sedapnye!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...