Wednesday, March 31, 2010

Kuih Apam Tepung Gandum


Balik dari jogging pagi tadi,singgah kat kedai,nak cari panadol cadangnya kerana badan terasa macam nak demam.Entah macamana aku ternampak dried yeast.Terbenak di onak otak ku untuk mencuba membuat kuih apam yang telah sekian lama tidak pernah ku buat.Seingat aku apam yang selalu kubuat dahulu menggunakan yeast frozen namun hari ini aku nak cuba menggunakan dried yeast.

1/2 kilo tepung gandum(tu aje yang ku jumpa kat lemari dapur)
1 cawan gula (aku guna 1/2 cawan aje)
1 paket dried yeast dilarutkan dengan 1/2 cawan air.
500ml air

Bancuh kesemua bahan didalam bekas.Kacau rata,kemudian tuangkan kedalam loyang yang terlebih dahulu di sapu dengan sedikit minyak masak.Tuangkan adunan kedalam acuan.Biarkan ia naik kembang for atleast 1 jam.Setelah naik kembang setaman..masukan kedalam periuk pengukus.Kukus for 30-40 minutes.

Bila dah sejuk,potong dan gaulkan dengan kelapa parut yang diparut putih dan digaulkan dengan sedikit garam.

Hidangkan dengan kopi panas..Agh..enaknya.

Tuesday, March 30, 2010

Tempe dan So hun masak lemak putih


1 paket so hun dan fucuk(koyak2kan fucuk dan rendamkan didalam air)
1 keping tempe (dibungkus dalam plastik)
3 keping tauhu
3 ulas bawang merah
1 helai daun kunyit
1 biji terung bulat
3 biji kentang
sedikit udang kering atau sotong kering(rendam terlebih dahulu)
1 biji kelapa tambah 700ml air (blend dgn blender dan diperah santannya)
Garam

Kentang yang dibelah 4 atau 6 direbus hingga empuk.Toskan airnya.Didalam periuk.masukan kentang rebus,terung yg juga direbus sedikit,udang kering,bawang merah yang di hiris,daun kunyit yang di siat2kan seta tempe dan tauhu.Tuangkan santan yang telah diperah.Jerangkan diatas api yang sederhana.Masukan sedikit garam,jangan terlalu banyak kerana udang kering/sotong kering berkemungkinan masin.Kacau agar tidak berkepala.Setelah tempe agak empuk masukan so hun dan fucuk.Kacau biar ia sebati.Hidangkan dengan nasi.


Pada kunjungan ke rumah Mak Teh di Parit Jawa,Muar,Johor iaitu pada Hari Raya Haji tahun lepas,kami telah disajikan ketupat dengan hidangan sayur ini..Mak Teh sekeluarga menamakan hidangan ini Sayur Lodeh.Aku dan keluarga pada mulanya amat terkejut kerana Sayur Lodeh selalunya bewarna kuning kerana penggunaan kunyit dan sebagainya.Pada kami sekeluarga hidangan ini sepatutnya So hun dan Tempe masak lemak putih yang dihidangkan dengan nasi panas dan sambal ikan bilis ..Apa-apa pun kami telah mempelajari sesuatu yang baru.

Monday, March 22, 2010

Green Shimmering Flora

Berlatar belakangkan putih dan berbunga hijau amat memukau mataku.Lantas aku memilikinya.




Ku dapati warna yang terdapat pada pakaian yang terlalu terang agak sukar untuk menyuai padankan warna-warna labuci dan manik ke atasnya.Setiap kali setelah dijahit pasti akan ku bukakan kembali.Aku masih tidak berpuashati dengan kombinasi warnanya.Banyak wang telah kulaburkan membeli manik-manik hanya untuk mendapat kombinasi yang tepat.Setelah 3 minggu baru aku dapat menyiapkan lakaran sulaman manik baju ini.Aku amat berpuashati dengan hasilnya.

Thursday, March 18, 2010

Turqoise Shimmering Flora

'Turqoise Sf'ni kepunyaan Wawa.Wawa sangat berkenan dengan corak Sf Purple yang kupakai ketika menghadiri Majlis Maulidur Rasul di Masjid BA.Setelah puas membelek-belek sulaman Sf yang terdapat pada bajuku itu,dia lantas pulang kerumah untuk mengambil bajunya yang baru siap ditempah.Ketika Wawa menghulurkan baju ini aku amat gembira kerana 'turqoise' adalah warna kegemaranku.Aku telah bayangkan warna-warna yang sesuai untuk di sulami.



Namun setelah seminggu membeli manik-manik yang berkesusaian dengan busana ini,aku masih cuak dan ragu-ragu.Ku tinggalkan baju ini dibilik jahitku.Masuk minggu kedua hatiku masih gusar...namun aku masih tak kesampaian untuk melakarkan sulaman diatas busana yang tergantung megah dibilik jahit ku.Di minggu ketiga aku bersemangat sekali melakarkan sulaman pada sebelah tangan busana ini.Aku uploadkan gambarnya ke Fb aku untuk mendapat pandangan dan kritikan.Tak ku sangka,teman-teman Fb aku memberi komen-komen yang memberangsangkan..Ia membangkitkan semangatku kembali...Materialnya yang halus dan lembutnya membuatkan aku kepenatan dan bosan menitip manik-manik ke atasnya.Seminggu lagi Wawa akan datang menuntut busananya..aku lemas memikirnya..apa taknya bahagian leher masih belum ku sulam.Aku bertungkus lumus menyiapkan sulaman ini dalam masa 3 hari,adakala sehingga ke 3 pagi dan aku hampir demam,maklumlah cuaca amat panas sekali.Alhamdulillah ku tempuhi jua kepayahan dan segala rintangan untuk busana turqoiae ini..Ku harap Wawa berpuashati dengan gabungan warna dan corak sulaman Sf ni.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...