Thursday, February 11, 2010
BLUEBERRY CHEESECAKE
Blueberry Cheesecake ini adalah 'best selling' kek oleh 'Lillies & Lavendar.Diperbuat daripada Cream Cheese of Philadelphia.
Kek ini berukuran diameter 9inci x 2inci
Berat:-2kg
Freshly bake dan ditanggung Halal
Harga :- Rm 75.oo
Tempahan boleh dibuat melalui email - lilies.mohdsalji9@gmail.com atau tel ke 019 6683227.
Sila buat pembayaran deposit sebanyak Rm50 ke akaun saya(akan diberi melalui email anda).
* there will be a surcharged on delivery charges.Cake can be collected at our delivery point without charges
Terima kasih kerana sudi melayari blog LILIES & LAVENDAR
Labels:
Tempahan Kek
Monday, February 8, 2010
SULAMAN RIBEN DI ATAS TABLE RUNNER
Ini lah 'Sulaman Riben' yang saya hasilkan berpandukan buku yang ditulis oleh Puan Suzana Mustafa.Macam tak percaya kan.Memang saya akui sulaman riben agak susah untuk diolahkan.Syabas kepada yang berjaya menghasilkan sulaman ini.
Labels:
Sulaman Riben
Monday, February 1, 2010
Shimmering Flora on purple baju kurung moden
Sulaman manik "Shimmering Flora Purple"ini adalah hasil kerjatanganku yang pertama setelah mengikuti kelas.Sebelum ini aku berhempas pulas menghasilkan sulaman ini,namun hatiku masih merasakan ketidakpuasan dengan hasilnya.Berbekalkan pengalaman asas yang kupelajari dari seorang kawan dan tunjukajar dari buku-buku sulaman Puan Rosita Jaafar,aku masih tidak berpuas hati dengan hasil kerjatanganku.
Lantas aku mengambil keputusan untuk mendalami teknik -teknik sulaman ini dengan lebih lanjut.Dua hari sebelum menghadiri kelas ini aku terbaca iklan 'Kelas Sulaman Manik' oleh Nora.Semalaman aku memikirkannya,adakah aku patut mengikuti kelas ini.Pada keesokan harinya aku memohon persetujuan suamiku untuk mengikuti kelas ini.Dengan persetujuan ini aku pun segera membuat panggilan telefon kepada Nora.Alhamdulillah,aku diterima masuk.
Setelah seharian didalam kelas ini dan tunjukajar daripada Nora dan adiknya Lily,aku dapati amat senang sekali diikuti dan banyak menjimatkan masaku untuk menyiapkan sulaman ini..
Padaku yuran yang dikenakan Rm250 amat berbaloi sekali! Kini aku berjaya menyiapkan sulaman shimmering flora ini dengan penuh keyakinan.Sulaman ini telah berjaya ku hasilkan dalam masa 3 hari walaupun aku sangat sibuk dengan tugasan harian dan pelbagai majlis yang perlu dihadiri.
Bak kata pepatah melayu'Alang alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan makna nya kalau mahu lakukan sesuatu benda mestilah dilakukan dengan sepenuh hati.
Labels:
Sulaman Shimmering Flora
Subscribe to:
Posts (Atom)