Sunday, January 17, 2010
AYAM MASAK KURMA
1 ekor ayam dipotong 12
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 batang serai
1 labu bawang besar(belah 4)
2 batang cili merah/hijau(belah 2)
1/2 tin susu sejat evaporated atau 200ml santan
2 helai daun pandan
2 keping asam keping
3 biji kentang (belah 2)
Kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga
3-4 sudu besar rempah kurma Cap Adabi
Halia,bawang merah dan bawang putih ditumbuk halus.Tumis bahan yang telah ditumbuk beserta kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga.Setelah naik bau,jangan terlalu garing,masukan rempah kurma beserta sedikit air.Masukan daun pandan yang telah dikoyakkan dan disimpul.Masukan serai yang telah dititik.Tambah sedikit air(dalam anggaran 500ml).Masukan kentang.Didihkan sehingga kentang empuk.Setelah itu,masukan ayam.Biarkan ia mendidih selama 10 minit.Masukan asam keping,bawang besar,cili merah/hijau dan susu sejat atau santan.Kacau supaya santan tak berkepala.
Labels:
Masakan Ayam
AYAM MASAK SAMBAL CILI
1 ekor ayam (dilumurkan dengan kunyit dan garam)
20-25 keping cili kering.
2 inci belacan
5 ulas bawang merah atau 1 labu bawang besar
1 labu bawang besar di hiris bulat
segenggam asam jawa dicampurkan dengan 1 cawan air
1 batang serai (dititik)
2 helai daun kari
3 sudu gula
garam
Goreng ayam sehingga separuh garinG,pastikan bahagian dalam ayam juga masak.Cili kering hendaklah direbus dengan air panas terlebih.Terpulang pada anda.Saya selalu mengamal cara ini agar tidak sakit perut.Cili kering dikisar halus bersama bawang merah dan belacan.
Tumis cili yang telah dikisar ini hingga sedikit kering dan pecah minyak.Masukkan 3 sudu gula atau lebih.Tuangkan perahan air asam jawa.Biarkan ia mendidih seketika.Setelah mendidih masukan serai yang telah dititik,daun kari.Gaulkan dan masukan sedikit garam.Masukan Ayam yang telah digoreng tadi.Gaul hingga kuahnya sedikit pekat.Taburkan bawang besar yang telah di hiris bulat.Angkat dan hidangkan.
Labels:
Masakan Ayam
Thursday, January 7, 2010
BUKU SULAMAN RIBEN
Tiap kali ku lihat buku sulaman riben ini,tak terbuka hati ku untuk mendalami seni ini.Pada mulanya ku anggap ia tidak menarik untuk di tonjolkan.Tetapi satu hari Allah telah membuat aku jatuh hati pada seni ini.Kerana kesibukan melayani karenah anak-nak yang sedang bercuti panjang,aku tidak berpeluang untuk megikuti kelas-kelas sulam seni ini.Lantas pada Disember 2009 aku mendapatkan senaskah buku seni ini di Mph Great Eastern Mall.Tak sabar rasanya untuk pulang kerumah dan mempelajari teknik-tekniknya.
Walaupun ada sesetengah tunjuk-ajar didalam buku ini agak sukar difahami kerana penjelasanya tidak lengkap,namun aku berjaya merungkap tekniknya dengan cara tersendiri.Alhamdulillah sehari selepas itu aku berjaya menguasai teknik-teknik sulaman ini.Dalam masa 2 jam aku berjaya menghasilkan sulaman bunga ros.
Terimakasih diucapkan kepada penulis buku Sulam Riben ini yang telah banyak membantuku.Penulis buku ini adalah Puan Suzana Mustafa.
Ungkapan peribahasa melayu mengatakan "kalau tak dipecahkan ruyungnya manakan dapat sagunya"
Peribahasa ini jarang difahami kerana ramai yang tidak mengenal ruyung. Ada yang menyangka bekas isian air iaitu buyung.
Maksud peribahasa ialah jika kita berusaha bersungguh-sungguh, kita akan mendapat hasilnya.
Bukan mudah mendapatkan sesuatu hasil. Umpama pokok sagu yang dibelah unuk mendapatkan sagunya, ruyung iaitu kulit tebal pokok itu perlulah dipecahkan.Melihatkan pada ketebalan ruyung ,agar sukar utuk mengeluarkan sagunya tanpa usaha bersungguh-sunguhnya,hasilnya takan dapat diperolehi.
Labels:
Khazanah Perpustakaaan ku
Wednesday, January 6, 2010
AYAM PENYET(MASAKAN JAWA ATAU SUNDA )
1 elor ayam di potong 12 (ikut suka) ayam tua lagi sedap.direbus selama 10 - 15 min.Toskan
2 sudu besar serbuk rempah ketumbar/ coriander powder
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk lada putih
2 sudu serbuk rempah daging/ayam
2 sudu besar serbuk kunyit
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia
garam secukup rasa
Blend bawang merah,putih dan halia dengan sedikit air.Campurkan kesemua serbuk rempah dan garam ke dlm rumusan yg tlh diblend.Lumurkan ke atas ayam yg telah direbus.Perap selama 1 hari semalaman atau lebih di dlm freezer.Lebih lama tempoh diperap lagi sedap.Goreng ayam dengan medium heat supaya garing dan golden brown.Boleh dihidangkan dengan nasi putih dan sambal cili..sila ikuti resepi sambal cili di bawah ini.
Labels:
Masakan Ayam
Subscribe to:
Posts (Atom)