Monday, February 1, 2010

Shimmering Flora on purple baju kurung moden



Sulaman manik "Shimmering Flora Purple"ini adalah hasil kerjatanganku yang pertama setelah mengikuti kelas.Sebelum ini aku berhempas pulas menghasilkan sulaman ini,namun hatiku masih merasakan ketidakpuasan dengan hasilnya.Berbekalkan pengalaman asas yang kupelajari dari seorang kawan dan tunjukajar dari buku-buku sulaman Puan Rosita Jaafar,aku masih tidak berpuas hati dengan hasil kerjatanganku.
Lantas aku mengambil keputusan untuk mendalami teknik -teknik sulaman ini dengan lebih lanjut.Dua hari sebelum menghadiri kelas ini aku terbaca iklan 'Kelas Sulaman Manik' oleh Nora.Semalaman aku memikirkannya,adakah aku patut mengikuti kelas ini.Pada keesokan harinya aku memohon persetujuan suamiku untuk mengikuti kelas ini.Dengan persetujuan ini aku pun segera membuat panggilan telefon kepada Nora.Alhamdulillah,aku diterima masuk.
Setelah seharian didalam kelas ini dan tunjukajar daripada Nora dan adiknya Lily,aku dapati amat senang sekali diikuti dan banyak menjimatkan masaku untuk menyiapkan sulaman ini..
Padaku yuran yang dikenakan Rm250 amat berbaloi sekali! Kini aku berjaya menyiapkan sulaman shimmering flora ini dengan penuh keyakinan.Sulaman ini telah berjaya ku hasilkan dalam masa 3 hari walaupun aku sangat sibuk dengan tugasan harian dan pelbagai majlis yang perlu dihadiri.
Bak kata pepatah melayu'Alang alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan makna nya kalau mahu lakukan sesuatu benda mestilah dilakukan dengan sepenuh hati.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...