Syukur alhamdulillah kehadarat Allah s.w.t...akhirnya impian untuk merealiasasikan MBS(Malaysia Beads Society) telah diperkenan dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Selangor dengan no pendaftaran pertubuhan 158-11-SEpada 23hb.March 2011.
Dengan tertubuhnya persatuan seumpama ini ia dijangka dapat membantu semua kaum wanita khususnya untuk mendalami kesenian sulaman manik ini tanpa mengira umur,bangsa dan ugama.
Moga melalui pertubuhan MBS ini,ia dapat menaikan taraf dan nilai kesenian tangan rakyat Malaysia dan setanding dengan kesenian yang telah wujud dipersada dunia luar.
Demi Cinta terhadap Kesenian Sulaman Manik,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk menjayakannya impian ini seperti dalam lagu Cinta Ini oleh Dato Siti Nor Haliza
Comel sangat pin cushion yang dibuat cara crochet ni kan....Bila saya bukak blog Sew and Cut.terpaut hati apabila melihatnya.,geram nengoknya!
Pin Cushion ini dibuat dengan teknik crochet yang dipanggil Amigurumi..Pelbagai bentuk boleh dihasilkan dengan teknik Amigurumi.
Ha......pada sesapa yang ingin mendapatkan pin cushion ini ,jom le jengah blog Sew and Cut...komen sikit kat posting Sew and Cut tu,mana tau anda adalah salah seorang dari 20 orang yang bertuah memilikinya..Jangan lambat tau..saya pun nak jugak ni...jom jom pegi ke blog Sew and Cut,link blognya ada kat sini...ha ni dia....http://sewandcut.blogspot.com/2011/03/my-first-giveaway.html
So cepat le amik peluang ni ye..sebelum 28/3/2011....cepat! cepat!....hanya 20 orang je yg dapat ni.
Untuk julung kalinya,Malaysian Beads Society mengajak dikalangan anda semua samada yang menjahit manik mahupun yang menggunakan manik dalam perhiasan diri untuk meluangkan sedikit masa bertemu dan bermesra bersama-sama rakan seperjuangan sambil bertukar pandangan dan tips di perjumpaan ini nanti.
Semoga majlis seumpama ini akan dapat mengeratkan persahabatan diantara pemanik-pemanik sepenuh dan separuh masa.
Pada sesiapa yang berminat bolehlah berhubung dengan saya melalui talian 019-6683227 atau email lilies.mohdsalji9@gmail.com atau ahli-ahli jawatankuasa MBS yang lain.
Majlis akan diadakan pada 27hb.Mac 2011(Ahad)
Bertempat di Hotel De Palma Shah Alam
Tiket masuk : $35 seorang
Waktu jam 2 petang
Pelbagai program dan aktiviti menarik telah diaturkan untuk anda.Jemputlah beramai-ramai dalam menjayakan program suai kenal yang dianjurkan oleh MBS.
240 gm tepung naik sendiri
180 gm gula kastor
240 gm lobak merah (parut)
60 gm raisin (potong kiub)
60 gm nenas dlm tin (potong kiub)
60gm walnut (potong kiub/kecil dan dipanggang selama 10minit dlm ketuhar 180 darjah C
1/2 sudu baking powder
1/2 sudu soda bikabonat
1/4 sudu serbuk buah pala
1/4 sudu serbuk kulit kayu manis
1 sudu teh esen vanila
secubit garam
180ml minyak zaitun/sunflower oil/canola oil
3 biji telur(saiz L)
1. Pukul telur hingga kembang
2.Ayak tepung,garam,serbuk buah pala dan kulit kayu manis,baking powder,soda bikabonat dan gula
3.Masukan tepung yg telah diayak kedalam adunan telur.Kacau rata dengan spatula.
4.Masukan minyak zaitun.kacau rata.
5.Masukan lobak merah,walnut ,kismis,dan nenas..gaul rata.
6.Tuangkan adunan kedalam tin pembakar bulat 9in x 3in yang telah digris minyak disekililing tin
7.Bakar dalam oven selama 50 minit dalam kepanasan 180 darjah C
Kek perlu disejukan sebelum meletakan icing cream frosting.
Bahan untuk cream frosting
230gm cream cheese
60gm butter(room temperature)
60gm gula icing (di ayak terlebih dahulu untuk mengelakan gula bergentel)
1/2 sudu teh perisa limau(lemon flavour) star brand
Pukul cream cheese dan butter dalam mixer dengan perlahan hingga sebati.
Masukan gula icing dan gaul dengan spatula hingga rata
Tuangkan perisa limau dan gaul rata icing .
Menjahit manik hanyalah sebagai hobi. Setiap kali hendak ke majlis,aku pasti sibuk menjahitkan manik pada baju yg hendak dipakai, tetapi kerana kurang keyakinan atas hasil kerjatangan ku aku mula mengorak langkah mengikuti kelas-kelas manik.Kelas pertama ku dibimbing oleh Kak Ani di Maju Junction.Kelas asas manik yang merangkumi 10 corak manik,walaupun corak-corak manik tersebut telah biasa aku sulamkan dipakaian ku ,tetapi amat berpuashati kerana mendapat tips dan teknik-teknik yang betul dalam jahitan manik
Kak Ani yang kini telah bersara dari mengajar,beliau adalah seorang akauntan tetapi sanggup meninggalkan kerjaya kerana minat dalam seni jahitan.Seni jahitan yang telah dipupuk oleh ibu beliau sejak kecil.
Setelah terbaca laman manik Noramanik yang memperkenalkan Shimmering Flora.,aku mengambil keputusan untuk mengikuti kelas anjuran Nora,walaupun aku sudah dikira boleh memanik ketika itu tetapi tetap ingin mendalami teknik-teknik yang digunakan dalam gubahan corak Shimmering Flora
Demi mengikut perkembangan fesyen manik,kelas Crumble menjadi pilihan yang seterusnya.Kelas Zai Butterfly menjadi pilihan ku kali ini..terpaku melihat kecantikan Crumble yang diolah oleh Zai Ahmad.
bersama Zai Ahmad Butterfly Beads
persahabatan diteruskan selepas berkenalan di kelas Zai
Demi menghargai persahabatan di laman facebook,mengorak langkah menghadiri kelas crumble basic yang dianjurkan oleh Sheik Azmi Serimanik
bersama Noris,Eda,Suzana ,Ismahani,Rohana di bengkel Serimanik
.Sunnguh berbesar hati dapat didikan dari Umi yang telah memperkenalkan/merekacipta design Crumble di dunia manik ini.
Kini 3D menjadi sebutan dan igauan pemanik-pemanik di Malaysia.Amat bertuah mendapat didikan personal dengan Wan Norzita yang telah mempunyai 20tahun pengalaman didalam 3D.
Di pertandingan manik 2010 oleh Fitmdc,berpeluang berkenalan dan beramah mesra dengan beberapa orang pemanik yang telah mencipta nama di bidang manik
bersama Nora Rahman
bersama Izan Beauty n Beads
bersama Zalizan Hearbeads Collections
bersama Doris Jejarimanik,Aida Busana Bonda,Norafida dan Mas Sunnies Beads
Sejak bertemu di kelas-kelas memanik dan dilaman Facebook Beaders,perkenalan Lilies & Lavendar makin meluas.Kami sentiasa bertemu pada setiap 2 minggu atau 1 bulan sekali untuk berkenalan dengan pemanik-pemanik yang baru dan yang telah lama berkecimpung di dunia manik.Disetiap pertemuan,kami berkongsi ilmu memanik yang ada pada setiap yang hadir.
Kami berkongsi tips dan idea pada tiap pertemuan yang diadakan setiap 2 minggu atau sebulan sekali.
bersama Azie,My little Touch,Amira,Maziah Ismail
.Kami sentiasa mencari ilham dan berkongsi pengalaman diatara kami sehingga tercetusnya idea untuk menubuhkan sebuah Kelab Manik yang dinamakan Malaysia Beads Society.
Barisan ahli jawatankuasa MBS yang sentiasa memberi sokongan penuh dalam penubuhan Kelab Manik ini..Mereka terdiri daripada Lilies&Lavendar,Seni Jahitan,Busana Bonda,Jejarimanik,Patternz,My Little Touch,Yati Manik,dan Ninies Beads.
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri 2010 yang diadakan bersama pemanik-pemanik di Hotel Concorde
Penyampaian hadiah nombor bertuah di malam sambutan Aidil Fitri 2010
Majlis Aidil Fitri diserikan dengan kehadiran Aleng Tohara serta pembantunya (pemanik dan andaman
terkemuka ).
Seperti biasa didalam kesibukan menyiapkan tempahan manik pelanggan dan tugasan harian,kami bertemu lagi
bersarapan sambil membincang usul agenda MBS
membelek dan meneliti hasil yang telah dimanikkan oleh IJKM
Bukan setakat berkongsi tips memanik tetapi seni tangan yang lain kami ketengahkan juga
Knitting,crochet juga menjadi hobi sampingan kami
Berkongsi ilmu yang ada pada setiap pertemuan,walaupun dipertemuan yang singkat
Aktiviti sambilan memanik yang bermula dari kenalan di facebook juga menjadi tarikan Harian Metro.