Thursday, May 6, 2010

Sulaman 'Bunga Camelia'




Sulaman ini banyak menggunakan kreativiti labuci untuk membentuk bunga Camelia.

Sulaman Manik Tabur



Di sini terdapat sebahagian dari koleksi Sulaman Manik Tabur.Sulaman ini yang diolah dengan menggunakan manik-manik 2cut.Ada sesetengah sulaman di serikan dengan penggunaan glass pearl,sulaman labuci yang membentuk bunga atau stone arcylic.Kebanyakan sulaman manik tabur di sulam rapat-rapat.Penggunaan kepelbagaian warna manik menyerlahkan lagi keseriaan corak sulaman ini.

Sulaman manik dan labuci 'Ayunan Bayu'




'Ayunan Bayu' yang banyak mengunakan teknik labuci untuk menghasilkan bentuk bunga-bunga dahlia.Untuk menyerikan lagi bunga-bunga ni,daun dibentuk dengan menggunakan teknik stem.

Gubahan Ayunan Bayu ini di gubahkan keatas busana adikku yang berada di perantauan,Sabah.Sekumpulan bunga-bunga di sulam pada bahagian leher dan di bahagian siku kerana di kaf tangan menggunakan jahitan getah.

Wednesday, May 5, 2010

Crumble Mumble Kino



Pertama kali kulihat 'Crumble'di blog Zai,hatiku terpegun dengan kecantikan sulaman hasil Zai.Tiap kali ku melewati laman blog aku pasti tidak lupa mengintai hasil-hasil'Crumble'Zai..di hatiku berdetik....macamana nak membuatnya,ketika itu Zai belum lagi membuat bengkel sulaman Crumble maupun pelopornya Pepari.Didalam kegusaran ini,seorang teman yang ku kenali ketika majlis Pertandingan Sulaman Manik yang dianjurkan olen Puan Rosita Jaafar,Brother Sheik ,telah sudi mengongsikan pengalaman beliau dalam menghasilkan sulaman Crumble...OH! tak terhingga gembiranya aku.Terimakasih yang tak terhingga ku ucapkan kepada Brother Sheik yang tidak lokek memberi tips untuk menghasilkan Crumble walaupun beliau terlalu sibuk melayani kerenah busana-busana pelanggan tetapnya yang telah berkembang maju..Ku dokan yang terbaik buat Brother Sheik!Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalas keikhlasanya. Namun setelah menghasilkan Crumble yang diberi tunjuk ajar oleh Sheik,aku masih tidak berpuashati dengan hasilnya..Aku mengambil keputusan untuk mengikuti bengkel sehari yang dianjurkan Zai..ah bertuah rasanya kerana ini adalah bengkel yang terakhir sebelum Zai bercuti melahirkan puterinya yang kedua.Puas sudah rasa dihati dengan tips dan tunjukajar dari Zai.
Berbekalkan panduan yang kudapati dari bengkel tersebut,aku sedaya upaya menyulam manik mutiara dan kristal keatas busana milik adik bongsuku yang kini diperantauan..Diharap adikku berpuashati dengan hasilnya walaupun aku masih belum boleh menandingi hasil yang telah ditonjolkan oleh Zai..Buat Zai...terimakasih kerana bersusah payah mengadakan bengkel ini.


Kuingat pesan ibuku...jangan berkedekut menuntut ilmu sesungguhnya kamu akan beroleh hasil yang bermutu.Takan ku lupai pesan ibu...

Tuesday, May 4, 2010

Bengkel Sulaman Manik dan Labuci

Kepada sesiapa yang berminat untuk mempelajari teknik-teknik menjahit manik dan labuci boleh lah mengikuti bengkel-bengkel jahitan saya seperti yang tertera di bawah:-

Modul 1.....Bengkel Sulaman Manik Asas
merangkumi 15 jenis/corak/patern seperti
manik tabur,mutiara berangkai,slanting beads,daun stem,bunga lalang,
manik tali air dan berbagai-bagai lagi

Modul 2.....Bengkel Sulaman Labuci
yang boleh membantu anda menghasilkan sulaman Shimmering Flora yang
hangat di pasaran

Modul 3.....Bengkel Manik Crumble
yang banyak menggunakan manik dan pearl


Yuran hanya $150.00 bagi setiap modul.


Hasil dari mengikuti bengkel-bengkel saya ini,ia boleh mendatangkan pendapatan sambilan/tetap ataupun untuk di pergayakan di busana anda pada jumlah perbelanjaan yang mampu anda miliki.

Bagi yang berminat sila hubungi saya di talian 019-6683227 atau email lilies.mohdsalji9@gmail.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...