Friday, January 20, 2012

Sotong masak hitam

Sotong masak hitam,bukan kerana kicap tetapi ink atau dakwat hitam yang terdapat pada perut sotong.

Bahan-bahan yang diperlukan

Sotong basah yang telah di bersih dan di potong 2 atau 3 bahagian mengikut saiz sotong.(dakwat hitam pd bahagian bawah sotong jangan dibuang.

cili padi hijau dan merah

3 ulas bawang merah

2 ulas bawang putih

1 batang serai

2-3 keping asam keping.

Tumbuk kesemua bahan dan tumis hingga naik bau.Masukan sotong dan biarkan ia didih hingga air dari sotong kering dan pekat.Masukan garam serta asam keping.Sekiranya masih banyak air ,angkat sotong dan letak ke tepi.Setelah kuah agak kering dam pekat tuangkan sotong dan gaul rata untuk seketika sahaja..elakan memasal sotong terlalu lama untuk mengelakkan sotong menjadi kecut.


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...