Tetiba teringat pulak menu yang dihidangkan oleh seorang kawan ketika bertandang kerumahnya beberapa tahun lalu..untuk mengambil hati tuan rumah,aku pun menanya la resepi cara penyediaan mee udang ni..hmm nampak gayanya,tuan rumah tidak sudi berkongsi rahsia masakannya.alahai tak ambik hati pun,kalau dia tak nak bagi,bagiku yg dah biasa merekacipta semula resepi setelah merasa juadah2 yang dihidang atau dibeli..alhamdulillah begitulah cara aku mengolah resipi kalau payah nak mintak kat tuan punya resepi..bukan nak cakap besar tp mmg dah begitu sejak dari dulu lagi.Rasanya memasak tak lah susah mana,cuma anda perlu kreatif dan cuba dan tetap mencuba sampai jaya..jangan serik dengan hidangan yang dicuba tak menjadi...eh! dah la..jom g intai bahan2 yg diperlukan..
UDANG HIDUP
TULANG DAGING LEMBU
SEDIKIT CILI BLEND
BAWANG PUTIH YANG DITUMBUK/BLEN HALUS.
SEDKIT AIR BERGANTUNG PADA BYK QUANTITI TULANG DAGING./KEPERLUAN ANDA
LADA HITAM TUMBUK
Mula mula rebus tulang daging.Kepala dan ekor udang direbus,tapis,kalau utk menyedapkan lagi boleh blen dan tapis rebusan kulit2 udang tadi..kemudian satukan rebsan udang dan tulang ke dalam sebuah periuk.
Sementara itu,tumis cili boh/blen dengan bawang putih yang telah di tumbuk.Tumis hingga naik minyak.,masukan sedikit garam,setelah minyak naik,asingkan sedikit sebagai cili cicah..selebihnya dimasukan udang yang telah dibersihkan..masak hingga sebati dengan ramuan cili,tuangkan ke dalam rebusan daging dan udang.Masukan sedikit lada hitam yg telah ditumbuk.Didihkan seketika.
Tuangkan kuah ke atas hidangan,mee/bihun,sayur kangkung,taugeh,telur rebus..jika suka boleh tambahkan hirisan fish ball/cake yang direbus/celur terlebih dahulu,hirisan daun bawang dan bawang goreng..Tulang daging boleh dihidangkan tetapi kebykannya di gerai2 mereka merahsiakan tulang daging krn itu la rahsia menyedapkan kuah mee udang ni.
Selamat mencuba ye!!
Thursday, June 16, 2011
Saturday, April 9, 2011
Giveaway
Uih terkejut apabila buka bungkusan yang diterima tengahari tadi..Mak aii..sulaman crochet yang di buat oleh Sew Cut http://sewandcut.blogspot.com/2011/03/my-first-giveaway.html rupanya..Cantik dan halus kerja tangan Sew..Terima kasih juga kepada http://sewcutmanik.blogspot.com/ yang telah membantu memilih saya /blog Lilies &Lavendar sebagai salah seorang yang layak menerima cenderahati ini...Ia amat bermakna dan akan disimpan dengan baik..Walaupun tak pernah berkesempatan bertemu dengan Sew dan Jari Lentik,namun persahabatan di laluan sawang ini sangat erat...
Kepada Sew dan Jari Lentik..kalau ada sumur di ladang,jangan lupa datang bertandang.kalau ada hasil seni yang cantik,jangan lupa saya disini hehehhe..pepandai je saya menukar-nukar pantun...ada aku kesah ,janji maksud tersampai sudah..oooppss..hehehhe
ha ni la dia nya yang teman terima arini..cantik kan..

Labels:
Giveaway frm blogger
Hi tea Majlis Pelancaran MBS,27hb March 2011
Alhamdulillah,pada 27hb Mac 2011,Majlis pelancaran Malaysian Beads Society atau Persatuan Pengusaha dan Peminat Seni Sulaman Manik telah dijayakan dengan meriah sekali.Sambutan yg mengalakan dari penyokong dan ahli MBS dari sekitar Lembah Kelang, Kuala Lumpur,tidak ketinggalan juga dari selatan dan pantai timur tanah air telah mengamatkan ruangan Kafe Rumbia De Palma Shah Alam pada petang itu.
Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan kebudayaan dari Kumpulan Elok Lenggok yang pernah mewakili negara Malaysia di persembahan Kebudayaan di Russia tahun lepas
Tetamu yang hadir pada hari itu telah disajikan dengan pelbagai aktiviti seperti permainan masuk benang ke jarum halus,mengasingkan manik yang telah bercampur dan juga musical chair..
Antara tetamu yang turut hadir memeriahkan suasana pada majlis MBS ini
Cik Nik dari Iftc yang memberi ceramah tips fesyen dan lakaran
Sebahagian dari hasil sulaman manik oleh pemanik-pemanik yang membuat pameran dihari itu
Tercapai sudah niat MBS untuk menyatukan semua pengusaha dan pencinta sulaman manik ditanahair ini...Syabas kepada semua ahli-ahli dan penyokong yang telah memberi sokongan padu kepada Persatuan Pengusaha dan Pemanik (MBS)..
B E R S A T U T A N G G A K E J A Y A AN !!!!!!!!!!!!!!
V I C TO RY!!!!

Majlis MBS
Thursday, March 24, 2011
MBS(Persatuan Pengusaha dan Peminat Sulaman Manik)
Syukur alhamdulillah kehadarat Allah s.w.t...akhirnya impian untuk merealiasasikan MBS(Malaysia Beads Society) telah diperkenan dan diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Selangor dengan no pendaftaran pertubuhan 158-11-SE pada 23hb.March 2011.
Dengan tertubuhnya persatuan seumpama ini ia dijangka dapat membantu semua kaum wanita khususnya untuk mendalami kesenian sulaman manik ini tanpa mengira umur,bangsa dan ugama.
Moga melalui pertubuhan MBS ini,ia dapat menaikan taraf dan nilai kesenian tangan rakyat Malaysia dan setanding dengan kesenian yang telah wujud dipersada dunia luar.
Demi Cinta terhadap Kesenian Sulaman Manik,marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk menjayakannya impian ini seperti dalam lagu Cinta Ini oleh Dato Siti Nor Haliza
Labels:
Pengumuman
Sunday, March 13, 2011
Pincushion Amigurumi dari Blog Sew and Cut
Comel sangat pin cushion yang dibuat cara crochet ni kan....Bila saya bukak blog Sew and Cut.terpaut hati apabila melihatnya.,geram nengoknya!
Pin Cushion ini dibuat dengan teknik crochet yang dipanggil Amigurumi..Pelbagai bentuk boleh dihasilkan dengan teknik Amigurumi.
Ha......pada sesapa yang ingin mendapatkan pin cushion ini ,jom le jengah blog Sew and Cut...komen sikit kat posting Sew and Cut tu,mana tau anda adalah salah seorang dari 20 orang yang bertuah memilikinya..Jangan lambat tau..saya pun nak jugak ni...jom jom pegi ke blog Sew and Cut,link blognya ada kat sini...ha ni dia....http://sewandcut.blogspot.com/2011/03/my-first-giveaway.html
So cepat le amik peluang ni ye..sebelum 28/3/2011....cepat! cepat!....hanya 20 orang je yg dapat ni.

Subscribe to:
Posts (Atom)