Tuesday, August 17, 2010

Hasil Jahitan Shimmering Flora my student




Sebuah lagi hasil jahitan Sf oleh salah seorang pelajar yang mengikuti bengkelku tempohari.Berlatarbelakangkan hitam dan putih,Mahani dengan beraninya telah menyulamkan corak Shimmering Flora yang berasaskan kuning dan gold.

Sisik Ikan menggunakan Sequin Flower Bowl





Design baru ini diilhamkan dari sentuhan salah seorang rakan beaders yang banyak menggunakan sequin flower bowl.Design ini di beri sentuhan keatas material salah seorang pelanggan yang mahukan yang simple.Corak material yang penuh dengan corak abstrak menjadi lebih anggun dan esklusif walaupun materialnya tidaklah begitu mahal,kata pemiliknya.

Sentuhan baru untuk baju lama





Busana merah ini dipergayakan pada tahun lepas dengan bermanik tabur dan kristal,namun keseriaannya tidak menampakkan impak kerana latarbelakang material yang agak penuh dengan warna.Kuntuman bunga dahlia serta kristal digunakan untuk menyerikan lagi busana ini.Di bahagian siku,juraian manik(dangling) disulamkan manakala kristal dan labuci di jahit tabur pada hujung tangan yang bergetah.

Thursday, August 12, 2010

Bubur Lambuk



Bubur Lambuk amat sinonim dengan bulan Ramadhan.Setiap kali di bulan Ramadhan pasti bubur lambuk menjadi hidangan utama.Malah masjid-masjid turut menyediakan juadah ini dengan jumlah yang banyak.Antara masjid yang terkenal dengan bubur lambuk adalah Masjid Kampung Baru,sehingga hari ini saya masih belum berkesempatan menikmatinya.

Bubur lambuk juga dikenali sebagai Kanji bagi yang tinggal di belah Utara Malaysia.Cara membuat bubur Lambuk ini agak sama,cuma ramuannya mungkin ada sedikit berbeza mengikut citarasa kebiasaan seseorang itu.

Bagi keluarga saya resepi ini yang sentiasa menjadi pilihan kami.

Bahan-bahannya

2 cawan beras wangi cap Mutiara Naga
300 gm daging di potong kecil/dadu
1 inci halia dititik
segengam udang kering
1 sudu besar lada hitam
daun sop
bawang goreng
2 biji kentang dipotong dadu
1 btg carrot dipotong dadu
Santan

Rebus nasi hingga kembang,masukan daging serta halia yang telah dititik/tumbuk.Setelah daging agak empuk masukan carrot dn kentang.Rebus sehingga kentang dan carrot empuk.Tambah air jika diperlukan.Setelah nasi agak kembang dan hancur sedikit masukan udang kering,lada hitam dan garam.Masukan santan dari 1 biji kelapa.Biarkan ia didih dengan api yang perlahan .Taburkan daun sop dan bawang goreng

Monday, August 9, 2010

Ramadhan tiba lagi


Alhamdulillah,syukur nikmat diberi Allah,hari yang dinanti-nanti bakal menjelma lagi di tahun 2010.Ibadah puasa dan nikmat dibulan Ramadhan wajib ditunaikan dan dihayati oleh setiap umat islam di bumi Allah s.w.t.
Ya Allah ku mohon padamu berikanlah aku sebuah kekuatan fizikal dan mental dalam meneruskan ibadah yang mulia dimatamu.

Lilies and Lavendar ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat menyambut Bulan Ramadhan yang mulia ini dengan penuh keinsafan.Maaf dipohon andai tersilap budi bicara.

Friday, August 6, 2010

'Nenek' singgah di teratak burukku......


Sungguh tak sangka pada tarikh 29hb.Jul 2010,aku dikejutkan dengan lawatan' nenek' ke teratak ku yang tak seberapa ini.Nenek telah ditemani ibu dan suami tersayang.Aku amat terharu dengan kunjungan ini.Ini lah yang dikatakan yang jauh di dekatkan,yang dekat dimesra-mesrakan.
Nantikan Episod 'Jejak Kasih ku di selatan tanah air,akan kusinggah teratak 'nenek' pula.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...